KOTA KINABALU: Veteran politik Sabah Tan Sri Abdul Ghani Gilong, 88, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth di sini, malam tadi.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 12.12 tengah malam akibat sakit tua.
Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Datuk Dr Taufiq Yap Yun Hin yang berkongsi berita pemergian tokoh politik itu melalui laman rasmi Facebooknya menyifatkan kehilangan Allahyarham sebagai satu kehilangan besar buat negara, khususnya bagi rakyat Sabah.
"Allahyarham merupakan salah seorang daripada empat penerima Anugerah Tokoh Malaysia sempena sambutan Hari Malaysia 2010 berikutan jasanya yang banyak membantu penyertaan Sabah ke dalam Persekutuan Malaysia pada 1963," katanya.
Beliau berkata pada tahun 2017, UMS telah menganugerahkan Allahyarham Ijazah Doktor Falsafah Kehormat pada majlis konvokesyen ke-19.
Anak Allahyarham, Cheri Gilong Avriett dan menantunya Norman Radzuan menerusi catatan Facebook turut memohon orang ramai mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Allahyarham dilahirkan pada 30 Mei 1932 di Kampung Matan, Ranau dan pernah menjawat jawatan sebagai menteri Persekutuan sehingga 1978.
Selain itu Allahyarham juga pernah berkhidmat dengan tiga bekas Perdana Menteri yang terawal dan sejak melibatkan diri dalam arena politik pada 1963, beliau pernah memegang jawatan sebagai Menteri Hal Ehwal Sabah dan Pertahanan Awam.
Allahyarham juga pernah menjawat jawatan Menteri Kehakiman serta Menteri Kerja Raya dan Pengangkutan Malaysia serta turut memainkan peranan sebagai salah seorang pemimpin dari Sabah dalam pembentukan Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 06 2021
Allahyarham dilahirkan pada 30 Mei 1932 di Kampung Matan, Ranau dan pernah menjawat jawatan sebagai menteri Persekutuan sehingga 1978. - Gambar fail BERNAMA
Kuala Lumpur di tangga kelapan terbaik untuk ekspatriat mendiami
Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Expat City Ranking, Kuala Lumpur menduduki di tangga kelapan negara yang terbaik untuk ekspatriat mendiami.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Social Housing in Cambodia Addresses Climate Change
We spoke with His Excellency Mao Vibol, Under Secretary of State for Cambodia’s Ministry of Land Management, Urban Planning, and Construction, about the country’s efforts to integrate climate resilience into social housing. He shared insights on sustainable urban planning and the role of affordable housing in addressing the challenges of climate change.
36,479 penjawat awam tandatangani perjanjian jual beli PPAM
Jelas Fadhlina Sidek yang menjawab bagi pihak Menteri Wilayah, daripada jumlah tersebut 87 peratus atau 31,942 penjawat awam berpendaptan bawah RM5,000 sebulan.
White House sahkan Biden hadiri pelantikan Trump
White House pada Isnin mengesahkan bahawa Presiden Joe Biden akan menghadiri majlis pelantikan Donald Trump pada 20 Jan.
Sistem kad akses dilaksana di PPR tahun depan -
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata sistem kad akses akan dilaksanakan di PPR mulai tahun depan bagi menangangi masalah pengurusan Program Perumahan Rakyat (PPR).
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini
Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan 'bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi' daripada Republik Korea.
NWICE 2024: Transformasi air menuju kemampanan sejagat
Bertemakan “Transformasi Air Menuju Kemampanan Sejagat”, Persidangan & Pameran Inovasi Air Kebangsaan 2024 (NWICE 2024) merupakan kesinambungan daripada pelan hala tuju AIR 2040 yang telah dilancarkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air(PETRA) baru-baru ini dalam memastikan pengurusan sumber air yang mampan untuk generasi akan datang.
Hoki dalam dewan adakan aksi persahabatan menjelang Piala Dunia 2025
Skuad hoki dalam dewan negara akan mengadakan beberapa aksi persahabatan sebagai persiapan sebelum ke Piala Dunia.
[TERKINI] Suspek bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku didakwa
Seorang lelaki dipercayai menumbuk dada ibu kandungnya hingga maut dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG, Kuala Lumpur Didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Adik Dr Zaliha Mustafa meninggal dunia
Shamsiah Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
Wanita temui ajal buang bintik hitam, tanda lahir
Liu meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan tekanan intrakranial yang berlebihan.
Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir takziah kepada keluarga Ahmad Nawab
Sultan Pahang Al-Sultan dan Tengku Ampuan Pahang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga legenda muzik negara, Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab.
'Ahmad Nawab ibarat bapa saya' - Ramlah Ram
Tan Sri Ahmad Nawab bukan sahaja dianggap sebagai guru malah umpama bapa kepada penyanyi, Ramlah Ram.
Jenazah Tan Sri Ahmad Nawab selamat dikebumikan
Jenazah maestro muzik tanah air, Tan Sri Ahmad Nawab selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah di Gombak.
Pelajar Tingkatan Lima maut motosikal langgar kon
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pembonceng dan penunggang motosikal lelaki mengalami luka.
Ahmad Nawab mentor saya - Ramli MS
Beliau menyifatkan Ahmad Nawab sebagai mentor beliau dan banyak perkara yang dipelajari darinya sejak mereka mula bekerja bersama kira-kira empat dekad lepas.
Pemergian Ahmad Nawab kehilangan besar industri muzik Malaysia - Hetty Koes Endang
Hetty sebak dan terkejut sebaik dimaklumkan berita pemergian komposer Ahmad Nawab yang dianggap sebagai sahabatnya di Malaysia.
Maestro muzik tanah air, Ahmad Nawab meninggal dunia pada usia 92 tahun
Komposer veteran, Tan Sri Ahmad Nawab menghembuskan nafas terakhir pada usia 92 tahun pada Ahad.
Veteran ATM meninggal dunia ketika hadiri majlis di MAEPS
Md Abadi meninggal dunia di Hospital Serdang sekitar 2.30 petang, menurut kenyataan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.