Kementerian Pertahanan memerlukan peruntukan sebanyak RM400 juta bagi menyelenggara dan menaik taraf 8,270 unit Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) yang dikenal pasti rosak.
Kementerian melalui Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam usaha mendapatkan peruntukan bagi menyenggara dan membaik pulih rumah-rumah berkenaan secara berperingkat bermula tahun depan agar dapat diguna dan diduduki semula.
“Kementerian mengenal pasti 9,744 unit bagi kategori unit kosong dan rosak dengan 1,474 unit kini dalam tindakan penyelenggaraan dan naik taraf tahun ini menggunakan Peruntukan Khas 2019 sebanyak RM50 juta,” demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat.
Merujuk Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 1 pada Isnin, penyelenggaraan RKAT didapati kurang cekap apabila sebanyak 12,261 rumah itu tidak selamat diduduki.
Laporan itu turut mendedahkan objektif penyelenggaraan RKAT tidak tercapai sepenuhnya dalam menyediakan rumah yang kondusif dan selamat untuk anggota tentera.
Menurut kenyataan itu, ATM memohon peruntukan perbelanjaan menyenggara RKAT sebanyak RM1,043.49 juta bagi tempoh 2015 hingga 2018, bagaimanapun hanya sejumlah RM258.45 juta diluluskan dan jumlah RKAT yang diselenggara bagi tempoh berkenaan adalah terhad.
Sementara itu, sejumlah 54,497 unit RKAT disediakan sehingga 2018 namun hanya 40,024 unit telah diduduki manakala sebanyak 12,261 tidak diduduki.
"Daripada baki 12,261 unit yang tidak diduduki, 783 unit dikategorikan sebagai tidak selamat, 1,734 unit disyor roboh dan 9,744 adalah kosong dan rosak,” menurut kenyataan itu.
Bagi kategori tidak selamat, sebanyak 535 unit adalah dalam proses dokumentasi untuk dirobohkan, manakala baki 248 unit akan dibaiki secara berperingkat manakala bagi unit yang disyor roboh, sebanyak 227 unit telah dirobohkan manakala 1,507 unit dalam proses kelulusan syor roboh.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 19 2019

LKAN 2018 Siri 1 mendedahkan objektif penyelenggaraan RKAT tidak tercapai sepenuhnya dalam menyediakan rumah yang kondusif dan selamat untuk anggota tentera. - Gambar hiasan

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 4 Mac 2025.

Mesir kemukakan pelan pembinaan semula Gaza, seru pembentukan pentadbiran peralihan
Pembinaan semula Gaza perlukan pembentukan pentadbiran dan keselamatan peralihan bagi memastikan prospek penyelesaian dua negara dipertahankan.

Nor Farah kini pemain boling padang nombor satu dunia
Berdasarkan kemas kini ranking dunia wanita di World Bowls Series, Nor Farah kini menduduki kedudukan teratas dengan mengumpul 723 mata.
Tumpuan Rabu – 5 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Singapura sahkan terdapat 187 kes keracunan makanan dalam program latihan nasional
Insiden keracunan makanan itu pertama kali dilaporkan di Sekolah Seni Singapura, apabila 20 pelajar mengalami simptom gastroenteritis.

Sekolah antarabangsa tawar pendidikan percuma kepada 66 anak Palestin
Sebuah sekolah antarabangsa persendirian bersetuju menyediakan pendidikan secara percuma kepada 66 kanak-kanak dan remaja Palestin yang berada di Malaysia.

Ukraine mampu bertahan enam bulan tanpa sokongan AS
Ukraine masih bergantung kepada AS bagi beberapa jenis senjata tertentu, termasuk sistem pertahanan udara dan sistem pelancar roket pelbagai jarak jauh.

Malaysia gesa pelaksanaan segera perjanjian gencatan senjata
Malaysia menggesa pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata di Gaza, termasuk pertukaran tawanan dan tahanan seperti yang dipersetujui oleh semua pihak.

Kes tembakan APMM: Malaysia-Indonesia selesai secara damai - Saifuddin
Malaysia dan Indonesia sepakat menyelesaikan insiden tembakan di perairan Tanjung Rhu, Selangor secara damai bagi memastikan hubungan diplomatik kekal terpelihara.

KDN dalam fasa teliti 73 kesalahan dalam SOSMA - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti 73 kesalahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) bagi tujuan semakan semula.

Keyakinan rakyat terhadap Maktab Tentera Diraja cukup tinggi - Timbalan Menteri
Adly Zahari berkata perkara tersebut dicerminkan berdasarkan kadar permohonan kemasukan yang menunjukkan peningkatan pada tahun 2024 dan 2025.

Tiada diskriminasi, sentiasa ada peluang untuk anggota wanita ATM naik pangkat
Adly Zahari berkata, peluang kenaikan pangkat adalah terbuka kepada semua, tanpa mengira jantina.

ATM laksanakan pengurusan persepsi tangani tanggapan tidak tepat - Panglima ATM
ATM akan melaksanakan pelbagai langkah bagi mengurus persepsi orang ramai susulan tanggapan tidak tepat yang sering dilemparkan terhadap pasukan keselamatan itu.

Rayuan kerajaan berhubung pelarasan pencen ATM diputuskan pada 6 Mei
6 Mei ditetap sebagai tarikh keputusan berhubung rayuan mengenai keputusan yang memihak kepada pelarasan pencen pesara ATM yang bersara sebelum 1 Jan 2013.

Mohd Nizam dilantik menjadi Panglima Angkatan Tentera ke-23
Pelantikan Mohd Nizam adalah bagi menggantikan Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman yang bersara wajib.

Pelarasan pencen susulan SSPA: Veteran boleh hubungi JHEV jika ada persoalan
Veteran ATM yang mempunyai persoalan mengenai kiraan pencen susulan pelaksanaan SSPA boleh berhubung dengan JHEV ATM untuk penerangan.

MRO Aset, Kementerian Pertahanan kaji penggunaan pencetakan 3D
Kementerian Pertahanan sedang mengkaji penggunaan kaedah pencetakan 3D dalam penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) aset ketenteraan di seluruh negara.

JHEV lulus RM6.19 juta bina, baik pulih rumah veteran ATM setakat November
Ia termasuk 53 permohonan bina baharu dan 209 permohonan baik pulih rumah termasuk lima permohonan baharu dan lapan baik pulih di Johor.

TEKS PENUH: Titah Diraja YDPA Agong sempena Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Ke-14
"Jika penderaan terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini lagi. Panglima dan Komandan juga mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah"

Kes buli UPNM: Lima Pegawai Kadet dibuang, diarah bayar ganti rugi pada kerajaan - Menteri
Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) Siri 623 yang bersidang, pada Selasa.