Kemesraan hubungan dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) semakin terserlah dengan penyertaan dua wakil negara itu dalam Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa di Kuala Lumpur yang bermula Isnin ini.
Qari dan qariah AS itu berlepas dari Lapangan Antarabangsa Dulles di sini ke Kuala Lumpur pada awal pagi Rabu.
Bercakap kepada Bernama di sini, Duta Malaysia ke AS Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata penyertaan qari dan qariah AS itu adalah yang pertama sejak Malaysia menganjurkan tilawah al-Quran peringkat antarabangsa 56 tahun lepas.
"Kami mengemukakan cadangan kepada Jabatan Negara AS dan mereka memberitahu kerajaan AS menyokong konsep itu dan berterima kasih kepada Malaysia atas undangan menyertai tilawah.
"Kami kemudian diminta menghubungi Islamic Society of North America (ISNA) iaitu pertubuhan Islam terbesar di Amerika Utara. ISNA kemudian mengusulkan nama dua pelajar yang bukan sahaja bersuara merdu tetapi juga memahami kesederhanaan dalam Islam," katanya.
Mereka ialah Yusuf Muhammad Azeem, 15, dari Landham, Maryland, dan Fadima Mohamed Dahir, 18, dari Woodbridge, Virginia.
Sepanjang berada di Malaysia Yusof akan ditemani ibunya Jameela Cattaneo sementara Fadima pula diiringi bapa saudara Ibrahim Abdirahman Sheikhadan.
Awang Adek yang teruja dengan penyertaan dua wakil AS itu, berkata perkara tersebut adalah petunjuk jelas akan hubungan yang bertambah baik dengan AS yang kekal menjadi pasaran kedua terbesar dan pelabur asing utama Malaysia.
Lawatan Presiden Barack Obama ke Malaysia pada April lalu turut merapatkan lagi hubungan Malaysia-AS dalam beberapa isu global.
Pentadbiran AS turut mengikuti dengan teliti setiap kenyataan yang dibuat oleh Malaysia, terutama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memperjuangkan Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM) yang semakin mendapat tempat ketika beberapa bahagian di dunia ini menghadapi konflik keganasan.
Mengulas lanjut, Awang Adek berkata penyertaan qari dan qariah AS itu juga harus dilihat dari konteks sokongan kepada idea kesederhanaan dalam Islam yang dibawa oleh Malaysia dan Perdana Menteri.
"Memang benar idea kesederhanaan dalam Islam diterima baik di AS yang memahami dan menghargai idea tersirat iaitu keharmonian dan toleransi dalam kalangan penduduk berbeza agama," katanya.
Bernama
Fri Jun 13 2014
Yusuf Muhammad Azeem, 15, dari Landham, Maryland, dan Fadima Mohamed Dahir, 18, dari Woodbridge, Virginia
Pengerusi ASEAN: Malaysia berpeluang tingkat kerjasama sektor takaful, takaful semula
Malaysia, yang akan menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan berpeluang memajukan kerjasama serantau dalam sektor kritikal termasuk dalam takaful dan takaful semula.
FGV sifatkan penangguhan EUDR sebagai peluang giatkan usaha kelestarian
FGV Holdings Bhd menyifatkan penangguhan penguatkuasaan EUDR sebagai peluang untuk pihaknya lebih giat melakukan perkara yang perlu dengan kalangan pekebun kecil.
NADMA bina lapan lagi pusat pemindahan kekal seluruh negara
Kerajaan merancang membina lapan lagi pusat pemindahan kekal (PPK) yang lengkap dengan kemudahan asas selesa di seluruh negara untuk kegunaan mangsa banjir.
EV pemacu peralihan hijau, atasi kebergantungan petrol - Liew
Penggunaan kenderaan elektrik (EV) perlu dilihat sebagai langkah penting dalam usaha peralihan hijau Malaysia selain mengurangkan kebergantungan negara terhadap bahan api petrol.
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Hari bekerja tidak halang sambutan Aidilfitri masyarakat Malaysia di Amerika
Kebanyakan mereka mengambil cuti pada hari tersebut untuk bersama rakan senegara bersama bertakbir, mengerjakan solat sunat dan mendengar khutbah Aidilfitri.
Wakil AS sertai Tilawah Al-Quran Antarabangsa di KL
Kemesraan hubungan dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) semakin terserlah dengan penyertaan dua wakil negara itu.
Penempatan wakil disiplin mampu bendung sabotaj parti
Penempatan wakil Jawatankuasa Disiplin di setiap Umno Bahagian di Kelantan boleh membendung kegiatan mensabotaj parti atau 'cas keting' pada pilihan raya umum Ke-13 kelak.