KUALA LUMPUR: Malaysia boleh menjadi antara negara pengeluar vaksin, sekiranya vaksin keluaran tempatan pertama yang sedang dibangunkan menggunakan teknologi Messenger Asid Ribonukleik atau ringkasnya mRNA untuk COVID-19, berjaya direalisasikan.
Mengikut rekod, vaksin Pfizer-BioNTech yang dibangunkan syarikat farmaseutikal Amerika Syarikat iaitu Pfizer dan rakan niaganya dari Jerman, BioNTech, merupakan vaksin COVID-19 pertama yang diluluskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sekali gus merupakan vaksin pertama yang diterima Malaysia.
Dengan keberhasilan vaksin itu yang disifatkan selamat diikuti vaksin jenis virus ternyahaktif daripada syarikat Sinovac, China, beberapa negara termasuk Malaysia, mula mengorak langkah menghasilkan vaksin dengan menggunakan teknologi mRNA.
Pensyarah Kanan di Kluster Kesihatan Persekitaran, Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Nurul Yuziana Mohd Yusof berkata Malaysia setakat ini belum pernah menghasilkan vaksin untuk penyakit manusia dan sekiranya teknologi mRNA ini berjaya, ia bakal menjadi titik tolak dalam pemerkasaan industri pembuatan vaksin di negara ini.
Beliau yang mempunyai kepakaran dalam bidang biologi molekul, genomik dan teknologi berasaskan sel mamalia, menjelaskan bahawa vaksin mRNA merupakan vaksin yang terdiri daripada bahan yang mengandungi maklumat genetik untuk menghasilkan protein virus yang dihantar ke dalam sel manusia menerusi suntikan.
Protein virus yang dihasilkan itu seterusnya akan dapat dicam oleh tubuh seseorang individu itu untuk penghasilan antibodi yang sekali gus dapat memberi keimunan terhadap virus tersebut.
Menjelaskan lanjut, beliau berkata penghasilan vaksin mRNA yang menggunakan kaedah partikel-nano lipid (Lipid nanoparticle atau LNP) melibatkan proses bebas-sel (cell-free process) yang secara teknikalnya, dijangkakan lebih cepat berbanding kaedah penghasilan vaksin jenis lain.
''Kedua-dua syarikat Pfizer dan Moderna menghasilkan produk vaksin COVID-19 melalui teknologi mRNA yang menggunakan partikel-nano lipid untuk membawa atau 'membungkus' mRNA .
"Pembungkusan mRNA dalam struktur LNP adalah penting untuk memastikan kestabilan dan keberkesanan bahan mRNA untuk masuk ke dalam sel dan seterusnya dapat menjalankan fungsinya bagi menghasilkan protein virus setelah disuntik ke dalam tubuh,'' katanya kepada Bernama.
Proses bebas-sel ini katanya, melibatkan tindakan enzim yang perlu untuk menukarkan asid deoksiribonukleik (DNA) kepada mRNA melalui tindak balas 'transkripsi in vitro'.
''Dalam konteks bebas-sel, ia merujuk kepada proses yang tidak melibatkan penggunaan kultur sel mamalia untuk memperbanyakkan virus seperti yang digunakan dalam kebanyakan teknologi penghasilan vaksin berasaskan virus berskala besar oleh industri biofarmaseutikal, contohnya vaksin jenis virus ternyahaktif dari Sinovac.
''Terdapat juga kaedah penghasilan vaksin berasaskan telur yang merupakan teknologi lama tetapi masih digunakan. Namun, ia mengambil masa lebih lama dan mungkin terdapat ketidaksesuaian genetik yang boleh menyebabkan vaksin yang dihasilkan mungkin tidak begitu berkesan,'' jelasnya.
Mengulas lanjut, Nurul Yuziana berkata vaksin mRNA turut disifatkan selamat berikutan formulasi yang digunakan untuk menghasilkan vaksin tersebut wujud secara semula jadi dalam tubuh manusia selain bahan lain yang telah diluluskan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA).
''Bahan lipid seperti lipid yang boleh terion, kolesterol dan lipid pembantu yang digunakan bagi membina struktur LNP untuk membungkus mRNA adalah bahan lemak yang wujud secara semula jadi dalam tubuh dan ia boleh disingkirkan secara alami atau digunakan semula di dalam tubuh manusia.
''Sementara bahan lain seperti PEG (Polyethylene glycol) yang diperlukan untuk memastikan kestabilan struktur LNP merupakan bahan yang biasa digunakan dalam produk ubat-ubatan dan mendapat kelulusan FDA,'' katanya.
Selain itu, penyediaan fasiliti pengeluaran patuh Amalan Perkilangan Baik (GMP) dengan dilengkapi mesin berautomasi serta tenaga kerja kompeten, turut mendorong keberhasilan proses pembangunan vaksin mRNA.
"Teknologi penghasilan vaksin yang merupakan produk biologik adalah tidak sama dengan pembuatan ubat sintetik. Ia merupakan aplikasi daripada bidang bioteknologi yang secara spesifiknya melibatkan penggunaan pelbagai kaedah biologi molekul, teknologi berasaskan sel dan kejuruteraan bioproses".
''Saya mempunyai pengalaman sebagai saintis di syarikat Inno Biologics Sdn Bhd yang merupakan syarikat penghasilan produk biologik bagi protein kompleks seperti antibodi monoklonal dan eritropoietin melalui platform bioproses yang paling hampir dengan penghasilan vaksin. Dan ini membuktikan kita pernah mempunyai kepakaran teknikal dalam kalangan graduan tempatan dan pengalaman menggunakan teknologi dalam penghasilan biologik di Malaysia,'' katanya.
Vaksin COVID-19 yang dibangunkan di Malaysia melalui kerjasama Institut Kajian Perubatan (IMR) dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) akan melalui ujian praklinikal membabitkan haiwan mulai bulan depan dan dijangka siap menjelang 2024.
Selain Malaysia, Thailand juga bakal melancarkan ujian klinikal ke atas manusia untuk vaksin COVID-19 buatan negara itu, selepas kajian praklinikal menunjukkan keputusan memberangsangkan.
WHO juga baru-baru ini dilaporkan akan membangunkan hab vaksin di Afrika Selatan bagi membolehkan syarikat di negara itu memulakan proses menghasilkan vaksin mRNA dalam tempoh sembilan ke 12 bulan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 07 2021
Vaksin Pfizer-BioNTech yang dibangunkan syarikat farmaseutikal Amerika Syarikat dan rakan niaganya dari Jerman merupakan vaksin COVID-19 pertama yang diluluskan WHO. - Gambar fail
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Fahmi berkata ia termasuk isu Internet di kawasan terpencil, pedalaman dan pulau-pulau dalam memastikan akses Internet berkelajuan tinggi lebih meluas.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Warga emas disaran ambil vaksin influenza, lindungi diri daripada jangkitan serius
Warga emas disaran mengambil vaksin influenza bagi melindungi diri daripada jangkitan lebih serius.
Kepakaran menghasilkan vaksin ada pada universiti, bukan KKM - Pakar
KKM perlu kerjasama dengan universiti untuk bangunkan vaksin bagi mengelakkan pembaziran dana serta kebergantungan kepada vaksin import.
Pemvaksinan mpox di Republik Demokratik Congo bermula 2 Okt
Usaha pemvaksinan yang akan berlangsung hingga 11 Oktober menyusul berikutan penerimaan lebih 265,000 dos vaksin daripada rakan antarabangsa.
Malaysia bakal raih potensi pelaburan industri halal bernilai RM4 bilion dari China - Ahmad Zahid
Malaysia bakal meraih manfaat potensi pelaburan baharu dari China dalam industri halal bernilai kira-kira RM4 bilion, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
69 peratus kanak-kanak di Gaza terima vaksin polio - Kementerian Kesihatan Palestin
Pencapaian ini dicapai dalam tempoh tujuh hari selepas melancarkan fasa pertama kempen pemvaksinan polio.
Lebih 160,000 kanak-kanak diberi vaksin polio di selatan Gaza - Agensi PBB
Fasa kedua kempen pemvaksinan polio bermula di Khan Younis pada Khamis, susulan kejayaan fasa pertama di kawasan tengah Gaza.
Congo terima kumpulan pertama vaksin mpox
Pesawat yang membawa dos vaksin dihasilkan oleh Bavarian Nordic dan disumbangkan EU itu tiba di ibu negara Kinshasa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mpox: Singapura beri vaksin JYNNEOS kepada petugas kesihatan, kontak rapat
Singapura akan memberikan vaksin JYNNEOS kepada petugas kesihatan dan kontak rapat kes mpox, menurut Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) dalam satu kenyataan pada Rabu.
160,000 kanak-kanak Gaza terima vaksin polio - Kementerian Kesihatan Palestin
Vaksin diberikan kepada kanak-kanak di pusat-pusat bergerak dan ditetapkan kementerian dan UNRWA yang dihadiri ramai keluarga.