Definisi Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) perlu diperluas meliputi komuniti agar etnik Islam Rohingya diiktiraf sebagai anggota sah di dalam pertubuhan itu.
Kaum minoriti paling tertindas di dunia itu juga menetap dalam wilayah ASEAN sejak berdekad-dekad lamanya, menjadikan mereka mempunyai hak untuk bersuara dan didengari dalam pertubuhan berkenaan.
Justeru itu, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) bersama Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) berpendapat, ASEAN perlu membuka ruang untuk dijadikan persatuan negara-negara dan komuniti Asia Tenggara.
Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata pihaknya akan menghantar memorandum kepada ASEAN mengenai perkara itu sekali gus mengakhiri penderitaan yang dialami oleh etnik Islam Rohingya.
"Etnik Islam Rohingya sudah ada sejarah berdekad lamanya sebagai penghuni di wilayah ASEAN jadi mereka berhak diiktiraf sebagai komuniti. Soal dia (Rohingya) akan menjadi warganegara mana itu akan dibincangkan kemudian.
Definisi ASEAN perlu dikembangkan konsep kerakyatannya. Bukan cuma ada negara anggota atau kerajaan sahaja, tetapi ahli komuniti sekali sekaligus akan membuatkan etnik Islam Rohingya akan mempunyai hak untuk bersuara," katanya dalam satu sidang media di Shah Alam, pada Jumaat.
Sementara itu, Mohd Azmi turut menyatakan kegusaran mengenai perkembangan episod baharu penderitaan Etnik Islam Rohingya yang berada di negeri Rakhine, Myanmar sejak dua hingga tiga bulan lepas.
Beliau berkata kaum Rohingya kini tersepit dalam peperangan yang berlaku antara rejim tentera Myanmar dan Tentera Arakan yang mana didakwa menyasarkan pembunuhan kaum Rohingya.
"Bermula 1 April lalu, lima bandar di daerah Buthidaung diisytiharkan darurat oleh tentera Myanmar akibat peperangan itu dan terbaru seramai 20 warga Rohingya terbunuh dan mencederakan 30 lagi dalam serangan helikopter oleh tentera junta Myanmar.
"Justeru kami mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan resolusi hantar tentera pengaman ke Rakhine untuk melindungi Rohingya daripada konflik yang tercetus.
"Kami juga mahu pemerintah Myanmar membuka akses kepada agensi kemanusiaan untuk menghantar bantuan kepada penduduk Rohingya yang terjejas disana," katanya.
Mengulas lanjut, Mohd Azmi menyatakan satu pelan tindakan telah dirangka meliputi pelbagai perkara antaranya menghantar memorandum kepada Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), PBB dan ASEAN, dalam usaha menggesa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah untuk membantu etnik Rohingya di Malaysia.
"Wujudkan kumpulan untuk failkan kes kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengenai pembunuhan beramai-ramai etnik Islam Rohingya oleh tentera junta Myanmar, usulkan kepada Parlimen dan Dewan Negara untuk membahaskan mengenai isu Rohingya dan banyak lagi," jelas beliau.
Afiezy Azaman
Fri Apr 12 2019

AZMI: Kami mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan resolusi hantar tentera pengaman ke Rakhine untuk melindungi Rohingya daripada konflik yang tercetus. - Gambar fail
Wajib dapatkan permit langkah tepat jamin keselamatan ruang udara negara
Tindakan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang mewajibkan semua pengendali dron di negara ini untuk mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron mereka merupakan tindakan tepat dalam memastikan keselamatan ruang udara negara terjamin.
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.

Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak
Harga tanah berhampiran lokasi itu berpotensi melonjak daripada 20 hingga 30 peratus.
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Bagaimana ASEAN boleh mengurangkan kebergantungan kepada dolar AS?
Penyelarasan transaksi rentas sempadana bukan sahaja mengurangkan kebergantungan ASEAN kepada Dolar AS, malah dapat tingkatkan perdagangan serantau, memperkukuh kestabilan ekonomi, dan menjadikan ASEA

ASEAN perlu utama kepentingan serantau di sebalik perubahan geopolitik global - Tengku Zafrul
ASEAN perlu mengutamakan kepentingan kolektif blok itu berbanding hubungan mana-mana anggotanya dengan kuasa besar atau kumpulan alternatif lain.

PM Anwar minta Sarawak bekalkan elektrik ke FIlipina - Abang Johari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta kerajaan Sarawak membekalkan lebihan tenaga elektriknya ke selatan Filipina melalui Sabah bermula tahun depan.

Malaysia seru perpaduan ASEAN yang lebih utuh di sebalik peralihan dinamik kuasa global
ASEAN perlu terus memikirkan dinamik kuasa besar baharu di bawah "Trump 2.0" sambil kekal lantang dan berprinsip dalam isu geopolitik serta ekonomi.

Malaysia komited perkukuh kerjsama antarabangsa demi kesejahteraan bersama
Malaysia komited untuk terus bekerjasama dengan rakan antarabangsa dalam merealisasikan pembangunan yang lebih adil, mampan dan berdaya tahan demi kesejahteraan bersama.

Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS susulan jangkaan penurunan kadar AS
Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar AS hari ini mendapat rangsangan daripada jangkaan bahawa Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) akan menurunkan kadar faedahnya.

Thaksin sokong kepimpinan Malaysia terajui ASEAN tangani krisis Myanmar
Bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra menyuarakan keyakinannya terhadap kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dalam menyelesaikan konflik Myanmar.

ASEAN perlu melangkaui angka perdagangan dan pelaburan tradisional - PM Anwar
Beliau menegaskan ASEAN tidak harus terhad dalam reaksinya terhadap anjakan global dan sebaliknya, perlu menjadi peneraju.