Urusan membawa keluar satu lagi jenazah warga Malaysia mangsa tragedi MH17 dari Kem Perubatan Tentera Hilversum dekat sini, akan bermula esok (Isnin).
Sumber berkata jenazah lelaki Islam itu dikenal pasti identitinya pada Jumaat lepas, namun proses membawa keluar hanya akan bermula esok kerana urusan pentadbiran dan formaliti tidak dijalankan pada hujung minggu.
"Kita akan cuba melalui proses membawa keluar pada Isnin. Kebiasaannya proses mengambil masa beberapa hari kerana banyak prosedur dan dokumentasi perlu dilakukan," katanya kepada Bernama.
Menurut Prosedur Operasi Standard, sebaik sahaja dikenal pasti jenazah adalah milik sesebuah negara sewaktu proses pengecaman dan identiti mangsa di Kem Perubatan Tentera Hilversum, jenazah kemudian perlu melalui lima proses penting.
Ini antaranya melibatkan proses mendapatkan sijil kematian, sijil perubatan, laporan bencana, permit kebenaran penghantaran jenazah dan surat persetujuan pegawai pendakwa raya Belanda bagi jenazah dikebumi atau dibakar.
Selesainya proses itu, jenazah kemudian dipindahkan ke rumah mayat Monuta Innemee, S-Gravenhage di sini, kira-kira 90km dari Hilversum untuk menjalani pengurusan jenazah mengikut kepercayaan agama masing-masing.
Sumber itu turut tidak menolak kemungkinan ada beberapa lagi jenazah akan diuruskan untuk dibawa balik serentak dengan jenazah lelaki itu bagi kumpulan ketiga, namun beliau enggan mengulas lanjut.
Sementara itu, seorang anggota keluarga kepada jenazah lelaki itu yang enggan dikenali berkata, pihaknya bersyukur kerana jenazah anggota keluarga mereka telah dikenal pasti dan berharap dapat membawa pulang secepat mungkin.
Pada Jumaat, kumpulan pertama 20 jenazah yang melibatkan 11 penumpang dan sembilan anak kapal dibawa pulang dari Amsterdam dengan sebuah pesawat khas dan hari ini (Ahad), kumpulan kedua melibatkan tiga mangsa tragedi itu tiba di tanah air.
Penerbangan MH17, yang membawa 289 penumpang termasuk 15 anak kapal, dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika terhempas di timur Ukraine, pada 17 Julai lepas.
Ia dipercayai ditembak jatuh namun sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab.
Bernama
Sun Aug 24 2014
![Urusan bawa keluar satu lagi jenazah MH17 bermula Isnin Urusan bawa keluar satu lagi jenazah MH17 bermula Isnin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-08/81408797118_295x200.jpg)
Kemungkinan ada beberapa lagi jenazah akan diuruskan untuk dibawa balik serentak dengan jenazah lelaki itu bagi kumpulan ketiga. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Jenazah tragedi letupan kapal di Bintulu selamat dikebumi pagi ini Jenazah tragedi letupan kapal di Bintulu selamat dikebumi pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722826065_ahlikeluargaMuham.jpg)
Jenazah tragedi letupan kapal di Bintulu selamat dikebumi pagi ini
Jenazah Allahyarham Muhamad Firdaus Abdull Fatah yang maut dalam letupan sebuah kapal di perairan Samalaju selamat dikebumikan.
![Jenazah Nur Farah Kartini dikebumi di Pekan Jenazah Nur Farah Kartini dikebumi di Pekan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721056502_tbNurFarahKartini.jpg)
Jenazah Nur Farah Kartini dikebumi di Pekan
Abang kepada mangsa berkata lokasi sebenar pengebumian adik bongsunya itu akan dimaklumkan kelak.
![Jenazah ADUN Sungai Bakap selamat dikebumi Jenazah ADUN Sungai Bakap selamat dikebumi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716556679_tbkebumi.jpg)
Jenazah ADUN Sungai Bakap selamat dikebumi
Terdahulu, jenazah Nor Zamri dimandi dan dikafankan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) sebelum dibawa ke rumahnya yang bersebelahan Masjid Jamek Sungai Acheh.
![Dua tahun di Ulu Tiram, pulang ke sini jasad terbujur kaku’ - Bapa Dua tahun di Ulu Tiram, pulang ke sini jasad terbujur kaku’ - Bapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716038246_JenazahKonstabel.jpg)
Dua tahun di Ulu Tiram, pulang ke sini jasad terbujur kaku’ - Bapa
Dia tidak menitiskan air mata sepanjang berada di Johor Bahru bagi menyelesaikan urusan jenazah anak keempat daripada lapan itu.
![Jenazah Allahyarham Megat Ashman Aqif dikebumi di Christchurch esok Jenazah Allahyarham Megat Ashman Aqif dikebumi di Christchurch esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711872799_MegatKhashusaini.jpg)
Jenazah Allahyarham Megat Ashman Aqif dikebumi di Christchurch esok
Jenazah Allahyarham Megat Ashman Aqif Megat Irman Jefni akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Bromley, Christchurch petang esok.
![Lemas di kolam tentera: Nor Amar Mukhlis hasrat pulang ke kampung Lemas di kolam tentera: Nor Amar Mukhlis hasrat pulang ke kampung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41706400590_TBlemaskemtentera.jpg)
Lemas di kolam tentera: Nor Amar Mukhlis hasrat pulang ke kampung
Bapa Allahyarham berkata mengikut perancangan mereka sekeluarga bertolak ke kampung petang semalam selepas permohonan cutinya diluluskan.
![Jenazah warga emas dibunuh selamat dikebumi Jenazah warga emas dibunuh selamat dikebumi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81698888178_kebumi.jpg)
Jenazah warga emas dibunuh selamat dikebumi
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pengkalan Kenangan, Kampung Baru Kerteh, Kemaman.
![Jenazah kelapan tragedi kepala air dikebumikan di Gambang, malam Rabu Jenazah kelapan tragedi kepala air dikebumikan di Gambang, malam Rabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51688573216_mangsakelapan.jpg)
Jenazah kelapan tragedi kepala air dikebumikan di Gambang, malam Rabu
Jenazah mangsa kelapan tragedi kepala air Jeram Air Putih, Kemaman, Putri Alleya Maisarah Karim, 16, telah dihantar pulang ke Felda Lepar Hilir 3, Gambang, Kuantan pada jam 8.10 malam ini.
![Tragedi kepala air: Jenazah tujuh sekeluarga selamat dikebumikan Tragedi kepala air: Jenazah tujuh sekeluarga selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81688488602_Tragedikepalaair.jpg)
Tragedi kepala air: Jenazah tujuh sekeluarga selamat dikebumikan
Jenazah tujuh daripada sembilan sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kepala air di Jeram Air Putih selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Felda Lebar Hilir 3.
![[Laporan Khas] Jangan seksa jenazah eksport dan import [Laporan Khas] Jangan seksa jenazah eksport dan import](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51687442625_jenazah.jpg)
[Laporan Khas] Jangan seksa jenazah eksport dan import
Apa yang dituntut dalam Islam adalah untuk melaksanakan seberapa segera yang mungkin dalam pengurusan jenazah.