KUALA LUMPUR: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menyelesaikan masalah dihadapi seorang bakal pelajar yang dilaporkan tidak berkemampuan menyambung pengajian peringkat ijazah sarjana muda ke universiti itu disebabkan kesusahan hidup.
Naib Canselor USIM, Profesor Sharifudin Md Shaarani, berkata pihaknya telah menghubungi pelajar tersebut dan menawarkan bantuan bagi menyelesaikan isu dibangkitkan.
"Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) USIM telah menghubungi bakal pelajar berkenaan (Iffah Shahira Zulkifli, 19) dan tindakan sewajarnya telah diambil.
"Saudari Iffah akan mendaftar belajar di USIM pada sesi Kemasukan Akademik 2022/2023 pada 13 Oktober 2022 . Pihak USIM juga akan memberikan bantuan dan kemudahan sewajarnya kepada saudari Iffah.
"USIM sentiasa memberikan perhatian yang serius berkaitan kebajikan para pelajarnya. Justeru, USIM ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas keprihatinan orang ramai terhadap isu yang dibangkitkan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
BACA: Duit simpanan belum cukup, impian Iffah ke USIM mungkin terpaksa dilupakan
Astro AWANI hari ini melaporkan cita-cita Iffah Shahira dari Kampung Kursal, Rantau Panjang, Kelantan, untuk menyambung pengajian di USIM mungkin terpaksa dilupakan apabila duit simpanannya belum mencukupi.
Pelajar lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Maahad Ahmadi Tanah Merah, itu merupakan anak sulung sebuah keluarga yang kurang berkemampuan.
Ibunya, Rohana Mohd Nor kini menjadi tunggak utama keluarga dalam mencari pendapatan dengan mengambil upah menjahit selepas bapa remaja itu tidak dapat bekerja disebabkan mengalami pelbagai kompikasi termasuk rabun akibat penyakit kencing manis.
Iffah Shahira memaklumkan, dia menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke USIM dalam bidang pengajian Sarjana Muda Pengajian Sunnah dan Pengurusan Maklumat, selepas mendapat kepujian dalam STAM yang lalu.
"Namun saya rasa hasrat itu terpaksa saya lupakan kerana duit tak cukup, walaupun saya bekerja di sebuah kedai peralatan pembinaan sebelum ini, namun simpanan tak mencukupi kerana daftar pengajian dan membeli peralatan dan sebagainya memerlukan wang yang mencukupi," katanya lagi.
Ketika ini keluarga Iffah mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM600 sebulan sejak bulan Jun 2022 yang lalu.
Kisah keluarga Iffah pernah disiarkan dalam Astro AWANI selepas terkesan akibat banjir luar jangka pada Mac lepas.
Mereka antara keluarga yang dilanda banjir buruk di Rantau Panjang, dengan segala peralatan persekolahan rosak kerana rumah dinaiki air.
Astro Awani
Tue Oct 04 2022

Profesor Sharifudin Md Shaarani, berkata pihaknya telah menghubungi pelajar tersebut dan menawarkan bantuan bagi menyelesaikan isu dibangkitkan. - Gambar/ USIM
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.

Pembangunan institusi pendidikan Islam bantu lahirkan manusiawi berakhlak tinggi
Inisiatif kerajaan salur peruntukan bagi pembangunan dua institusi Pendidikan Islam jadi batu loncatan dalam melahirkan manusiawi berakhlak tinggi.

Kerjasama kesatuan guru penting salur agenda pendidikan negara - Fadhlina
Kerjasama kesatuan guru penting bagi memastikan agenda pendidikan negara dapat disampaikan lebih menyeluruh hingga ke peringkat akar umbi.

USIM tersenarai dalam QS World University Rankings
USIM tersenarai dalam kedudukan keseluruhan 1,201 hingga 1,400 Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2024.

Surat kerah pelajar ke program Temu Anwar palsu
Stracomm USIM berkata, pihak universiti tidak pernah mengeluarkan sebarang bentuk surat seperti yang ditularkan dan ia adalah palsu.

Tiga IPT bekerjasama dengan Istana Budaya beri pendedahan muzik tradisional
Tiga IPT itu adalah Management and Science University (MSU), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Pakar undang-undang antarabangsa, Prof Rothwell sampai syarahan ulung di USIM
Beliau berkunjung ke USIM dalam rangka lawatan dua hari ke Malaysia bagi menyampaikan kuliah umum berjudul The Regime of Islands under International Law'

Impian Iffah lanjut pengajian dapat perhatian, USIM tawar bantuan selesai masalah
Naib Canselor USIM, Profesor Ts Dr Sharifudin Md Shaarani, berkata pihaknya telah menghubungi pelajar tersebut dan menawarkan bantuan bagi menyelesaikan isu dibangkitkan.

Duit simpanan belum cukup, impian Iffah ke USIM mungkin terpaksa dilupakan
Iffah menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke USIM dalam bidang pengajian Sarjana Muda Pengajian Sunnah dan Pengurusan Maklumat, selepas mendapat kepujian dalam STAM.