Cadangan mengambil warga Rohingya yang berada di Malaysia bekerja berikutan pembekuan pengambilan pekerja dari luar dilihat satu usaha murni dalam membantu golongan pelarian itu yang dilanda krisis di tanah asal mereka.
Namun Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) J Solomon berpendapat, keutamaan seharusnya diberikan kepada warga tempatan dalam mengisi keperluan tenaga kerja dalam pelbagai sektor di negara ini.
Katanya, kerajaan harus mengambil kira segenap aspek sekiranya mahu menimbangkan cadangan tersebut supaya tidak wujud diskriminasi kepada warga tempatan yang akhirnya akan mewujudkan suasana tidak senang.
“Kita tak mahu sebarang tuduhan kepada kerajaan kenapa tidak jaga kepentingan pekerja tempatan dan apabila kerajaan membuat keputusan tidak mahu mengambil sebarang pekerja asing, mereka perlu buat dengan teliti supaya tidak dilihat tidak konsisten.
“Apa-apa bentuk penghuluran bantuan kemanusiaan memang MTUC sokong tetapi berkenaan pengambilan pekerja ini kita perlu lihat secara keseluruhan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Pelbagai etnik
Setakat Oktober tahun lepas, direkodkan seramai 54,856 warga Rohingya di Malaysia berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).
Selain etnik Rohingya, terdapat juga pelarian Myanmar daripada etnik Chin (41,420), Muslim Myanmar (10,928), Rakhine/Arakan serta lain-lain etnik (5,221).
Kata Solomon, pengambilan pekerja warga Rohingya atau mana-mana warga asing juga akan mewujudkan senario lambakan yang akan memberi kesan kepada kadar gaji yang wajar diberikan kepada pekerja tempatan.
Keengganan tenaga tempatan mengisi kekosongan atau permintaan dalam mana-mana sektor pekerjaan harus dipandang serius kerana dikhuatiri suasana itu akan menyumbang kepada berlakunya masalah sosial ekoran peningkatan pengangguran dalam kalangan rakyat Malaysia.
“Kalaupun benar ada kekosongan atau keperluan tenaga kerja, kenapa tidak dipenuhi oleh pekerja tempatan?
“Kalau pekerja tempatan tak diberi gaji yang sesuai, memang semua majikan akan nyatakan atau sanggup nyatakan ada tempat kosong yang perlu diisi dengan membawa masuk pekerja asing.
Gambaran sebenar
Oleh itu, Solomon berharap agar pihaknya serta rakan sosial lain seperti Persatuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) bersama Kementerian Sumber Manusia dapat dipanggil untuk berbincang bagi mendapatkan gambaran sebenar situasi yang berlaku.
Daripada perbincangan itu katanya, mereka dapat memberikan pandangan dan cadangan bagi menyelesaikan isu itu.
Baru-baru ini, kabinet sebulat suara untuk menangguhkan pembayaran levi pekerja asing oleh majikan ke tahun depan, hanya beberapa hari selepas dasar di bawah Komitmen Mandatori Majikan (EMC) itu dikuatkuasa pada 1 Januari.
Kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mengumumkan perkara itu pada Rabu, penangguhan itu hasil maklum balas daripada majikan dan supaya ekosistem yang sewajarnya dapat diteliti bagi mempermudah dan melicinkan industri menggaji pekerja asing, pada masa sama memastikan ekonomi negara terus menumbuh.
Pada November, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan di Dewan Rakyat turut memaklumkan bahawa kerajaan sedang dalam usaha untuk melaksanakan projek perintis untuk memberi kebenaran bekerja kepada 300 orang warga Rohingya berdaftar di negara ini.
Kata Nur Jazlan, mereka yang berkelayakan serta memenuhi syarat ditetapkan kerajaan akan dibenar bekerja di sektor perladangan dan perkilangan.
Israr Khalid
Fri Jan 13 2017
Keutamaan harus diberikan kepada warga tempatan sebelum laksana cadangan mengambil warga Rohingya. - Gambar hiasan/Bernama
PM tiba di UAE bawa misi ekonomi Malaysia, ASEAN
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tiba di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), untuk lawatan rasmi.
Tumpuan Isnin – 13 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (12 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Croatia adakan pusingan kedua Pilihan Raya Presiden
Rakyat Croatia mula mengundi pada Ahad dalam pusingan kedua Pilihan Raya Presiden.
Ini selepas tiada calon utama berjaya memperoleh lebih 50 peratus undi dalam pusingan pertama yang berlangsung pada 29 Disember lalu.
Ini selepas tiada calon utama berjaya memperoleh lebih 50 peratus undi dalam pusingan pertama yang berlangsung pada 29 Disember lalu.
Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan dibentangkan Julai ini
Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 akan dibentangkan Julai ini, menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.
Dilaksanakan tiga siri tahun ini di dua kem
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang bermula pada tahun ini akan dilaksanakan dalam tiga siri di dua kem.
150 pelatih sukarela lapor diri PLKN 3.0
Ketibaan mereka di pekarangan kem berkenaan sejak 7.30 pagi bagi mengikuti program selama 45 hari itu, diiringi ahli keluarga yang hadir memberikan sokongan.
PGA rampas barangan diimport tanpa cukai bernilai RM1.2 juta
Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 2 merampas pelbagai barangan termasuk pakaian, alatan kenderaan, barangan kosmetik serta barangan lain tanpa dokumen sah dan meragukan bernilai RM1.2 juta.
Ibu bersama bayi antara enam maut nahas tiga kereta
Enam termasuk seorang bayi lelaki maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Kalumpang, Semporna-Tawau petang Ahad.
Kawasan rendah punca Kampung Gembut dinaiki air - Penduduk
Air dari hulu dan kawasan rendah antara faktor berlakunya banjir di Kampung Gembut, Kota Tinggi, Johor.
Ketua Kampung Gembut, Muhammad Iffat Hasmadi berkata, beliau dan penduduk kini hanya berserah kepada takdir kerana menyedari jika situasi hujan tanpa henti ini berterusan, risiko banjir gelombang kedua akan berlaku.
Ketua Kampung Gembut, Muhammad Iffat Hasmadi berkata, beliau dan penduduk kini hanya berserah kepada takdir kerana menyedari jika situasi hujan tanpa henti ini berterusan, risiko banjir gelombang kedua akan berlaku.
Kes bunuh 3 beranak: Seorang lagi anak suspek trauma, bawah jagaan JKM
Kanak-kanak lelaki etnik Rohingya yang ditemui selamat dalam kes pembunuhan ibu dan dua kakaknya akan ditempatkan di satu tempat selamat di bawah jagaan sementara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Etnik Rohingya hanya perlu peluang pendidikan untuk bangun komuniti
Bukan hak kerakyatan serta hak kebebasan lain yang dipinta, tetapi hanya cukup diberi peluang untuk menimba ilmu untuk bangunkan komuniti.
Komuniti antarabangsa perlu pantau, pastikan Rohingya selamat di negara asal
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan perkara itu dalam Sesi Pemukiman Sidang Kemuncak ASEAN Ke-34 di Bangkok hari ini.
Etnik Islam Rohingya perlu diiktiraf sebagai komuniti dalam ASEAN - Mapim
Kaum minoriti paling tertindas di dunia itu juga menetap dalam wilayah ASEAN sejak berdekad-dekad lamanya.
Sebak apabila keluarga Rohingya hadiahkan doktor Malaysia dengan sebotol air mineral
Menerima sebotol air mineral 500ml sebagai tanda terima kasih daripada seorang bapa dan menyambut kelahiran sepasang bayi kembar lelaki merupakan antara pengalaman menyentuh hati.
Utamakan warga tempatan sebelum ambil Rohingya bekerja - MTUC
Kerajaan harus mengambil kira segenap aspek sekiranya mahu menimbangkan cadangan tersebut supaya tidak wujud diskriminasi kepada warga tempatan.