Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hari ini mengingatkan rakyat bahawa kebebasan mengeluarkan kenyatan di negara ini adalah dibatasi undang-undang sedia ada.
Beliau berkata ini bagi memastikan kenyataan yang dikeluarkan termasuk secara dalam talian, tidak melanggari peraturan sedia ada yang berlatarkan Rukun Negara yang menekankan aspek Kesetiaan kepada Raja dan Negara.
"Misalnya, jika kata-kata itu berunsur fitnah, ada undang-undang Akta Fitnah. Kalau ia berunsur hasutan, ada pula undang-undang Akta Hasutan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kelab Kembara Malaysia dan Mesyuarat Agung pertama kelab itu di sini.
Ahmad Shabery berkata demikian ketika ditanya sama ada kementerian akan mengeluarkan garis panduan khas kepada orang ramai dalam mengeluarkan kenyataan termasuk secara dalam talian.
Ini berikutan segelintir pengguna internet mempertikai tindakan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menarik balik Darjah Kebesaran Seri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (S.S.S.A.) yang membawa gelaran Datuk Seri daripada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkuat kuasa 3 Nov lepas.
Ditanya mengenai penarikan balik darjah kebesaran itu, Ahmad Shabery berkata adalah menjadi tanggungjawab rakyat Malaysia menghormati institusi beraja, yang fungsi dan peranan mereka diterima sejak sebelum kemerdekaan lagi.
"Malah dalam negara kita, dari segi penganugerahan darjah-darjah kebesaran, ia tidak dianugerah oleh orang-orang politik seperti perdana menteri umpamanya...tetapi oleh Yang di-Pertuan Agong ataupun Raja-Raja.
"Jadi, dalam soal ini, menghormati mereka (Raja-Raja) adalah sebahagian daripada tanggungjawab kita untuk menjadikan institusi itu sentiasa dimuliakan.
"Dan adalah menjadi hak mereka (Raja-raja) juga sekiranya mereka merasakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena untuk mereka menarik balik penganugerahan yang mereka berikan. Itu pun harus dihormati," katanya.
Bernama
Fri Dec 05 2014
SHABERY: Undang-undang batasi kebebasan keluar kenyataan secara dalam talian - Gambar fail
AWANI Ringkas: USS Abraham Lincoln | Operasi pencarian
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
9 sekeluarga terperangkap rumah atas air tiba-tiba roboh, tenggelam
Seramai sembilan sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak OKU berdepan detik cemas apabila rumah yang didiami mereka di Kampung Air, di Semporna tiba-tiba roboh dan tenggelam dalam air.
AWANI Borneo [23/11/2024] – Kerajaan MADANI | Air oh air | Regatta Lepa
AWANI Borneo Sabtu, 23 November 2024 bersama Jasmine Abu Bakar.
Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Suara Rakyat : Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera.
Regatta Lepa, pelancong teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Suara Rakyat : Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera.
Regatta Lepa, pelancong teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Sultan Nazrin berkenan meriahkan Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak di Stadium Indera Mulia di Ipoh hari ini.
Penambahbaikan jejantas di Petagas dilaksanakan berperingkat
Penambahbaikan jejantas di kawasan Petagas, Putatan akan segera dilaksana secara berperingkat dalam memaksimakan aspek keselamatan para penduduk setempat.
Loji baharu siap April 2025 bantu selesaikan masalah di Putatan
Timbalan Ketua Menteri yang merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Shahelmey Yahya memberi jaminan pembinaan loji baru dapat menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan putatan secara menyeluruh.
Pengunjung luar negara teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Sambutan pesta Regatta Lepa 2024 Semporna memberi pengalaman cukup luar biasa buat pengunjung dalam dan luar negara.
Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera
Penduduk Putatan, Sabah mengeluh bekalan air di kawasan mereka terputusa sehingga berhari-hari dan rayu masalah itu diselesaikan segera.
RM127 juta diperuntuk bagi pembangunan pendidikan
Sebanyak RM127 juta ringgit diperuntukkan bagi pembangunan pendidikan dan modal insan di Sabah menerusi Belanjawan Sabah 2025.
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso
Video wawancara PM Anwar bersama CNN disunting, tidak gambarkan konteks penuh - Fahmi
Wawancara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai konflik Israel-Palestin bersama Richard Quest daripada CNN disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Program Jelajah Bongkar, platform rakyat nilai pemimpin negeri dipilih
Program berbentuk turun padang itu bertujuan memberi penerangan berkaitan fakta serta fitnah tentang sesuatu isu atau perkara yang berlaku.
‘Tak habis fitnah keji aib maruah saya’ - PM Anwar
Beliau yang kesal dengan tuduhan liar itu berkata terdapat isu yang sudah berlaku puluhan tahun lalu yang diungkit kembali sekali gus mendatangkan fitnah.
Dewan Ulama Pas fokus usaha perkukuh kesatuan ummah
Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas ke-63 memfokus kepada usaha memperkukuh kesatuan ummah dengan menggariskan tiga teras utama selaras tema kali ini iaitu 'Kesatuan Asas Kekuatan.'
Pemindahan IPD Melaka Tengah ke bangunan sementara bukan dihalau
Zainol berkata dakwaan dibuat individu tidak bertanggungjawab itu adalah fitnah bertujuan mencemarkan imej PDRM dan kerajaan negeri Melaka.
Henti budaya fitnah, hormat institusi perkhidmatan awam - Cuepacs
Cuepacs menggesa penggiat media sosial supaya tidak membuat tuduhan palsu dan tidak berasas mengenai institusi perkhidmatan awam hingga memberi gambaran tidak baik kepada penjawatnya.
Puteri Sarah zahir rasa syukur kes saman bekas kakak ipar Ira Kazar selesai
Puteri Sarah zahir rasa syukur selepas kes tuntutan samannya ke atas bekas kakak ipar Ira Kazar dapat diselesaikan dengan cara baik.
Fahmi Fadzil mohon kes saman terhadap Papagomo, dua lain dibicarakan bersama
Fahmi Fadzil akan memfailkan permohonan supaya kes samannya terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali sebagai Papagomo, Ahmad Dusuki Abd Rani dan Mohd Fauzan Madzlan dibicara bersama.
Media barat banyak sebar maklumat palsu, fitnah isu kemanusiaan di Palestin - Ramanan
Orang ramai perlu berhati-hati dalam menerima dan menapis sebarang maklumat berkaitan krisis kemanusiaan yang berlaku di Palestin.
Sabah siasat dakwaan tanah hutan simpan diiklankan untuk dijual
Kerajaan Sabah akan menyiasat dakwaan terdapat kawasan hutan hujan di negeri itu diiklankan untuk dijual di laman sosial.