KUALA LUMPUR: Antara minat, peluang pengajian dan kebolehpasaran kerja.
Itu adalah dilema yang sering dilalui pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila tiba masanya untuk memilih jurusan atau program pendidikan pengajian tinggi mereka.
Felo Bersekutu Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Mohd Mursyid Arshad berpandangan apa sahaja jurusan yang akan dipilih, minat serta nilai tambah dalam kursus yang dipelajari perlu menjadi asas ketika pemilihan.
"Apa yang penting ialah program pengajian tersebut memiliki nilai tambah yang mana pelajar apabila mengambil kursus atau program terbabit, mereka mampu untuk membina pengetahuan dan kemahiran mereka, selain memenuhi keperluan industri.
"Itu juga salah satu faktor yang menjadi pertimbangan kepada calon untuk memilih program-program yang bersesuaian kerana kita tidak dapat nafikan bahawa program tersebut perlu ada nilai tambah.
"Program tertentu yang mungkin dianggap 'glamor' bagi sesetengah individu, tetapi kita juga perlu melihat adakah program tersebut bersesuaian dengan minat dan kecenderungan calon yang memilih.
"Itu menjadi kunci asas kepada pemilihan program," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI.
Mengulas lanjut, Mohd Mursyid yang juga Pensyarah Kanan di Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM berkata pelajar tidak perlu terlalu khuatir akan kebolehpasaran jurusan yang dipohon.
Ini kerana, prospek kerjaya pada masa akan datang dilihat berorientasikan pendigitalan.
"Kalau dilihat beberapa bidang seperti pertanian, keusahawanan, perubatan dan pentadbiran, kebanyakan sekarang ini mula beralih ke corak pendigitalan.
"Ia berkait bagaimana seseorang individu itu berjaya mengubah atau mengolah situasi semasa dalam konteks yang lebih besar.
"Ini menunjukkan bahawa prospek kerjaya sebenarnya meluas di mana walaupun kita ambil jurusan-jurusan tertentu, tidak mustahil graduan juga mampu untuk menceburi bidang-bidang pekerjaan yang jauh lebih besar prospek daripada bidang pengajian," katanya.
Justeru, beliau menasihati lepasan SPM untuk mengutamakan minat dalam proses pemilihan jurusan pengajian.
Harits Asyraf Hasnan
Mon Jun 21 2021
Antara minat, peluang pengajian dan kebolehpasaran kerja merupakan dilema yang sering dilalui pelajar lepasan SPM apabila memilih jurusan atau program pendidikan pengajian tinggi. - Gambar hiasan / Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (8 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 9 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dakwa atau tangkap, Presiden Yoon sedia dibicara - Peguam
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol akan ditahan setelah mahkamah melanjutkan tempoh waran tangkap terhadapnya atas pertuduhan melaksanakan undang-undang tentera secara tidak sah, Disember lalu.
Peguam, Yun Gap-keun menyatakan bahawa anak guamnya, Suk Yeol bersedia untuk hadir ke mahkamah jika didakwa namun mereka tidak akan mematuhi waran yang dianggap tidak sah.
Peguam, Yun Gap-keun menyatakan bahawa anak guamnya, Suk Yeol bersedia untuk hadir ke mahkamah jika didakwa namun mereka tidak akan mematuhi waran yang dianggap tidak sah.
Myanmar musnah 563 ekar ladang candu
Pihak berkuasa Myanmar telah memusnahkan 563 ekar ladang candu di negeri Shan di timur Myanmar.
Seorang wanita nekad redah api selamatkan rumah
Dengan kebakaran Eaton Fire yang terus mengganas, seorang jururawat, Lynne Levin Guzman nekad meredah api untuk menyelamatkan rumah ibu bapanya daripada hangus dijilat api.
Pendaki ditemui dua minggu selepas hilang
Seorang pelajar yang hilang hampir dua minggu ketika mendaki di kawasan pergunungan Australia ditemukan selamat pada Rabu. Hadi Nazari, 23 tahun, pelajar perubatan dari Melbourne itu hilang dari rakan-rakannya ketika mendaki di Taman Negara Kosciuszko pada 26 December 2024.
Suspek kes tembak ahli politik Kemboja di Bangkok diburu
Polis Thailand mengeluarkan waran tangkap ke atas seorang lelaki bersenjata yang disyaki menembak mati seorang ahli politik pembangkang Kemboja dalam serangan di pusat bandar Bangkok.
Pengambilan pegawai berteras prinsip meritokrasi - KPPA
Urusan pengambilan pegawai dalam perkhidmatan awam berteraskan prinsip meritokrasi serta kesaksamaan peluang.
PM Anwar galak pelaburan perusahaan Indonesia di Malaysia
Malaysia mengalu-alukan pelaburan langsung daripada perusahaan Indonesia serta menggalakkan kolaborasi strategik seperti penggabungan antara syarikat milik entiti kedua-dua negara itu.
TMM2026: Anwar Ibrahim tarikan sebenar pelancong ke Malaysia
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tarikan sebenar untuk pelancong hadir memeriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Presiden Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MiTDA), Kapten Mahadzir Mansor berpendapat, nama Malaysia makin terkenal kerana Anwar menjadi simbol kepimpinan luar biasa di mata dunia.
Presiden Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MiTDA), Kapten Mahadzir Mansor berpendapat, nama Malaysia makin terkenal kerana Anwar menjadi simbol kepimpinan luar biasa di mata dunia.
Peratusan calon SPM 2024 hadir cecah 97 peratus - Fadhlina
Peratusan kehadiran calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 mencecah 97 peratus setakat ini.
Lebih 400,000 calon SPM duduki peperiksaan bertulis hari ini
Cuaca cerah pagi ini di kebanyakan negeri membantu melancarkan perjalanan calon untuk menghadiri ujian penting itu.
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 4 Disember 2024.
Banjir: Negeri Sembilan salur RM1,000 kepada KIR
Kerajaan Negeri Sembilan menyalurkan sumbangan RM1,000 kepada setiap lebih 700 ketua isi rumah (KIR) dan RM500 kepada 40 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terjejas banjir minggu lepas.
Orang ramai beratur panjang beri penghormatan terakhir kepada Ananda Krishnan
Orang ramai mula beratur panjang seawal pukul 2 petang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Pengerusi Usaha Tegas Sdn Bhd, Ananda Krishnan Tatparanandam di kediamannya di Brickfields.
Pelajar terkesan banjir diberi kelonggaran hadiri ujian lisan SPM - Fadhlina
Fadhlina berkata kementerian kini memberikan fokus kepada fasa pembugaran emosi bagi mempersiapkan mental pelajar yang terkesan akibat banjir menghadapi peperiksaan itu.
Banjir 2024: Calon SPM dibenar tinggal di asrama - Ruji
Calon SPM2024 yang terjejas akibat banjir dibenarkan untuk tinggal di asrama sehingga keadaan pulih bagi memudahkan mereka menduduki peperiksaan itu yang bermula hari ini hingga Februari depan.
Banjir: Tiada yang tercicir, semua calon SPM terjejas akan ditempatkan di asrama - Fadhlina
Calon SPM yang terjejas banjir dibenarkan memakai pakaian bersesuaian dan kelengkapan peperiksaan akan disediakan oleh JPN.
Calon SPM terjejas banjir boleh duduki mana-mana pusat peperiksaan - Fadhlina
Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sekolah mereka terjejas akibat banjir boleh menduduki mana-mana pusat peperiksaan yang ditetapkan.