Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) menyambut baik langkah Malaysia memperbaharui komitmennya untuk mengurangkan dan mengekang isu orang tak bernegara di negara ini yang selaras dengan Pelan Tindakan Global bagi Menghentikan Status Tak Bernegara menjelang 2024.
UNHCR, dalam satu kenyataan pada Khamis, menyebut bahawa badan kemanusiaan PBB itu turut mengakui langkah-langkah yang diambil oleh Malaysia untuk mengguna pakai prosedur lebih telus dalam memudahkan permohonan bagi kewarganegaraan dan mencegah kanak-kanak Malaysia daripada menjadi orang tak bernegara.
"Kesemua mereka mungkin telah tinggal di Malaysia selama beberapa generasi tetapi tidak pernah mendaftar sebagai warganegara Malaysia, atau kehilangan hubungan dengan negara asal keluarga mereka.
"Kebanyakan komuniti ini tinggal di kawasan sempadan serta terpencil, dan memiliki akses yang amat terhad kepada maklumat mengenai prosedur dokumentasi termasuk cara untuk mendaftarkan anak mereka ketika lahir," kata wakil UNHCR ke Malaysia Thomas Albrecht dalam kenyataan itu.
"Komitmen berterusan Malaysia untuk menyelesaikan situasi orang tak bernegara yang sedia ada, mencegah kes baharu daripada muncul serta mengenal pasti dan melindungi dengan lebih baik populasi orang tak bernegara selain memberi peluang kepada komuniti ini untuk mengambil bahagian sepenuhnya dalam masyarakat Malaysia," katanya.
Pada 2014, UNHCR melancarkan satu Kempen #IBelong' secara global yang bertujuan menghentikan status tak bernegara menjelang 2024.
Sejak itu, sejumlah 15 negara telah menandatangani dua perjanjian utama berkaitan orang tak bernegara iaitu Konvensyen PBB berkaitan Status Orang Tak Bernegara 1954 dan Konvensyen mengenai Pengurangan Orang Tak Bernegara 1961.
Jumlah negara yang menerima Konvensyen PBB berkaitan Status Orang Tak Bernegara 1954 dijangka melepasi 100 negara tidak lama lagi.
Dalam tempoh lima tahun pertama kempen, lebih 220,000 orang tak bernegara telah memperoleh kewarganegaraan.
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin bercakap di Geneva, Switzerland pada Isnin semasa sesi khas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif UNHCR yang dikenali sebagai Segmen Peringkat Tinggi mengenai isu Orang Tak Bernegara, mengambil maklum kemajuan Kempen #IBelong bagi menghentikan isu orang tak bernegara menjelang 2024.
Terdahulu, Muhyiddin menegaskan bahawa Malaysia kekal komited untuk menjalin kerjasama dengan UNHCR dalam usahanya menangani isu orang tak bernegara.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 10 2019
![UNHCR sambut baik komitmen Malaysia tangani isu orang tak bernegara UNHCR sambut baik komitmen Malaysia tangani isu orang tak bernegara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/71570588415_TBISUPELARIAN.jpg)
Muhyiddin (kanan) dalam perjumpaan bersama Pesuruhjaya Tinggi UNHCR Filippo Grandi di Geneva 8 Oktober lalu menegaskan, Malaysia kekal komited bekerjasama dengan UNHCR dalam usaha menangani isu orang tak bernegara. - Gambar fail
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![FRIM dokumentasi pengetahuan tradisi tumbuhan ubatan, elak 'legasi' pupus FRIM dokumentasi pengetahuan tradisi tumbuhan ubatan, elak 'legasi' pupus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694750260_DrFadzureenaJamalu.jpg)
FRIM dokumentasi pengetahuan tradisi tumbuhan ubatan, elak 'legasi' pupus
FRIM telah merekodkan 677 spesies tumbuhan ubatan termasuk 2,452 herbarium spesimen hasil dokumentasi pengetahuan tradisi Orang Asli.
![Tiada niat halang Ahli Parlimen Julau kembali ke Sarawak - James Masing Tiada niat halang Ahli Parlimen Julau kembali ke Sarawak - James Masing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/41607204377_SKGOLFMAS.jpg)
Tiada niat halang Ahli Parlimen Julau kembali ke Sarawak - James Masing
Ahli Parlimen juga di bawah senarai perkhidmatan penting yang mengecualikan daripada kuarantin dengan syarat.
![Kerajaan akan mudahkan proses permohonan elaun khas 'frontliners' Kerajaan akan mudahkan proses permohonan elaun khas 'frontliners'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/71588668043_menterikewangan.jpg)
Kerajaan akan mudahkan proses permohonan elaun khas 'frontliners'
Kementerian Kewangan sedang bekerjasama dengan jabatan dan agensi berkaitan bagi memudahkan proses permohonan Elaun Petugas Barisan Hadapan.
![UNHCR sambut baik komitmen Malaysia tangani isu orang tak bernegara UNHCR sambut baik komitmen Malaysia tangani isu orang tak bernegara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/71570588415_TBISUPELARIAN.jpg)
UNHCR sambut baik komitmen Malaysia tangani isu orang tak bernegara
Jumlah negara yang menerima Konvensyen PBB berkaitan Status Orang Tak Bernegara 1954 dijangka melepasi 100 negara tidak lama lagi.
![RM400 juta untuk selenggara, naik taraf RKAT menjelang 2020 RM400 juta untuk selenggara, naik taraf RKAT menjelang 2020](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/61551438451_SambutanTenteraDar.jpg)
RM400 juta untuk selenggara, naik taraf RKAT menjelang 2020
Kementerian dalam usaha mendapatkan peruntukan bagi menyenggara dan membaik pulih rumah-rumah berkenaan secara berperingkat bermula tahun depan agar dapat diguna dan diduduki semula.
![Budak 12 tahun lepas naik pesawat tanpa dokumen Budak 12 tahun lepas naik pesawat tanpa dokumen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/71460979599_BritishAirways.jpg)
Budak 12 tahun lepas naik pesawat tanpa dokumen
Kehadiran budak itu hanya disedari di dalam pesawat selepas seorang kru kabin meminta untuk melihat pas masuknya.
![NUTP minta KPM lihat semula cara isi dokumentasi pelajar NUTP minta KPM lihat semula cara isi dokumentasi pelajar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/51540850051_TBEXCOPENDIDIKANTAI.jpg)
NUTP minta KPM lihat semula cara isi dokumentasi pelajar
Buat masa ini, para guru terpaksa mengisi dokumentasi maklumat pelajar dalam tiga peringkat antaranya mencatat buku kedatangan dan mengisi secara dalam talian untuk KPM.
![Kontraktor jaga sekolah gulung tikar: Berpunca masalah dokumentasi, tidak buat tuntutan Kontraktor jaga sekolah gulung tikar: Berpunca masalah dokumentasi, tidak buat tuntutan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/41467564465_950x600.jpg)
Kontraktor jaga sekolah gulung tikar: Berpunca masalah dokumentasi, tidak buat tuntutan
Kementerian Pendidikan menjelaskan bahawa sebahagian syarikat juga telah dibayar tuntutan bulan Ogos lalu berdasarkan kesempurnaan tuntutan yang dibuat.