Hampir 200 gerai hangus dalam satu kejadian kebakaran di tapak perniagaan Uptown di Seksyen 24, di sini pada pukul 2.30 pagi tadi.

Perkara terebut disahkan Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul, yang memberitahu pihaknya telah menerima panggilan kira-kira pukul 2.57 pagi. Tiga jentera dari tiga balai bomba digegaskan ke lokasi kejadian, lapor portal berita Kosmo!.

Uptown Shah Alam menempatkan lebih 425 gerai dengan variasi barangan jualan antaranya seperti pakaian, aksesori, makanan, peralatan rumah dan juga haiwan peliharaan.

Dalam kejadian itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Sementara itu, pengguna media sosial secara sewaktu kejadian telah memenuhkan garis masa dengan twit bergambar bagi menunjukkan kekecohan kejadian kebakaran tersebut: