Rata-rata pembaca portal Astro AWANI yang mengambil bahagian dalam undian berhubung nilai denda yang patut dikenakan kepada mereka yang ingkar dengan arahan mengasingkan sisa pepejal memilih kadar yang kurang daripada RM1,000.
Undian tersebut mendapati 64.98 peratus mengundi untuk nilai RM1,000, manakala 16.46 peratus pula mahu denda yang dikenakan menjangkaui nilai RM1,000, iaitu di antara RM1,000 ke RM5,000.
Sebanyak 15.61 peratus pula ingin melihat denda yang dikenakan melebihi RM10,000.
Walau bagaimanapun, Menteri Perumahan dan Luar Bandar, Datuk Abdul Rahman Dahlan memberi jaminan bahawa denda RM1,000 merupakan kadar paling maksimum.
“Kompaun adalah kadar lebih kecil. Pada mulanya kita menjangkakan apabila kempen kesedaran awam dibuat pada Jun tahun ini, 1 Januari (2016) kita akan mengeluarkan notis peringatan dahulu, bukannya kompaun.
“Hanya pada bulan-bulan berikutnya, bila kita sudah beri peringatan, barulah dikenakan kompaun jika masih enggan mematuhi. 1 Januari (2016) itu pun kini ditolak ke 1 Julai (2016)," kata beliau.
Tambah beliau, pihaknya mendengar keluhan ramai yang masih belum memahami pelaksanaannya.
“Ramai masih mengatakan masih tidak cukup masa untuk memahami, kami mendengar keluhan mereka. Kami akan menerangkan isu ini ke peringkat akar umbi,” katanya lagi.
Berkuat kuasa September tahun ini, kerajaan akan mewajibkan pengasingan sisa pepejal isi rumah secara berperingkat dalam usaha mengurangkan penghantaran sisa pepejal ke tapak pelupusan yang semakin meruncing.
T K Letchumy Tamboo
Sun Jul 19 2015
Abdul Rahman (gambar) memberi jaminan denda RM1,000 merupakan kadar paling maksimum. -Foto Bernama
Lawatan kerja ke Korea Selatan berjaya raih potensi pelaburan RM32.8 bilion - PM Anwar
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Isu pemindahan nama rumah kos rendah masih lagi membelenggu rakyat
Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail berkata isu pemindahan nama rumah kos rendah dan kos sederhana rendah masih lagi membelenggu rakyat.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Perdana Menteri sampai sumbangan khas kepada mangsa banjir di Melaka
Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada satu majlis di Tanjung Minyak.
Negeri Sembilan semak semula Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1996
Kerajaan Negeri Sembilan melalui JHEAINS dan MAINS sedang menyemak semula Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1996.
Ekonomi digital Malaysia naik 16 peratus ke RM141 bilion
Dalam satu laporan, Google berkata tiga faktor penyumbang utama adalah e-dagang, pelancongan dalam talian dan perkhidmatan kewangan digital.
Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Terengganu, Pahang hingga Jumaat ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di beberapa kawasan di Terengganu dan Pahang hingga Jumaat ini.
[TERKINI] Ucapan PM Anwar di Universiti Kebangsaan Seoul
Ikuti langsung ucapan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk "Strategic Partners in a Complex World: Malaysia, Korea, and the Future of Asia" di Universiti Kebangsaan Seoul.
#AWANInews
#AWANInews
Lebih 120,000 ekspatriat berada di Malaysia, sumbang 4.8 peratus daripada KDNK
Sebanyak 120,183 pegawai ekspatriat berada di Malaysia setakat 31 Okt lepas.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Bekas pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Pemandu mabuk sebabkan kematian suami isteri didakwa
Seorang mekanik didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas dua pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian pasangan suami isteri pada 16 November lalu.
Program pengasingan sisa pepejal masih kurang mendapat sambutan rakyat
Masalah utama adalah sikap rakyat sendiri yang masih lagi membuang sampah tanpa melihat komposisi sampah itu sama ada ia sisa makanan atau kaca.
Denda hingga RM500 jika gagal laksana pengasingan sisa pepejal di punca
Penguatkuasaan pengasingan sisa pepejal di punca dilaksana di enam negeri iaitu Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah serta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Denda maksimum RM1,000 jika gagal laksana pengasingan sisa pepejal
Kadar kompaun RM50 dikenakan kepada premis bertanah bagi kesalahan pertama, RM100 bagi kesalahan kedua dan RM500 bagi kesalahan ketiga.
Undian: Ramai mahu denda kurang RM1,000 jika ingkar arahan asing sisa pepejal
Pembaca Astro AWANI mengambil bahagian dalam satu undian berhubung nilai denda yang patut dikenakan jika tidak mengasingkan sisa pepejal menjelang penguatkuasaannya nanti.
Ramai masih guna kaedah kurang tepat asing sisa pepejal - Rahman Dahlan
Walaupun rakyat Malaysia sudah mula menyedari tentang pengasingan sisa pepejal, namun masih ada yang menggunakan kaedah yang kurang tepat untuk melakukannya, kata Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Ops Mata Hati: Penduduk mula laksanakan pengasingan sisa pepejal di rumah
Biarpun pengasingan sisa pepejal secara mandatori belum dilaksana sepenuhnya, penduduk di sekitar kawasan perumahan di Presint 18, Putrajaya telah mula mengamalkan budaya itu secara sukarela.
Kitar semula sisa makanan: Apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan
Berikut adalah apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam mengitar semula sisa makanan.