PUTRAJAYA: Urbanisasi meningkat kepada 75.1 peratus pada tahun 2020 yang membawa kepada peningkatan kualiti hidup dan jangka hayat penduduk Malaysia, demikian menurut laporan Menelusuri Statistik Sosial Malaysia (MSSM) Edisi 2023 yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan (DOSM).
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang membangun, mengalami proses perbandaran yang pesat dalam tempoh tiga dekad lepas.
"Penduduk bandar di Malaysia hanya 28.4 peratus pada tahun 1970, meningkat kepada 50.7 peratus pada tahun 1991 dan mencecah 75.1 peratus pada tahun 2020," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Laporan MSSM merupakan edisi kedua diterbitkan oleh DOSM yang memaparkan senario sosial negara seawal tahun 1970 hingga 2023.
Penerbitan kali ini memfokuskan 11 topik iaitu penduduk dan demografi; indeks harga pengguna; guna tenaga; kesihatan; pengangkutan; pendapatan dan perbelanjaan isi rumah; internet dan media sosial; alam sekitar; pelancongan; Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia (MHI).
Beliau berkata, dari segi kependudukan, pada tahun 1970 penduduk Malaysia ialah 10.4 juta, meningkat kepada 27.5 juta pada tahun 2010, dan pada 2020 bilangan penduduk direkodkan adalah 32.4 juta iaitu peningkatan tiga kali ganda berbanding 1970.
"Bagaimanapun, pertumbuhan penduduk pada tahun 2020 adalah lebih perlahan dengan kadar pertumbuhan purata tahunan 1.7 peratus berbanding 3.9 peratus pada tahun 1970," katanya.
Transisi demografi Malaysia dipengaruhi oleh empat faktor yang memberikan kesan kepada pertumbuhan penduduk serta perubahan populasi di Malaysia sejak tahun 1970 hingga 2040 iaitu kadar kesuburan, kadar kematian (jangka hayat), struktur umur (agihan antara umur muda dan tua) dan migrasi.
Mohd Uzir berkata, jangka hayat bagi seorang bayi yang lahir pada tahun 1970 secara purata dijangka hidup sehingga 63.6 tahun dan meningkat kepada 74.8 tahun bagi bayi yang baru lahir pada 2023.
Bagi perbandingan antara jantina, secara puratanya bayi perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding bayi lelaki dengan peningkatan jangka hayat 11.8 tahun berbanding lelaki 10.9 tahun bagi tempoh tahun 1970 sehingga 2023.
"Ini bermakna seorang bayi perempuan yang baru lahir pada tahun 2023 secara purata dijangka boleh hidup sehingga 77.4 tahun, manakala bayi lelaki dijangka boleh hidup sehingga 72.5 tahun," katanya.
Melihat kepada guna tenaga pula, bilangan tenaga buruh di Malaysia merekodkan peningkatan purata 2.7 peratus setahun daripada 12.3 juta orang pada tahun 2010 kepada 16.0 juta orang pada tahun 2022.
Mohd Uzir berkata, peratus penduduk bekerja pada tahun 2010 ialah 61.6 peratus dan meningkat kepada 65.3 peratus pada tahun 2020, 2021 (65.4 peratus) dan 2022 (66.5 peratus).
Dalam bidang kesihatan pula, bilangan hospital kerajaan menunjukkan trend peningkatan dari tahun 2010 hingga 2022, iaitu dari 131 kepada 160 hospital, manakala bilangan hospital swasta meningkat sedikit kepada 257 berbanding 254 hospital pada tahun 2010.
Nisbah doktor kepada penduduk di Malaysia bertambah baik dalam tempoh tahun 2010 sehingga 2022 daripada 1:859 pada tahun 2010 kepada 1:412 pada tahun 2022. - BERNAMA
Bernama
Wed Mar 20 2024
![Urbanisasi meningkat 75.1 peratus pada 2020 - DOSM Urbanisasi meningkat 75.1 peratus pada 2020 - DOSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41704014388_TBOrangramai.jpg)
Urbanisasi meningkat kepada 75.1 peratus pada tahun 2020 yang membawa kepada peningkatan kualiti hidup dan jangka hayat penduduk Malaysia. - Gambar hiasan/BERNAMA
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![5 risiko inflasi Malaysia 2025 yang anda perlu tahu 5 risiko inflasi Malaysia 2025 yang anda perlu tahu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733472064_RONminyak.jpg)
5 risiko inflasi Malaysia 2025 yang anda perlu tahu
Beberapa faktor utama boleh mempengaruhi pergerakan inflasi, terutamanya dalam konteks rasionalisasi subsidi dan tekanan permintaan.
![Inflasi keseluruhan, inflasi teras turun kepada 1.8 peratus pada 2024 Inflasi keseluruhan, inflasi teras turun kepada 1.8 peratus pada 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51680067001_TBOPR.jpg)
Inflasi keseluruhan, inflasi teras turun kepada 1.8 peratus pada 2024
Inflasi keseluruhan dan inflasi teras Malaysia bagi 2024 masing-masing turun kepada 1.8 peratus, berbanding 2.5 peratus dan 3.0 peratus pada 2023.
![Bursa Malaysia akhiri peningkatan sesi awal untuk ditutup rendah Bursa Malaysia akhiri peningkatan sesi awal untuk ditutup rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722341186_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia akhiri peningkatan sesi awal untuk ditutup rendah
Bursa Malaysia mengkhiri peningkatan pada sesi awal untuk ditutup rendah hari ini, dengan lebih 900 saham mengalami kerugian, mencerminkan penurunan keyakinan yang berterusan dalam pasaran.
![Bursa Malaysia dibuka tinggi Bursa Malaysia dibuka tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704944594_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 8.75 mata kepada 1,594.34 daripada 1,585.59 ketika ditutup pada Isnin.
![Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735562009_ringgitduit.jpg)
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS pada Isnin berikutan sentimen pasaran yang berhati-hati.
![Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan Wall Street Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan Wall Street](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81726743122_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.50 mata kepada 1,630.96 daripada 1,629.46 pada Jumaat lepas.
![Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732795740_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC)
![Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732795740_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
![Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733324509_ringgitduit.jpg)
Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Pada 8 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.4250/4315 berbanding dolar AS daripada 4.4250/4300 semalam.
![Bursa Malaysia dibuka rendah Bursa Malaysia dibuka rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704944594_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.84 mata kepada 1,603.13 daripada 1,608.97 semalam.