KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) masih belum menerima sebarang laporan rasmi mengenai beberapa rakyat Malaysia yang terkandas di Mekah selepas didakwa ditipu agensi pelancongan yang berjanji untuk mendapatkan visa mengerjakan haji tahun ini.
Menterinya Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata pihaknya difahamkan status mangsa yang terkandas masih sama dan mereka belum lagi membuat aduan kepada Lembaga Tabung Haji (TH) bagi meminta bantuan untuk dibawa pulang ke tanah air.
"Setakat laporan yang diterima daripada Ketua Pegawai Eksekutif TH (Syed Hamadah Syed Othman) dan Ketua Rombongan Haji Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman belum ada secara rasmi mereka menghubungi untuk mendapatkan bantuan.
"Kita harap mereka (yang terkandas) membuat aduan kepada warga TH yang berada di Tanah Suci," katanya selepas merasmikan Pavilion Al-Falah dan Pelancaran Buku Baharu terbitan agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Pusat Dagangan Dunia, di sini hari ini.
Pada Rabu lepas, media melaporkan terdapat beberapa jemaah haji Malaysia terkandas di Mekah selepas pasport mereka dipegang agensi pelancongan sekali gus tidak boleh pulang ke tanah air.
Anak kepada mangsa terkandas dilaporkan berkata ibu bapanya mengambil pakej haji menggunakan visa pelancong yang diuruskan sebuah agensi pelancongan di Seri Kembangan, Selangor.
Mengulas lanjut, Mohd Na'im berkata kejadian tersebut melibatkan bidang kuasa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya kerana membabitkan isu pelancongan dan umrah, manakala haji pula di bawah bidang kuasa TH.
Dalam masa sama, beliau turut mengingatkan rakyat Malaysia untuk tidak mudah mempercayai sebarang iklan yang dikeluarkan agensi pelancongan yang mendakwa mampu mengeluarkan visa haji.
"Saya sudah tekankan visa haji hanya dikeluarkan oleh TH yang mana merangkumi 31,600 pada tahun ini, selain daripada TH adalah kedutaan Arab Saudi yang disebut sebagi Visa Mujamalah atau Furada. Orang lain (agensi pelancongan) tidak ada kuasa untuk mengeluarkan apa jua bentuk visa haji," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 31 2024
Mohd Na'im berkata pihaknya difahamkan status mangsa yang terkandas masih sama dan mereka belum lagi membuat aduan kepada Lembaga Tabung Haji (TH) bagi meminta bantuan untuk dibawa pulang ke tanah air. - Gambar fail
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya 'scammer'
Seorang peniaga kerugian lebih setengah juta ringgit apabila terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Sabtu lepas.
Usaha bawa pulang jemaah terkandas di Makkah: TH belum terima laporan rasmi
Mereka belum lagi membuat aduan kepada Lembaga Tabung Haji (TH) bagi meminta bantuan untuk dibawa pulang ke tanah air.
TH diarah siasat 300 jemaah haji terkandas di Makkah - Mohd Na'im
Lembaga Tabung Haji (TH) telah diarah untuk menyiasat insiden 300 bakal jemaah terkandas di Makkah akibat terpedaya dengan pakej haji murah yang ditawarkan agensi pelancongan tidak bertanggungjawab.
Jemaah umrah Malaysia yang terkandas di Jakarta sudah berlepas ke Tanah Suci
Mereka berlepas secara tiga peringkat sejak awal pagi tadi menggunakan penerbangan Saudi Airlines.
Kesemua 63 jemaah umrah Malaysia terkandas di Arab Saudi telah dibawa pulang
Kumpulan seramai 23 orang itu tiba pada jam 1.20 petang menerusi penerbangan Malaysia Airlines (MH8023) dari Jeddah, Arab Saudi.
Jemaah haji terkandas: Lima individu direman tiga hari - Polis
Lima individu dipercayai terbabit dengan insiden hampir 400 bakal jemaah haji terkandas di KLIA 7 Julai lalu, direman selama tiga hari.
Jemaah haji terkandas: Polis tahan 2 lelaki, 3 wanita
Setakat ini sebanyak 18 laporan polis telah diterima Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Wangsa Maju.
Jemaah terkandas di KLIA: 57 laporan polis libatkan kerugian lebih RM2.37 juta
Selangor mencatatkan bilangan laporan tertinggi iaitu sebanyak 25 laporan membabitkan kerugian berjumlah RM620,000.
Kecoh di KLIA, lebih 400 jemaah haji visa furada terkandas
Lebih 400 jemaah Haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ekoran tidak dapat berlepas ke Jeddah, Arab Saudi pada malam Khamis.
Visa Furada: Ada risiko buat bakal jemaah haji
Pembatalan untuk pergi menunaikan ibadah haji pada saat akhir akibat masalah visa tentu sekali memberi kesan kepada calon jemaah.
Selamat berlepas ke Jeddah, Neelofa bersyukur dapat selesaikan isu visa
Neelofa menerusi Instagram Story-nya melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat membantunya.