PROJEK kereta api adalah kompleks dan dinamik dan melibatkan pelbagai proses maklum balas di kalangan individu dan organisasi yang terlibat secara aktif dalam projek kereta api, dan kepentingan mereka mungkin positif atau terjejas akibat perlaksanaan projek atau tempoh menyiapkan projek berkenaan.
Oleh itu, pengurusan risiko amat penting untuk mengenal pasti, mengukur, mengurangkan dan mengkaji semula keadaan yang berkemungkinan memberikan kesan buruk kepada sesebuah projek kereta api.
Pengurusan risiko yang tepat membayangkan kawalan terhadap segala kemungkinan pada masa hadapan dan menjadi ukuran keselamatan kepada kontraktor dan pemilik projek.
Sistem pengurusan risiko yang sistematik terbahagi kepada risiko klasifikasi, risiko analisis dan tindak balas risiko di mana tindak balas risiko terbahagi kepada empat tindakan termasuklah pengekalan, pengurangan, pemindahan dan penghindaran.
Kepelbagaian Risiko
Risiko pengambilan tanah dapat dikurangkan selepas segala keperluan tanah diperolehi dan diserahkan kepada kerajaan. Bagi memastikan tapak yang sesuai untuk digunakan bagi membangunkan projek kereta api, sistem Laporan Projek Harian (DPR) perlu disediakan dengan betul dan format bagi DPR haruslah mengandungi gambar tapak projek, penggunaan bahan harian, tenaga kerja harian dan jumlah pekerjaan yang dilakukan.
Manakala risiko bahan pula merupakan salah satu risiko utama bukan sahaja kepada projek kereta api tetapi juga projek pembinaan lain.
Kesedaran mengenai pembelian bahan-bahan, penyediaan sijil kualiti untuk bahan dan mempunyai pelbagai pilihan sumber untuk mendapatkan bahan yang diperlukan merupakan faktor yang mendorong kepada kejayaan mengurangkan risiko bahan.
Projek kereta api juga menghabiskan lebih banyak masa untuk menyediakan laporan reka bentuk dan tinjauan projek. Juru ukur dan pereka berpengalaman dengan latihan yang tepat dapat mengurangkan risiko reka bentuk sesuatu projek kereta api yang telah dirancang.
Di samping itu, projek kereta api terdedah dengan risiko pelanggaran kontrak yang dilakukan oleh firma perunding swasta. Ini mengakibatkan firma perunding lain mengambil tanggungjawab untuk menyelesaikan kerja selebihnya yang menyebabkan kelewatan projek disiapkan.
Untuk mengurangkan risiko sedemikian, pihak kerajaan seharusnya mempunyai kesedaran dan langkah proaktif sekiranya perlanggaran kontrak berlaku terutamanya dalam proses penilaian tender.
Manakala risiko kewangan juga amat penting dengan menganalisis aliran tunai projek yang melibatkan dua fasa pertama dan dua fasa terakhir pembinaan dengan jumlah perbelanjaan projek tersebut perlulah 8 peratus hingga 10 peratus jumlah keseluruhan perbelanjaan dan dalam tempoh yang selebihnya dan berbeza dengan peningkatan di peringkat permulaan, tertinggi di bahagian tengah dan menurun di bahagian akhir.
Risiko keselamatan di tempat kerja juga perlu dikurangkan dengan memakai peralatan keselamatan seperti topi keledar, lengan tangan, kasut, cermin mata dan sebagainya.
Projek kereta api juga berdepan dengan risiko kehilangan pekerja terlatih dan terpaksa menyewa pekerja yang baru dan harus melatih mereka terlebih dahulu yang menggunakan terlalu banyak masa dan boleh mengakibatkan kelewatan projek yang dilakukan.
Jangan dilupa risiko pembinaan yang seringkali berlaku pada fasa perlaksanaan projek. Kadangkala spesifikasi yang diberikan di dalam lakaran dan laporan reka bentuk adalah berbeza di tapak projek yang disebabkan oleh salah faham.
Bagi menyelesaikan risiko sedemikian, perbincangan harus dilakukan dan proses perlaksanaan perlu dilakukan dengan betul kerana melibatkan muatan yang besar.
Manakala peralatan moden harus digunakan untuk kerja pembinaan dengan lebih mudah dan berkualiti daripada kaedah tradisional.
Aspek risiko alam sekitar juga menjadi isu penting dalam perlaksanaan projek agar sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan dan dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Pemaju juga perlu memikirkan perlaksanaan sesuatu projek pada masa musim hujan dan fasa perlaksanaan pada musim tidak hujan.
Di samping itu, risiko politik dan kebudayaan adalah risiko yang melibatkan masalah sivil atau politik yang berkemungkinan timbul akibat projek dengan cara memboikot, sabotaj ataupun sebagainya.
Gangguan itu mungkin datang kerana wujud kebimbangan berbeza atau tidak puas hati terhadap kerja-kerja pembinaan, penyelenggaran atau operasi yang boleh menjejaskan keupayaan kontraktor atau pelaksana untuk meneruskan projek yang telah dirancang.
Oleh itu, projek perlu dirancang dan direka bentuk dengan perlindungan yang secukupnya untuk menghadapi risiko ini.
Hakikatnya, pengurusan risiko tidak boleh dipandang enteng kerana ia melibatkan keselamatan sesebuah projek terutamanya projek kereta api!
*Ts. Dr. Mohd Fahmy Abdullah merupakan teknologis profesional di dalam bidang pengangkutan dan logistik yang diperolehi dari Malaysian Board of Technologist (MBOT) serta Penyelidik Utama, Pusat Kecemerlangan Industri Rel (ICoE-Rel), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Ts Dr Mohd Fahmy Abdullah
Fri Aug 02 2019
![Usah pandang enteng pengurusan risiko kereta api Usah pandang enteng pengurusan risiko kereta api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/81529138467_RailwayTrack.jpg)
Pengurusan risiko tidak boleh dipandang enteng kerana ia melibatkan keselamatan sesebuah projek terutamanya projek kereta api! - Gambar hiasan
![Pelarasan berperingkat kepada gaji minimum tawar pendekatan seimbang - FMM Pelarasan berperingkat kepada gaji minimum tawar pendekatan seimbang - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Pelarasan berperingkat kepada gaji minimum tawar pendekatan seimbang - FMM
Ia membantu mengelak kejutan terhadap perniagaan terutama yang mungkin tiada fleksibiliti kewangan untuk menyerap kenaikan kos buruh.
![Kerajaan peruntuk RM7.45 juta kerja pembaikan tiga cerun di Gua Musang Kerajaan peruntuk RM7.45 juta kerja pembaikan tiga cerun di Gua Musang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723119891_AhmadMaslan.jpg)
Kerajaan peruntuk RM7.45 juta kerja pembaikan tiga cerun di Gua Musang
Kerajaan memperuntukkan RM7.45 juta bagi kerja pembaikan cerun di Gua Musang yang bakal memberi manfaat kepada hampir 5,000 penduduk.
![JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719746052_TBVapingjpg.jpg)
JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini
JKNT keluarkan 5,431 notis bernilai RM1.3 juta berkaitan pelbagai kesalahan hasil pemeriksaan ke atas 15,356 premis melalui 831 operasi penguatkuasaan di seluruh negeri Terengganu.
![Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723719935_tbPekSumberKebajik.jpg)
Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan
DVS bangunkan pek sumber kebajikan haiwan sebagai bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran di semua prasekolah di bawah KPM seluruh negara.
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
![Perkhidmatan kereta api Algeria-Tunisia disambung semula selepas 30 tahun Perkhidmatan kereta api Algeria-Tunisia disambung semula selepas 30 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723414449_perkhidmatankereta.jpg)
Perkhidmatan kereta api Algeria-Tunisia disambung semula selepas 30 tahun
Perkhidmatan kereta api antara kedua-dua negara telah digantung pada 1995 atas sebab keselamatan.
![Perkhidmatan kereta api Paris-Jerman kembali pulih selepas serangan arson Perkhidmatan kereta api Paris-Jerman kembali pulih selepas serangan arson](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722094746_TBFrancetrain.jpg)
Perkhidmatan kereta api Paris-Jerman kembali pulih selepas serangan arson
Masih berlaku pembatalan dan kelewatan sekali-sekala di laluan dari Cologne melalui Brussels ke Paris sepanjang hujung minggu.
![Perkhidmatan kereta api penumpang rentas sempadan Laos-Thailand mula beroperasi Perkhidmatan kereta api penumpang rentas sempadan Laos-Thailand mula beroperasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721559444_thailaosrailway.jpg)
Perkhidmatan kereta api penumpang rentas sempadan Laos-Thailand mula beroperasi
Kereta api pertama berlepas pada Jumaat dari stesen Krung Thep Aphiwat Central dan tiba di stesen kereta api Khamsavath pada Sabtu.
![ASEAN Heritage Train berlangsung dari 9 hingga 26 Julai ASEAN Heritage Train berlangsung dari 9 hingga 26 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721404190_AseanHeritageTrain.jpg)
ASEAN Heritage Train berlangsung dari 9 hingga 26 Julai
Program ASEAN Heritage Train menggunakan kereta api sebagai pengangkutan utama yang merentasi Malaysia, Laos dan Thailand.
![Projek landasan berkembar elektrik Gemas-JB capai kemajuan 97 peratus Projek landasan berkembar elektrik Gemas-JB capai kemajuan 97 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719486931_LandasanBerkembarE.jpg)
Projek landasan berkembar elektrik Gemas-JB capai kemajuan 97 peratus
Usaha sama SIPP-YTL, Gemas-JB EDTP turut mencapai 28 juta jam bekerja tanpa kemalangan, satu pencapaian dari segi keselamatan pembinaan rel di Malaysia.
![Projek ECRL 'game changer' kepada Malaysia, 67 peratus telah siap Projek ECRL 'game changer' kepada Malaysia, 67 peratus telah siap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718787877_ECRL.jpg)
Projek ECRL 'game changer' kepada Malaysia, 67 peratus telah siap
Projek infrastruktur mega yang menjadi bukti hubungan dua hala kukuh antara Kuala Lumpur dan Beijing ini dijangka siap menjelang akhir 2026.
![Ganesan, 'mekanik' kereta api teruskan legasi keluarga Ganesan, 'mekanik' kereta api teruskan legasi keluarga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718418683_SGanesan.jpg)
Ganesan, 'mekanik' kereta api teruskan legasi keluarga
Ganesan merupakan generasi keempat dalam keluarganya yang bekerja dalam bidang berkaitan kereta api.
![Al-Mashaaer Al-Mugaddassah sedia kendali ribuan jemaah haji Al-Mashaaer Al-Mugaddassah sedia kendali ribuan jemaah haji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717966299_AlMashaaerAlMugad.jpg)
Al-Mashaaer Al-Mugaddassah sedia kendali ribuan jemaah haji
Perkhidmatan metro itu membantu para jemaah melaksanakan ibadah mereka dengan lancar dan lebih selesa.
![Lelaki ditahan kerana tolak 2 individu ke landasan kereta api di Jepun Lelaki ditahan kerana tolak 2 individu ke landasan kereta api di Jepun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715769282_Shinkansen.jpg)
Lelaki ditahan kerana tolak 2 individu ke landasan kereta api di Jepun
Seorang lelaki telah ditahan pada Rabu kerana didakwa menolak dua orang ke landasan kereta api di sebuah stesen di Kawasaki yang berhampiran dengan Tokyo.
![Anak gajah mati dilanggar lokomotif kereta api Anak gajah mati dilanggar lokomotif kereta api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711248779_anakgajahmati.jpg)
Anak gajah mati dilanggar lokomotif kereta api
Ketika kejadian pada jam 8.19 malam, terdapat seramai 70 penumpang berada di dalam tren dan semua dilaporkan selamat.