SEREMBAN: Hanya 65 peratus majikan di negeri ini melakukan proses verifikasi bagi pekerja asing mereka menerusi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 (RTK 2.0) setakat ini, kata Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Sembilan (JIMNS) Kennith Tan Ai Kiang.
Justeru, beliau menyeru kepada majikan yang belum melakukannya untuk segera berbuat demikian dan lebih proaktif terhadap perkara itu kerana program berkenaan akan tamat pada 31 Mac ini.
"Kita masih menunggu 35 peratus majikan dan pekerja mereka untuk tujuan tersebut. Oleh itu saya menyeru majikan untuk mendaftarkan pekerja asing mereka dan tampil ke pejabat kami di Senawang bagi tujuan verifikasi sebelum ia ditutup.
"Majikan perlu peka dengan keperluan tersebut kerana selepas ini ada proses lain lagi untuk tujuan mengesahkan mereka (pekerja asing)," katanya pada sidang media di Pejabat Imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Ampangan di sini.
Sebelum ini Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata proses verifikasi itu dilaksanakan setelah proses pendaftaran Program RTK 2.0 tamat pada 31 Dis lepas, dengan dianggarkan hampir 1.1 juta pekerja asing didaftarkan.
Saifuddin berkata setelah berakhirnya tempoh proses verifikasi berkenaan, mana-mana majikan yang didapati masih menggajikan pekerja asing tanpa dokumen yang sah mereka boleh dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 55B, Seksyen 55E dan Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002).
Dalam pada itu Tan berkata hingga 13 Mac lepas, sebanyak 787 pendatang tanpa izin didaftarkan termasuk 32 kanak-kanak bagi Program Repatriasi Migran iaitu penghantaran pulang warga asing secara sukarela yang dilaksanakan bermula 1 Mac lepas.
Beliau berkata kesemua mereka adalah yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki sebarang pas yang sah untuk berada di negara ini dan Seksyen 15(1)(c) kerana tinggal lebih masa.
"Jika dilihat statistik, warga Indonesia adalah yang paling ramai mendaftar program ini iaitu sebanyak 443 orang. Mereka mungkin mengambil peluang dalam program ini untuk pulang menyambut hari raya di negara asal," katanya menambah bukan kesemua pendatang yang mendaftar adalah dari negeri ini.
Mengenai situasi di Depot Imigresen Lenggeng beliau berkata tiada kesesakan dilaporkan di depot yang berkapasiti 1,000 orang itu.
Sementara itu beliau berkata setakat 29 Feb lepas, sebanyak 3,138 pendatang tanpa izin diperiksa dengan 477 ditahan iaitu peningkatan berbanding tempoh sama pada tahun lepas.
Menurutnya JIMNS juga akan memberi lebih tumpuan dan penguatkuasaan terhadap lima lokasi 'hotspot' di daerah ini dan Nilai yang menjadi tumpuan pendatang tanpa izin.
Dalam pada itu Tan menafikan dakwaan bahawa pihaknya tidak melakukan penguatkuasaan di kawasan Nilai 3, di sini yang dikatakan didominasi warga asing terutama dalam sektor perniagaan.
"Nilai 3 memang ramai warga asing di situ, ada pekerja yang mempunyai pas dan dibenarkan bekerja dan ada yang tiada pas..kadang-kadang agak susah untuk kami buktikan bahawa mereka melakukan kesalahan kerana perlu ada pembuktian termasuk punch card bekerja dan sebagainya.
"Sebab itu ia mengambil masa kerana kita kena hantar pegawai risik, menyamar dan sebagainya untuk memastikan mereka benar-benar melakukan kesalahan termasuk tidak mempunyai dokumen perjalanan," katanya.
Beliau berkata pihaknya sentiasa melakukan operasi secara bersasar di premis termasuk melalui risikan dan aduan orang awam bagi membanteras lambakan warga asing di negeri ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 16 2024
Majikan yang belum melakukannya digesa segera berbuat demikian dan lebih proaktif terhadap perkara itu kerana program berkenaan akan tamat pada 31 Mac ini. -Gambar fail
Sembilan pekerja ladang terhidu racun serangga di Kinabatangan
Sembilan pekerja di sebuah ladang sawit di Kinabatangan dikejarkan ke hospital selepas disyaki terhidu racun serangga pada Sabtu.
Terbuka Malaysia: Impian wakil tunggal negara di final tidak kesampaian
Pemain Malaysia terakhir yang berjaya melangkah ke final dan memenangi Terbuka Malaysia adalah Datuk Lee Chong Wei pada 2018.
Terbuka Malaysia: Aksi ulangan final Antonsen-Yu Qi
Tahun lepas, Antonsen menumpaskan jaguh China itu dalam straight set 21-14, 21-13 di pentas final.
Kembar karate Terengganu tekad cipta kejayaan pada debut Sukan SEA
Pasangan kembar berusia 19 tahun itu mendapat tawaran ke skuad kebangsaan selepas hanya dua tahun mempelajari karate.
Orang Asli: Melaka perluas skim insurans kepada Tok Jenang dan Tok Jekerah
Seramai 28 Tok Jekerah dan Tok Jenang daripada 14 perkampungan Orang Asli di seluruh Melaka akan mendapat manfaat daripada inisiatif berkenaan.
Abang Johari yakin keutuhan parti tidak tergugat
Katanya, peralihan kepimpinan dari Taib Mahmud kepada Adenan Satem dan seterusnya kepada beliau, telah berlaku tanpa sebarang masalah.
UNRWA pindah beribu fail pelarian dari Gaza, Tebing Barat ke lokasi selamat
Philippe Lazzarini menegaskan bahawa "UNRWA adalah pemegang amanah kepada identiti dan sejarah pelarian Palestin."
Ekonomi global berdepan ketidakpastian berhubung dasar perdagangan AS - Ketua IMF
Terdapat minat yang mendalam terhadap dasar pentadbiran AS, khususnya mengenai tarif, cukai, pembatalan kawal selia dan kecekapan kerajaan.
Kerajaan naik taraf fasiliti dengan kos RM4.3 juta
Kementerian Komunikasi berjaya menaik taraf fasiliti program Kampung Angkat MADANI di Kampung Kelinsing, Sepang dengan kos sekitar RM4.3 juta.
Pegawai ditahan tiada kaitan dengan Sarawak Media Group atau TVS
Sarawak Media Group/TVS dalam kenyataan pada Sabtu berkata, pihaknya berpegang teguh kepada prinsip keadilan dan akan memberikan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa, jika diperlukan.
Dua bot nelayan ditahan langgar syarat lesen, gajikan pekerja asing
APMM Selangor menahan dua bot nelayan tempatan kerana disyaki melanggar syarat sah lesen dengan menggajikan kru warga asing tanpa kebenaran.
Polis tahan lima lelaki warga Thailand tanpa dokumen perjalanan sah
Polis menahan lima lelaki warga Thailand yang cuba pulang ke negara asal mereka secara haram di pintu sempadan di sini, Isnin lepas.
"Petaling Street" sekali lagi digempur, 34 pendatang tanpa izin ditahan
Jalan Petaling di sini, yang menjadi antara lokasi panas penjualan barangan tiruan melibatkan warga asing, sekali lagi digempur oleh JIM Kuala Lumpur menerusi operasi KL Strike Force", petang tadi.
Polis tahan 10 pendatang Myanmar di Tumpat
Polis menahan 10 warga Myanmar termasuk tujuh lelaki, dua wanita dan seorang kanak-kanak di Tumpat semalam.
Polis lumpuh 40 sindiket penipuan dalam talian, 426 individu ditahan
Polis melumpuhkan kira-kira 40 sindiket penipuan dalam talian menerusi operasi khas selama 12 hari bermula 25 Nov hingga 6 Dis lepas.
Tiada kompromi, rakyat Malaysia guna laluan haram ke Thailand akan ditahan - Polis
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, pihaknya kini menguatkuasakan Seksyen 5 (2) Akta Imigresen bagi mengelakkan lebih banyak kes jenayah termasuk penyeludupan dadah atau senjata api
Op Noda: Dua pusat hiburan tanpa lesen diserbu, 48 individu ditahan
Polis menyerbu dua pusat hiburan beroperasi tanpa lesen di Kepong dan Puchong serta menahan 48 individu termasuk warga asing dalam Op Noda baru-baru ini.
Imigresen Sabah hantar pulang 24 warga China ke negara asal
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menghantar pulang 24 warga China ke negara asal melalui penerbangan secara terus dari Lapangan Terbang Tawau ke Guangzhou, China semalam.
Dua warga Myanmar, seorang lelaki didakwa bunuh penganggur
Seorang pemandu traktor dan dua warga Myanmar didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki minggu lepas.
Tujuh nelayan ditahan positif dadah
Menghilangkan tekanan ketika berada di laut dan untuk menambah tenaga ketika bekerja antara alasan diberi tujuh nelayan yang ditahan selepas didapati positif dadah dalam operasi di Jeti LKIM, Besut.