SUBANG: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah mengenal pasti beberapa negara yang akan diletakkan dalam senarai ‘risiko tinggi’ susulan penularan varian baharu COVID-19 iaitu Omicron, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Dalam satu sidang media hari ini, Ahli Parlimen Rembau itu berkata, KKM juga akan terus memantau laporan harian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan melihat beberapa lagi negara untuk diletakkan dalam senarai tersebut.
Beliau berkata, garis panduan sedia ada KKM mewajibkan pengembaran dari negara tersenarai untuk memakai peranti pengesanan digital bagi supaya mereka patuh pada prosedur operasi standard (SOP) dan kekal berada di tempat kuarantin yang ditetapkan.
“Ada beberapa negara yang telah kita masukkan dalam senarai ‘high risk’, walaupun kita tidak membuat sekatan seperti mana terhadap negara-negara yang saya umumkan minggu lepas, tapi ada beberapa negara (lagi) akan kita kategorikan sebagai high risk.
“Semua pengembara dari negara itu mesti pakai digital tracking device supaya kita tahu mereka di rumah, untuk proses kuarantin.
“Senarai itu merupakan senarai KKM, supaya kita tahu siapa datang dari negara tersebut, dan akan pakaikan peranti digital. Kita masih boleh benarkan mereka kuarantin di rumah dan tak akan benarkan mereka keluar dari rumah,” katanya lagi.
Setakat ini, pengembara dari lapan negara telah dikenakan sekatan dari memasuki Malaysia iaitu Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, Zimbabwe dan Malawi.
BACA: KKM jamin terus kenal pasti kontak rapat kes indeks Omicron - Khairy
Dalam sidang media yang sama, Khairy berkata, rakyat Malaysia diseru untuk tidak panik memandangkan garis panduan dan SOP KKM adalah lebih ketat berbanding negara-negara lain termasuk United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat.
“Kalau lihat pengalaman negara yang sudah mengesan Omicron di negara mereka, kerajaan mereka ketatkan beberapa garis panduan dan SOP. Dan saya telah baca, pengalaman di UK dan sebagainya, sebenarnya apa yang mereka ketatkan, masih lagi longgar berbanding Malaysia.
“Now they’re talking about mask indoor sedangkan kita sudah amalkan. Jadi dalam hal ini saya rasa dengan segala langkah sedia ada di Malaysia, kita memang sudah berada di tahap yang berjaga-jaga. Negara lain baru nak buat benda yang kita dah praktikkan,” jelas Khairy.
Khairy turut memberitahu, setakat ini langkah keselamatan di Malaysia merupa antara yang ketat di dunia, termasuk dengan persiapan seperti kadar vaksinasi yang tinggi, stok dos penggalak yang mencukupi serta persediaan sistem kesihatan awam sekiranya kadar kemasukan ke hospital kembali meningkat.
Firdaus Azil
Sat Dec 04 2021
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, langkah keselamatan di Malaysia merupa antara yang ketat di duni, termasuk persiapan seperti kadar vaksinasi yang tinggi dan stok dos penggalak yang mencukupi. - Gambar BERNAMA
[Data & Statistik] Prestasi Pelaburan Malaysia Januari-September 2024
Malaysia berjaya merekodkan jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion dalam 9 bulan tahun ini membabitkan 4,753 projek, ia dijangka menjana 159,347 peluang pekerjaan baharu.
84.3 peratus projek pembuatan lulus sejak 2021 telah dilaksana
Sejumlah 84.3 peratus daripada projek pembuatan yang diluluskan sejak tahun 2021 telah dilaksanakan.
Rusuhan penjara: 33 maut, 15 cedera di Mozambique
Rusuhan itu turut menyaksikan kira-kira 1,534 banduan melarikan diri, tetapi setakat ini 150 telah berjaya ditangkap semula.
Dua beranak maut, empat cedera dalam nahas dua kenderaan di WCE
Kemalangan di antara kereta jenis Proton Wira dan Perodua Kelisa itu berlaku sekitar jam 5.15 pagi.
Mesir, Qatar usahakan perjanjian gencatan senjata Gaza
Pengeboman dan serangan darat Israel di Gaza telah membunuh lebih daripada 45,000 rakyat Palestin.
AWANI Ringkas: 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 Disember 2024
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
20 tahun tragedi 'ombak besar' kekal dalam ingatan penduduk Pulau Pinang
26 Disember 2004, tarikh keramat yang tidak pernah luput dari ingatan penduduk Pulau Pinang, khususnya di kawasan Pulau Betong.
Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa
Serangan itu turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.
AWANI Pagi: Menjual Kuantan 188 untuk pembangunan pantai timur
Ikuti diskusi siaran luar Awani Pagi dari menara Kuantan 188 bersama Khalisa Azman, Pengurus Besar Kuantan 188 membincangkan mengenai perancangan dan inisiatif tahun depan untuk "menjual" Kuantan 188 bagi pembangunan di kawasan pantai timur.
Situasi COVID-19 dan influenza terkawal - KKM
Situasi COVID-19 dan influenza di Malaysia terkawal dengan tiada peningkatan kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan.
KKM alu-alukan langkah kawal selia premium insurans, takaful, intervensi
Langkah BNM mengawal selia kenaikan premium insurans dan takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) adalah intervensi jangka pendek agar rakyat tidak terbeban dengan inflasi yang mendadak.
Air di Kampung Kelaik tiada pelanggaran had piawaian logam berat - KKM
KKM melalui JKN dan PKD akan terus memantau kualiti bekalan air di Kampung Kelaik secara berkala dengan kerjasama pihak JAKOA.
NCFS jadi pusat kecemerlangan bagi program keselamatan dan kualiti makanan - Dzulkefly
Pusat Kebangsaan bagi Keselamatan Makanan (NCFS) akan menjadi pusat kecemerlangan bagi Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
KKM tambah baik sistem penempatan petugas melalui kaedah penggiliran
Ia bagi memastikan pegawainya tidak tertekan sehingga boleh menjejaskan kesihatan mental mereka.
Merokok di restoran: Tok Mat mohon maaf, akan bayar kompaun
Mohamad berkata notis kompaun itu akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk penetapan amaun kompaun serta tindakan selanjutnya.
Menteri Kesihatan sahkan Tok Mat akan dikenakan kompaun kesalahan merokok di restoran
Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Seremban akan menyerahkan notis kompaun terhadap Ahli Parlimen Rembau itu atas kesalahan melanggar undang-undang.
Nelayan terjatuh bot ditemukan lemas
Seorang lelaki yang dilaporkan terjatuh dari bot di Jeti ikan TSL Fishery, Sungai Perak, di Hutan Melintang semalam, ditemukan lemas hari ini.
Tiga individu kerugian lebih RM5.4 juta terperdaya love scam, phone scam
Dua wanita dan seorang lelaki berputih mata selepas masing-masing terperdaya dengan sindiket Love Scam dan Phone Scam, mengakibatkan kerugian lebih RM5.4 juta dalam tiga kes berasingan.
TH perkenal buku rekod rawatan digital, mudahkan bakal haji
Bakal jemaah musim haji 1446H/2025M tidak perlu lagi hadir ke pejabat cawangan Tabung Haji (TH) terdekat bagi mendapatkan Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH).