Ini bukan masa untuk menuding jari mencari salah dalam isu mengerjakan haji dengan visa Furada, sebaliknya jalan perlu dicari untuk memperoleh penyelesaian supaya masalah dihadapi jemaah visa Furada itu tidak berulang pada masa hadapan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, sebagai seorang pemimpin negara ini beliau amat kesal perkara sedemikian terjadi kepada rakyat Malaysia yang ingin mengerjakan haji, namun menjelaskan visa Furada bukan dalam bidang kuasa kerajaan Malaysia.
"Harus diketahui kuota (haji) Malaysia adalah melalui (Lembaga) Tabung Haji, kuota khas dan tambahan semuanya melalui Tabung Haji. Pesanan saya semoga jemaah haji terkandas itu dipermudahkan urusan mereka, sampai atau balik semula," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau terdahulu merasmikan Kempen Kebersihan Masyair Jemaah Haji Malaysia di sini hari ini yang turut hadir Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abd Rahman.
Seramai 26 jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz di Jeddah dekat sini sejak Isnin, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini.
BACA: 26 rakyat Malaysia terkandas di Jeddah
Musim haji tahun ini menyaksikan 33,000 jemaah haji Malaysia bakal mengerjakan rukun Islam kelima itu dibantu 640 petugas TH.
Sementara itu, Fuziah berkata, lapan jemaah haji Malaysia telah meninggal dunia di Tanah Suci setakat ini kerana pelbagai sebab antaranya jangkitan kuman sekunder dan daripada jumlah itu seramai enam orang merupakan jemaah haji lelaki manakala dua lagi adalah perempuan.
"Sebab kematian dilihat ramainya atas umur yang agak lanjut, banyaknya jangkitan kuman sekunder sama ada jangkitan kuman dalam paru-paru, ada yang kena jangkitan kuman kemudian kuman itu merebak ke darah jadi itu puncanya.
"Itu sebenarnya disebabkan daya tahan yang rendah, seperti saya katakan jaga kesihatan diri. (Lembaga) Tabung Haji sudah cuba yang terbaik (menjaga jemaah haji), saya yakin pengakhiran baik buat jemaah itu dan kita doakan yang baik," katanya.
Dalam pada itu ketika mengulas mengenai kempen itu, beliau berkata, disiplin menjaga kebersihan dan tingkah laku dalam kalangan jemaah haji Malaysia mendapat pujian terutama daripada kerajaan Arab Saudi yang mana ia perlu diteruskan demi menjaga nama baik Malaysia. - BERNAMA
BACA: Rezeki Wany Hasrita tunai haji di saat akhir
Bernama
Wed Aug 07 2019

Jalan perlu dicari untuk memperoleh penyelesaian supaya masalah visa Furada tidak berulang pada masa hadapan, kata Fuziah Salleh. - Gambar fail BERNAMA
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

56 kes penipuan logo, sijil halal libatkan lebih RM1.8 juta nilai rampasan tahun ini
Fuziah berkata kesalahan itu dilakukan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 dan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi menerusi pindaan perlembagaan
Kongres Nasional Khas PKR 2024 hari ini meluluskan kesemua pindaan perlembagaan berkaitan proses pemilihan parti.

Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.

KPDN jamin bekalan keperluan asas di negeri terjejas banjir mencukupi
KPDN memberi jaminan stok bekalan barangan keperluan asas bagi negeri yang dilanda banjir adalah mencukupi.

Program Penyeragaman Harga: KPDN buka 1,770 pusat penjualan seluruh negara
KPDN telah mewujudkan 1,770 pusat penjualan (Point of Sale) menerusi Program Penyeragaman Harga (PPH) di seluruh negara tahun ini.

KPDN kaji mekanisme jejak rantaian pengedaran minyak masak bersubsidi
KPDN sedang mengkaji mekanisme untuk menjejaki rantaian pengedaran minyak masak bersubsidi termasuk penggunaan nombor kumpulan pada setiap peket.

Kita Gempur: KPDN Pulau Pinang rekod 121 kes dengan nilai rampasan lebih RM100,000
Menerusi pemeriksaan terhadap 3,239 premis di sekitar Pulau Pinang, kompaun RM18,600 turut dikeluarkan dalam tempoh berkenaan.

MyCC sudah siapkan laporan kajian kartel padi, beras - Fuziah
Laporan itu adalah antara usaha kerajaan mengawal harga padi dan beras dengan antara tumpuan adalah menumpaskan kartel yang wujud.