Polis memperluaskan skop siasatan termasuk kemungkinan pembabitan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Selangor dalam kes penyebaran video seks yang didakwa melibatkan seorang menteri.
Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador bagaimanapun berkata kes itu dianggap rumit kerana melibatkan ahli politik dan tidak mahu terburu-buru dalam mengambil tindakan.
"Siasatan kami menyeluruh dari semua sudut termasuk siapa yang terbabit dalam konspirasi video itu.
"Kami tidak mahu ada pihak yang teraniaya dan siasatan adalah mengikut prosedur operasi standard (SOP) iaitu dikemukakan kepada peguam negara dan apabila selesai tindakan lanjut akan diambil," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau ditemui selepas memakaikan Pingat Jasa Pahlawan Negara kepada 231 anggota pelbagai pangkat bagi Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam di Dewan Serbaguna Batalion 4, Pasukan Gerakan Am, di Semenyih dekat sini, hari ini.
Abdul Hamid berkata setakat ini polis akan menjalankan siasatan terhadap enam individu termasuk bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz yang ditahan reman semalam bagi membantu siasatan berhubung kes video intim itu.
Sementara itu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata keputusan mendedahkan indentiti pelaku membabitkan video itu terletak kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).
"Polis menerima laporan itu menerusi CyberSecurity Malaysia (CSM) namun akan ada perbincangan dijalankan bersama pihak Jabatan Peguam Negara berhubung identiti pelaku yang dikaitkan.
"Pihak polis tidak bertanggungjawab untuk memastikan mahupun mendedahkan identiti pelaku itu dengan lebih lanjut," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Kempen Kesedaran Awam Kecurian Kenderaan PDRM-VTREC 2019 di sini hari ini.
Ditanya mengenai dakwaan bahawa keenam-enam individu yang ditahan reman enam hari bagi membantu siasatan kes itu mempunyai lokasi (markas) tertentu dalam merencana proses pembuatan dan penyebaran video terbabit, Huzir berkata: "Itu satu maklumat baharu dan polis akan menyiasat dakwaan itu," katanya.
Baru-baru ini, media melaporkan terdapat klip video seks membabitkan dua lelaki, tular dalam media sosial dan pada 12 Jun, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz mengaku dirinya seorang daripada lelaki dalam video itu.
Semalam, Mahkamah Majistret membenarkan Haziq Abdullah serta lima individu lain ditahan reman enam hari bermula semalam, bagi membantu siasatan kes video lucah itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 16 2019

Abdul Hamid pada sidang media selepas Istiadat Penganugerahan Pingkat Jasa Pahlawan Negara di Batalion 4, Briged Tengah Pasukan Gerakan Am Semenyih hari ini. -- fotoBERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

PDRM tidak berniat jahat atau cuai untuk tahan suami Indira Gandhi - Bekas KPN
Abdul Hamid berkata beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan atau memberi petunjuk bahawa dirinya atau PDRM tidak menahan Patmanathan walaupun tahu lokasinya.

Mahmood Razak CEO baharu Puspakom
Puspakom mengumumkan pelantikan Mahmood Razak Bahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, berkuat kuasa 1 Oktober.

PRU15: Tun Mahathir akan jumpa Hamid Bador
Menurutnya, buat masa ini beliau masih belum berjumpa secara peribadi dengan Abdul Hamid bagi membincangkan soal itu.

Hamid Bador calon terbaik bertembung dengan Tok Mat
Sifat Abdul Hamid Bador yang berani bercakap benar dan tegas melengkapi ciri-ciri kepimpinan yang diharapkan oleh rakyat.

Bekas KPN Hamid Bador akhiri zaman duda, kahwini pegawai polis - Laporan
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan telah menamatkan zaman dudanya apabila menikahi seorang pegawai polis berpangkat Deputi Superintendan.

Kartel PDRM: Timbalan Menteri KDN minta bekas IGP lapor, berikan bukti dan nama
Pendedahan Abdul Hamid itu adalah dakwaan berat dan beliau berpendapat ada baiknya ia tidak dibuat secara umum sebaliknya dilaporkan.

Kartel PDRM: Hamid Bador hilang hak buat sebarang komen - EAIC
EAIC merumuskan perkara tersebut lantaran Abdul Hamid tidak memberi sebarang bukti yang menyokong dakwaannya.

Tiada kartel PDRM: "Ini bukan mahkamah" - Hamzah Zainudin, blok pembangkang bertikam lidah
Ia bermula apabila Hamzah memaklumkan bahawa siasatan PDRM mendapati tidak wujud sebarang kartel di dalam badan penguatkuasaan itu.

Segerakan siasatan berhubung dakwaan bekas Ketua Polis Negara - Asyraf Wajdi
Pendedahan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengenai kegiatan budaya rasuah dalam amalan lompat parti dan campur tangan yang serius dalam insitusi Polis.

Hamzah tidak hadir Majlis Serah Tugas Jawatan KPN
Majlis Serah Tugas Jawatan Ketua Polis Negara (KPN) di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini berlangsung tanpa kehadiran Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.