Kematian bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng meraih pelbagai reaksi daripada pemimpin negara serta rakyat, dimana ada diantara mereka meletakkannya sebagai seorang pejuang dan ada pula yang menganggap dia sebagai pengkhianat negara.
Antara mereka yang masih lagi menentang Chin Peng serta kehadirannya di Malaysia walaupun telah meninggal dunia ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid berkata Chin Peng tidak boleh diterima sebagai seorang pejuang kemerdekaan sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah pihak.
“Dia adalah ketua pengganas komunis. Kematiannya memanggil rasa kebencian kepada balu-balu anggota polis dan tentera yang terbunuh semasa darurat,” katanya kepada Astro Awani.
Turut berkeras bahawa mayat Chin Peng itu tidak boleh dibenarkan untuk menjejak tanah Malaysia ialah pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ibrahim Ali.
Ibrahim berkata Chin Peng sewajarnya mati sejak dahulu lagi.
“Sejarah manusia seperti Chin Peng mesti dipadamkan daripada sejarah, daripada diketahui oleh rakyat terutama generasi muda.
"Ada juga sejarah peristiwa hitam yang patut diketahui oleh masyarakat untuk pengajaran, tetapi tidak sejarah penganas dan penjenayah yang merosakkan negara.
"Elok lupa sajalah Chin Peng ini,” katanya.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin juga berkata beliau tidak akan bersetuju sama sekali untuk mayat Chin Peng dibawa kembali ke Malaysia.
Walaubagaimanapun, ada juga orang yang berkata perjuangan Chin Peng untuk kemerdekaan negara harus diingati.
Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang dalam mesej Twitternya hari ini berkata kematian Chin Peng menandakan berakhirnya sebuah era.
Katanya, samada seseorang itu setuju dengan ‘perjuangan’ Chin Peng atau tidak, tempatnya dalam sejarah tetap terjamin.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim berkata sekiranya kerajaan tidak membenarkan mayat Chin Peng dibawa kembali ke Malaysia, masyarakat Cina di Malaysia tidak akan melupakan perkara itu selama-lamanya.
Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin membuat keputusan bahawa mayat Chin Peng tidak akan dibenarkan dibawa balik ke Malaysia.
Najib berkata bekas ketua komunis itu akan diingati sebagai pemimpin pengganas yang terlibat melakukan pelbagai kekejaman terhadap rakyat dan serangan ke atas pasukan keselamatan.
T K Letchumy Tamboo
Mon Sep 16 2013


Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Fitnah: Tiga pemimpin DAP saman Siti Mastura
Tiga pemimpin DAP memfailkan saman fitnah terhadap Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad berhubung ucapan beliau dalam ceramah.

Polis sahkan terima dua laporan terhadap Siti Mastura
Polis mengesahkan menerima dua laporan terhadap Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad.

Guan Eng akan mula prosiding undang-undang terhadap Siti Mastura
Datuk Sankara Narayanan Nair dilantik untuk memulakan prosiding terhadap Siti Mastura.

Fitnah Guan Eng: Ahli Parlimen desak jawab, Siti Mastura enggan layan
Perbahasan Siti Mastura Muhammad (PN - Kepala Batas) di Dewan Rakyat pada Selasa sedikit panas apabila beberapa Ahli Parlimen dari kerajaan berulang kali cuba mencelah.

Mohd Rani terpaksa makan hidupan liar demi pertahan negara
Terpaksa makan hidupan liar seperti monyet dan ular untuk meneruskan kelangsungan hidup merupakan antara pengorbanan seorang wira negara dalam mempertahankan tanah air semasa misi membanteras komunis.

Ulang tahun Perjanjian Damai Hatyai: Enam persatuan disahkan haram - Muhyiddin
Menterinya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kesemua enam persatuan berkenaan dikenal pasti tidak berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).

Ulang tahun Perjanjian Damai Hatyai: Sembilan persatuan dikenal pasti terlibat - Bukit Aman
Empat individu dikenal pasti memberi ucapan iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pelek Ronnie Liu, editor Persatuan Persahabatan Abad ke-21, wakil PKM dan wakil Persatuan Kawan Karib Sarawak.

Gambar ala komunis bukan di Malaysia - Polis
Siasatan mendapati gambar-gambar tersebut diambil pada 2 Dis 2019 semasa majlis tersebut berlangsung di Hotel Lee Garden, Hatyai, Thailand.

Tujuh individu beri keterangan bawa balik abu mayat Chin Peng
Lima lagi individu telah memberi keterangan berhubung isu membawa pulang abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng ke negara ini.

Jangan hangatkan isu abu Chin Peng - Anwar
Anwar Ibrahim tegaskan, isu abu pemimpin Parti Komunis Malaysia (PKM), mendiang Chin Peng yang dibawa masuk ke negara ini oleh sekumpulan individu baru baru ini tidak perlu dihangatkan.