Timbalan Perdana Menteri memaklumkan undang-undang lapuk di Malaysia boleh disemak semula, tetapi ia harus bersandarkan kepada ajaran agama yang sebenar.
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, isu berkaitan akidah tidak boleh dikompromi dan menegaskan, amalan yang bertentangan dengan agama Islam tetap haram di sisi Tuhan.
Bagaimanapun, katanya, perkara ini belum dibincangkan di peringkat Pakatan Harapan (PH).
"Undang-undang itu digunakan ke atas suami saya (Datuk Seri Anwar Ibrahim), tetapi tidak pernah digunakan ke atas orang lain," katanya tanpa menjelaskan secara khusus undang-undang yang dimaksudkan.
"Islam adalah agama rasmi persekutuan dan ada beberapa perkara yang sukar untuk saya terlibat kerana adanya undang-undang shariah dan sivil.
"Ia boleh disemak tetapi harus bersandarkan Al-Quran dan sunnah," tambahnya ketika ditemubual menerusi program The Breakfast Grille yang disiarkan stesen radio BFM hari ini.
Sementara itu, Dr Wan Azizah juga mengulangi kenyataan bahawa beliau akan mengosongkan kerusi Timbalan Perdana Menteri apabila Anwar menjadi Perdana Menteri.
"Lantikan Timbalan Perdana Menteri dibuat oleh Perdana Menteri. Inilah propaganda yang mereka (pembangkang) lakukan. Jika beliau jadi PM, saya akan undur diri."
Bagaimanapun beliau menegaskan akan mengekalkan kerusi Parlimen Pandan yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-14 baru-baru ini.
Ikuti temubual penuh menerusi aplikasi BFM 89.9.
Shafizan Johari
Thu Aug 30 2018
![Undang-undang lapuk boleh disemak, tapi harus ikut ajaran agama - TPM Undang-undang lapuk boleh disemak, tapi harus ikut ajaran agama - TPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/41535594438_TBPRKSERISETIA.jpg)
Dr Wan Azizah berkata, salah satu undang-undang lapuk digunakan ke atas Anwar tetapi tidak pernah digunakan ke atas orang lain. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR / Fail
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Keputusan penerbit, pengarah filem 'Mentega Terbang' rujuk persoalan perlembagaan 14 Jun Keputusan penerbit, pengarah filem 'Mentega Terbang' rujuk persoalan perlembagaan 14 Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713527412_KhairianwarJailani.jpg)
Keputusan penerbit, pengarah filem 'Mentega Terbang' rujuk persoalan perlembagaan 14 Jun
Permohonan pengarah dan penerbit filem bagi merujuk persoalan perlembagaan berhubung Seksyen 298 Kanun Keseksaan akan diputuskan pada 14 Jun.
![Kawal diri, jangan kongsi isu sentuh 3R - Ahmad Zahid Kawal diri, jangan kongsi isu sentuh 3R - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61714902359_TBzahidhamidi.jpg)
Kawal diri, jangan kongsi isu sentuh 3R - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua pihak agar mengawal diri daripada menulis atau menyentuh isu 3R.
![Individu main isu 3R wajar dikenakan tindakan tegas - Ahli akademik Individu main isu 3R wajar dikenakan tindakan tegas - Ahli akademik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51714794120_MujibuMuis.jpg)
Individu main isu 3R wajar dikenakan tindakan tegas - Ahli akademik
Individu yang menyentuh isu 3R wajar dikenakan tindakan tegas kerana perbuatan tersebut amat serius dan boleh menggugat perpaduan rakyat.
![Lelaki rosakkan peralatan tokong ditahan - KPD Manjung Lelaki rosakkan peralatan tokong ditahan - KPD Manjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712468493_IPDMANJUNGKHIANA.jpg)
Lelaki rosakkan peralatan tokong ditahan - KPD Manjung
Lelaki berusia 35 tahun itu ditahan pada jam 9.30 malam Sabtu, selain merampas telefon bimbit digunakan untuk merakam perbuatan tersebut.
![Kembali kepada Islam adalah penyelesaian isu perpaduan kaum - Penganalisis Kembali kepada Islam adalah penyelesaian isu perpaduan kaum - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712246231_TBOrangramai.jpg)
Kembali kepada Islam adalah penyelesaian isu perpaduan kaum - Penganalisis
Isu-isu yang berbangkit mutakhir ini mendesak rakyat Malaysia kini tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik adalah memastikan keharmonian kaum dan agama kekal utuh.
![Usah sentuh sensitiviti agama, bersama maju ke hadapan - Premier Sarawak Usah sentuh sensitiviti agama, bersama maju ke hadapan - Premier Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51681466791_AbangJohari.jpg)
Usah sentuh sensitiviti agama, bersama maju ke hadapan - Premier Sarawak
Kerajaan Sarawak menekankan inklusiviti sosial berteraskan keadilan untuk semua tanpa mengira latar belakang kaum dan agama yang pelbagai.
![PRK: Kemenangan PH isyarat Johor tolak politik guna agama - Sheikh Umar PRK: Kemenangan PH isyarat Johor tolak politik guna agama - Sheikh Umar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61694322197_TBSHEIKHUMAR.jpg)
PRK: Kemenangan PH isyarat Johor tolak politik guna agama - Sheikh Umar
Kemenangan PH memberi isyarat rakyat Johor tidak menerima politik yang mempergunakan agama secara keterlaluan.
![Kempen PRN: Elak sentuh isu 3R demi keharmonian rakyat - Pakar Kempen PRN: Elak sentuh isu 3R demi keharmonian rakyat - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81615523534_Nirwandy.jpg)
Kempen PRN: Elak sentuh isu 3R demi keharmonian rakyat - Pakar
Memainkan isu 3R semasa berkempen boleh menyebabkan pertelingkahan dalam kalangan masyarakat serta mengundang kesan buruk kepada negara.
![Kerajaan tidak akan berkompromi dengan pihak mainkan isu perkauman, agama - TPM Zahid Kerajaan tidak akan berkompromi dengan pihak mainkan isu perkauman, agama - TPM Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81685205287_ZahidHamidi.jpg)
Kerajaan tidak akan berkompromi dengan pihak mainkan isu perkauman, agama - TPM Zahid
Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang berterusan memainkan isu perkauman dan agama.
![Tujuh kertas siasatan dibuka di bawah unit 'task force' 3R PDRM Tujuh kertas siasatan dibuka di bawah unit 'task force' 3R PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51678449194_TBpdrm.jpg)
Tujuh kertas siasatan dibuka di bawah unit 'task force' 3R PDRM
Tujuh kertas siasatan telah dibuka melibatkan kes 3R atau kes penghinaan terhadap agama, kaum dan Institusi Diraja bagi tempoh bermula 27 Mac 2023 sehingga 6 April 2023.