Pemangku Raja Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah agar universiti tidak dijadikan medan menyebarkan ideologi bagi kepentingan individu atau parti politik, sebaliknya ia adalah adalah pusat pemikiran yang serius untuk menyumbang kepada kemajuan bangsa, negara dan sejagat.
Justeru, tanggungjawab berkenaan perlulah dilaksanakan secara profesional oleh setiap warga universiti dan graduan demi kepentingan bersama dan tidak bersifat individu atau politik.
"Setiap warga universiti dan graduan hendaklah memberi fokus kepada pembangunan modal insan yang berdaya maju dan penyebaran khidmat profesional yang berkesan, serta penyelidikan yang berkualiti tinggi demi membawa manfaat kepada masyarakat, khususnya di negeri Johor," titah baginda ketika Istiadat Konvokesyen ke-19 Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) di Dewan Sultan Ibrahim UTHM, pada Sabtu.
Turut hadir, Naib Canselor UTHM, Prof Datuk Dr Wahid Razzaly dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Johor, Aminolhuda Hassan.
Tunku Ismail yang juga Pro-Canselor UTHM bertitah kefahaman terhadap sejarah dan nilai agama perlu diutamakan oleh pihak universiti memandangkan terdapat pihak yang suka memutarbelitkan fakta, mereka cerita atau menukarkan perkara yang salah kepada kebenaran.
Baginda juga mahu lebih ramai graduan yang berkualiti tinggi iaitu yang menjadi rebutan di pasaran kerja dilahirkan di univeristi berkenaan.
"Ini secara tidak langsung membantu UTHM yang berada di Johor menjadi sebuah universiti yang boleh dibanggakan bukan sahaja dalam negara malah mampu untuk bersaing dengan universiti-universiti lain di dunia," titah baginda.
Pada istiadat itu seramai 118 siswazah menerima Ijazah Doktor Falsasah (PhD), 395 menerima Ijazah Sarjana, 3,220 graduan menerima Ijazah Sarjana Muda dan 966 lagi menerima Diploma.
UTHM turut menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Institusi Diraja) kepada Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli dan memberikan gelaran Prof Emeritus kepada Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Pembuatan dan Industri, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan UTHM, Prof Dr Sulaiman Hassan, 62.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 19 2019
TUNKU ISMAIL: Setiap warga universiti dan graduan hendaklah memberi fokus kepada pembangunan modal insan yang berdaya maju dan penyebaran khidmat profesional yang berkesan. - Gambar fail
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Pencarian harta karun secara elektronik mengenai Rukun Negara 30 Ogos ini
Pencarian harta karun secara elektronik itu akan diadakan pada 30 Ogos ini dan anda tidak perlu keluar rumah untuk menyertainya.
Jangan terkeliru fakta sejarah berkaitan PKM - Sultan Selangor
Titah baginda, perjuangan PKM tidak berlandaskan kepada konsep pembentukan sebuah negara Malaysia yang merdeka berteraskan demokrasi Raja Berpelembagaan walaupun dikatakan turut menentang penjajahan.
Universiti bukan tempat sebar ideologi dan berpolitik - Pemangku Raja Johor
Tanggungjawab berkenaan perlulah dilaksanakan secara profesional oleh setiap warga universiti dan graduan demi kepentingan bersama.
Media sosial kini 'dirampas' untuk cetus keganasan - Jailani
Revolusi akses kepada maklumat ini telah mengecilkan dunia selain turut menyebarkan percambahan berita, perkongsian idea dan kandungan.
Malaysia-Bahrain kongsi maklumat perisikan, jalin latihan ketenteraan
Ia termasuk menjalin perkongsian maklumat dengan pasukan perisikan Bahrain dalam menangani keganasan melibatkan rantau ini serta Asia Barat.
Jurang perpecahan Melayu makin melebar, pelbagai pemikiran bercelaru - TPM Zahid
Orang Melayu harus menelan hakikat bahawa jurang perpecahan dalam kalangan kaum itu semakin melebar, dengan lahirnya fahaman-fahaman politik, ideologi dan pelbagai pemikiran baharu serta bercelaru.
Najib tekad mahu hapus kumpulan militan dan amalan ideologi mereka di rantau ini
Datuk Seri Najib Tun Razak berazam mahu memastikan kumpulan militan dan ideologi pelampau yang wujud di rantau ini dihapuskan.
Australia mahu haramkan pembawa ideologi ekstremis
Larangan tersebut dicetuskan daripada perancangan kumpulan radikal yang mahu anjurkan syarahan awam mengenai campur tangan Amerika Syarikat (AS) di Iraq dan Syria.
PM Najib cadang dunia ambil pendekatan berbeza untuk tumpas ekstremisme
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA) bahawa dunia perlu mengambil pendekatan berbeza untuk menumpaskan ekstremis militan dan ideologi mereka.
Muhyiddin: Pakatan Rakyat akan ganggu keharmonian
Negara akan berdepan ancaman ideologi dan budaya berbeza sekiranya memilih Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum akan datang.