Universiti Sains Malaysia (USM) tidak akan berkompromi dengan sindiket yang membekalkan ijazah palsu dan telah memperketatkan proses pengesahan pelbagai peringkat bagi menjamin keutuhan keyakinan kepada graduan daripada universiti berkenaan.
Naib Canselor USM Prof Datuk Dr Asma Ismail dalam kenyataan pada Isnin berkata USM sememangnya membantu pelbagai pihak untuk melakukan pengesahan dari semasa ke semasa yang disalurkan khususnya oleh bakal majikan.
"Semua ini akan diteliti pasukan penyemak daripada pelbagai bahagian bagi memastikan kesahihan dokumen yang dibekalkan.
"Selain itu, setiap ijazah dikeluarkan USM kepada graduannya, termasuk Ijazah Kehormat dilengkapi tidak kurang daripada 15 ciri keselamatan. Ciri-ciri keselamatan ini dirahsiakan daripada pengetahuan umum dan akan dikaji semula secara berkala bagi memastikan ia kekal relevan," katanya.
Beliau turut menegaskan USM turut memberikan penekanan kepada pemilihan pembekal bagi proses cetakan ijazah berkenaan.
Akhbar pada Isnin melaporkan, Pengarah Urusan Verity Intelligence Sdn Bhd, Mark Leow dipetik sebagai berkata selain Universiti Teknologi Mara dan Kolej Universiti SEGi, terdapat banyak lagi sijil pengajian institusi pengajian tinggi lain yang dipalsukan tetapi berjaya dikesan seperti Universiti Putra Malaysia, USM dan Universiti Taylor.
Asma seterusnya berkata pihak yang mempunyai sebarang keraguan dan kemusykilan berkenaan ijazah dikeluarkan atas nama USM boleh membuat semakan dengan menghubungi Penolong Pendaftar Kanan Seksyen Data dan Rekod, Bahagian Pengurusan Akademik, Mohd Jalaludin Azizan di talian 04-6533211/2924/3169 atau e-mel jalaludin@usm.my .
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 10 2017
![USM tidak akan berkompromi sindiket ijazah palsu USM tidak akan berkompromi sindiket ijazah palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/81471600965_CertificateScroll.jpg)
Setiap ijazah dikeluarkan Universiti Sains Malaysia kepada graduannya, termasuk Ijazah Kehormat dilengkapi tidak kurang daripada 15 ciri keselamatan. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![USIM bangun aplikasi kesan ijazah palsu USIM bangun aplikasi kesan ijazah palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81638243498_USIMbangunaplikasi.jpg)
USIM bangun aplikasi kesan ijazah palsu
Tasdiq Al-Syahadah (TAS) itu berasaskan teknologi 'blockchain' yang boleh mengesan ketulenan skrol graduan dikeluarkan USIM.
!['Terus terang saya memang tiada ijazah, jadi jangan tularkan' - Mahfuz 'Terus terang saya memang tiada ijazah, jadi jangan tularkan' - Mahfuz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/41521101603_MahfuzOmar.jpg)
'Terus terang saya memang tiada ijazah, jadi jangan tularkan' - Mahfuz
Naib Presiden parti Amanah, Datuk Mahfuz Omar hari ini menggesa pihak-pihak yang menularkan dakwaan bahawa beliau merupakan lulusan dari sebuah universiti luar negara agar menghentikan tindakan itu.
![Isu ijazah palsu: Marzuki kekal sebagai Setiausaha Agung Bersatu - Muhyiddin Isu ijazah palsu: Marzuki kekal sebagai Setiausaha Agung Bersatu - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/71549950581_muhyiddin.jpg)
Isu ijazah palsu: Marzuki kekal sebagai Setiausaha Agung Bersatu - Muhyiddin
Muhyiddin berkata, beliau telah diberi penjelasan oleh Timbalan Menteri Luar itu berhubung isu berkenaan.
![Usah malu, perlu jujur mengenai latar belakang pendidikan Usah malu, perlu jujur mengenai latar belakang pendidikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/41549712950_bakhtiarwanchik.jpg)
Usah malu, perlu jujur mengenai latar belakang pendidikan
Wakil rakyat dan pemimpin politik di negara ini tidak perlu malu sekiranya tidak mempunyai kelayakan akademik yang tinggi, kata Pemangku Pengerusi PKR Pulau Pinang, Muhammad Bakhtiar Wan Chik.
![Kementerian Pendidikan lancar e-Scroll atasi ijazah palsu Kementerian Pendidikan lancar e-Scroll atasi ijazah palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/81471600965_CertificateScroll.jpg)
Kementerian Pendidikan lancar e-Scroll atasi ijazah palsu
UIAM menjadi institusi pengajian tinggi pertama di negara ini menggunakan sistem itu pada istiadat konvokesyennya.