NILAI: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) berjaya mencipta aplikasi Quran Isyarat pertama di negara bagi memudahkan Orang Kurang Upaya (OKU) masalah pendengaran untuk membaca dan mendalami Al-Quran.
Naib Canselor USIM Datuk Dr Mohamed Ridza Wahiddin berkata Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) di FPQS telah menjalankan penyelidikan meneroka ilmu baharu ke arah mempromosi keseimbangan hidup komuniti OKU bertunjangkan Maqasid Syariah dan pendekatan Islami.
"Kekuatan visual dan celik IT dalam kalangan OKU pendengaran menjadi asas kepada penerokaan dan kajian berkaitan kesediaan, kebolehgunaan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran al-Quran berasaskan kekuatan mereka.
"Komuniti OKU pendengaran, bukan sahaja dari Malaysia malah di seluruh pelosok dunia mampu untuk membaca Quran menggunakan Aplikasi Quran Isyarat dan boleh muat turun aplikasi ini melalui platform android dan iOS secara percuma," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Aplikasi Quran Isyarat dan perasmian bangunan Falkulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) di USIM, dekat sini, hari ini.
Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud berkenan merasmikan majlis yang turut dihadiri Pro-Canselor USIM Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
Mohamed Ridza berkata aplikasi tersebut turut menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai First Sign Languange Al-Quran Application.
Jelasnya aplikasi tersebut bermula daripada hasil projek tahun akhir pelajar FPQS sesi 2015/2016 yang menciptakan courseware software interaktif pembelajaran Quran dan Solat (iSign QurANIS) pada 2017.
Kemudian hasil maklum balas Persatuan Orang Pekak Muslim Malaysia (PRISMA) dan Persatuan Orang Pekak Negeri Sembilan (NESDA) membuka ruang penambahbaikkan produk ini daripada courseware software kepada platform Android dan iOS.
Katanya projek ini menerima suntikan dana di bawah program Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) dengan sokongan SME Corp bagi menyempurnakan Fasa satu dan dua iaitu menaik taraf reka bentuk aplikasi dan melengkapkan 30 juzuk kaedah Tilawah Quran dengan isyarat kod tangan Quran dan transliterasi Makhraj.
Pengarah UMMI Dr Norakyairee Mohd Raus berkata setakat ini Surah Al-Fatihah dan Juzuk Amma atau Juz ke-30 dalam Al-Quran telah lengkap dibangunkan dan baki 29 juzuk lagi memerlukan dana khas bagi menyempurnakan 30 Juzuk Quran.
Norakyairee berkata kos pembangunan aplikasi tersebut bagi fasa satu dan dua mencecah hampir RM1 juta dan memerlukan kira-kira RM3 juta lagi bagi fasa tiga untuk melengkapkan baki 29 juzuk Terjemahan Quran mesra OKU pendengaran.
Noraini dalam ucapannya berkata kejayaan aplikasi tersebut telah menarik minat Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) dengan menjemput penyelidik daripada UMMI mempromosikan aplikasi tersebut di Expo Dubai 2020 sebagai pendedahan di peringkat antarabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 19 2022
Tuanku Aishah Rohani (dua, kiri) berkenan melihat replika bangunan Fakulti Perubatan dan Sains USIM pada majlis perasmian bangunan tersebut dan pelancaran Aplikasi Quran Isyarat USIM hari ini. - Foto BERNAMA
Polis siasat dakwaan buli di sekolah berasrama penuh di KL
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan berlaku kejadian buli membabitkan anak seorang penyanyi dan beberapa individu lain di sebuah sekolah berasrama penuh di ibu negara.
Peruntukan tebatan banjir Sungai Damansara diluluskan, kurangkan risiko di Sungai Buloh
Peruntukan berjumlah RM481 juta bagi Projek Tebatan Banjir Sungai Damansara telah diluluskan sebagai usaha mengurangkan risiko banjir di kawasan Parlimen Sungai Buloh.
AWANI 7:45 [05/10/2024] – Tunggu perkenan Majlis Raja-Raja | Inflasi dan gaji jadi tumpuan | Kes terpencil | Zionis terus angkuh
- Tiga negeri fatwakan GISB sesat, siasatan libat 10 peruntukan
- Belanjawan 2025 tumpu isu inflasi dan naik gaji
- Kekecohan libat warga Palestin mungkin sebab stress, ATM tangani dengan profesional
- Gaza hancur lebur, Beirut hampiri kemusnahan
- Belanjawan 2025 tumpu isu inflasi dan naik gaji
- Kekecohan libat warga Palestin mungkin sebab stress, ATM tangani dengan profesional
- Gaza hancur lebur, Beirut hampiri kemusnahan
Pekebun boleh kemuka tuntutan akibat serangan haiwan liar
Pekebun yang mengalami kerugian hasil tanaman akibat ancaman haiwan liar boleh mengemukakan tuntutan pampasan terhadap kerosakan yang berlaku.
AWANI Ringkas: GISB Holdings | Kes tembakan di Song | PR1MA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki rugi RM224,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga tempatan berputih mata apabila kerugian RM224,000 setelah terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi aplikasi WhastApp.
#AWANIRingkas 5 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 5 Oktober 2024
1️⃣ Siasatan membabitkan 10 peruntukan undang-undang
2️⃣ KDN sahkan seorang anggota polis terlibat
3️⃣ Projek sakit dijangka siap menjelang hujung 2024
#awaniringkas
1️⃣ Siasatan membabitkan 10 peruntukan undang-undang
2️⃣ KDN sahkan seorang anggota polis terlibat
3️⃣ Projek sakit dijangka siap menjelang hujung 2024
#awaniringkas
Serangan gajah: Perhilitan terus pantau Kampung Basung
Perhilitan Terengganu akan meneruskan pemantauan di Kampung Basung di Kuala Berang bagi mengesan gajah liar yang menyebabkan kematian warga emas hari ini.
Ekonomi penjagaan berpotensi hasil pendapatan baharu untuk negeri - Saarani
Kerajaan Perak melihat potensi ekonomi penjagaan sebagai satu daripada pendapatan baharu yang berdaya maju untuk negeri itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Polis tahan pegawai tentera kerana cabul kakitangan bawahan
Seorang pegawai tentera ditahan kerana disyaki mencabul kakitangan bawahannya sebanyak beberapa kali di sebuah premis kerajaan di Kok Lanas, Kota Bharu.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
Pembangunan institusi pendidikan Islam bantu lahirkan manusiawi berakhlak tinggi
Inisiatif kerajaan salur peruntukan bagi pembangunan dua institusi Pendidikan Islam jadi batu loncatan dalam melahirkan manusiawi berakhlak tinggi.
Kerjasama kesatuan guru penting salur agenda pendidikan negara - Fadhlina
Kerjasama kesatuan guru penting bagi memastikan agenda pendidikan negara dapat disampaikan lebih menyeluruh hingga ke peringkat akar umbi.
USIM tersenarai dalam QS World University Rankings
USIM tersenarai dalam kedudukan keseluruhan 1,201 hingga 1,400 Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2024.
Surat kerah pelajar ke program Temu Anwar palsu
Stracomm USIM berkata, pihak universiti tidak pernah mengeluarkan sebarang bentuk surat seperti yang ditularkan dan ia adalah palsu.
Tiga IPT bekerjasama dengan Istana Budaya beri pendedahan muzik tradisional
Tiga IPT itu adalah Management and Science University (MSU), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Pakar undang-undang antarabangsa, Prof Rothwell sampai syarahan ulung di USIM
Beliau berkunjung ke USIM dalam rangka lawatan dua hari ke Malaysia bagi menyampaikan kuliah umum berjudul The Regime of Islands under International Law'
Impian Iffah lanjut pengajian dapat perhatian, USIM tawar bantuan selesai masalah
Naib Canselor USIM, Profesor Ts Dr Sharifudin Md Shaarani, berkata pihaknya telah menghubungi pelajar tersebut dan menawarkan bantuan bagi menyelesaikan isu dibangkitkan.
Duit simpanan belum cukup, impian Iffah ke USIM mungkin terpaksa dilupakan
Iffah menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke USIM dalam bidang pengajian Sarjana Muda Pengajian Sunnah dan Pengurusan Maklumat, selepas mendapat kepujian dalam STAM.
Anak Zulkifli Al-Bakri meninggal dunia
Pentadbir laman Twitter Zulkifli menafikan dakwaan bahawa Allahyarham Hammad meninggal dunia akibat vaksinasi.