KUALA LUMPUR: Bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) Profesor Datuk Dr Mohd Harun Abdullah hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa beliau terkejut apabila menerima surat yang menyatakan Kementerian Kewangan telah bersetuju meluluskan permohonan universiti itu untuk melaksanakan kerja-kerja operasi serta penyelenggaraan secara rundingan terus dengan Syarikat Asli Jati Engineering Sdn Bhd dan ULink Property Sdn Bhd.
Mohd Harun, 61, yang merupakan Naib Canselor UMS dari Jun 2012 hingga Jun 2017, ketika membacakan penyataan saksi berkata beliau terkejut kerana pada waktu itu, UMS telah melantik REMT Utama Sdn Bhd dan telah menandatangani perjanjian kontrak bagi kerja yang dimaksudkan.
“Pada 23 Julai 2014, Mesyuarat Jawatankuasa Lembaga Perolehan (A) UMS Bil 1/2014 telah bersetuju untuk memilih syarikat REMT Utama Sdn Bhd bagi projek menjalankan kerja-kerja Operasi dan Penyelenggaraan Bagi Sistem Mekanikal dan Elektrikal di bangunan fasa 2B, bangunan dan infra di kampus induk, pusat rawatan warga luar Sikuati, Kudat dan bangunan lain UMS bagi tempoh masa 24 bulan dengan nilai kerja RM21,999,688.
"Pemilihan REMT Utama Sdn Bhd adalah berdasarkan kepada tender terbuka yang diiklankan oleh pihak UMS melalui Jawatankuasa Pemilihan Tender,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin pada hari pertama perbicaraan kes bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony yang berdepan pertuduhan menggunakan dokumen palsu.
Peter adalah Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati Engineering manakala ULink Property merupakan anak syarikat milik penuh UMS.
Saksi pertama pendakwaan itu berkata surat setuju terima dikeluarkan kepada syarikat REMT Utama pada 23 Julai 2014 dan syarikat tersebut telah mengesahkan persetujuan serta diterima oleh pejabat bendahari, Bahagian Perolehan UMS pada 31 Julai 2014.
Merujuk kepada surat bertarikh 9 Jun 2014, beliau mengesahkan surat itu dikeluarkan dan ditandatangani oleh Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UMS Profesor Dr Shariff Abdul Kadir S.Omang Al-Haj.
"Ia dihantar kepada Perdana Menteri (ketika itu) Datuk Seri Najib Tun Razak tanpa pengetahuan dan kebenaran saya. Shariff tidak memaklumkan apa-apa kepada saya berhubung surat ini sehinggalah saya mengetahuinya apabila saya mendapat surat daripada Kementerian Kewangan bertarikh 5 Sept 2014 yang terdapat catitan Najib selaku Menteri Kewangan," katanya.
Terdahulu, Peter, 50, mengaku tidak bersalah apabila pindaan kepada pertuduhan utama dan pertuduhan pilihan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.
Mengikut pindaan kepada pertuduhan utama, Peter, 50, sebagai sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati Sdn Bhd, didakwa melakukan sesuatu pemalsuan kepada surat pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014 dengan memasukkan pernyataan palsu pada tajuk surat itu dengan niat ia digunakan untuk tujuan menipu di pejabat Ketua Setiausaha Sulit kepada YAB Perdana Menteri, tingkat lima, bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya di antara 13 Jun 2014 dan 21 Ogos 2014.
Dia juga berdepan pertuduhan pilihan iaitu sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati Sdn Bhd telah menggunakan suatu dokumen palsu sebagai tulen iaitu surat pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014 yang mempunyai pernyataan palsu pada tajuk surat itu dan beliau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dokumen tersebut adalah palsu di tempat dan masa yang sama.
Peter didakwa mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda serta Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 465 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit
kesalahan.
Pada awal prosiding, mahkamah dimaklumkan Peter kini diwakili peguam baharu iaitu Datuk D.Senthinathan dan Munawar Kabir Mohd Zainal Abidin kerana peguamnya sebelum ini telah menarik diri daripada mewakili tertuduh.
Perbicaraan bersambung esok.
Bernama
Mon Apr 05 2021
![UMS tak pernah lantik Syarikat Asli Jati Engineering secara rundingan terus - Saksi UMS tak pernah lantik Syarikat Asli Jati Engineering secara rundingan terus - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61617640449_TBPeterAnthony.jpg)
Terdahulu, Peter, 50, mengaku tidak bersalah apabila pindaan kepada pertuduhan utama dan pertuduhan pilihan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi. - Gambar fail
![Mahkamah AS tolak pertuduhan tambahan dalam kes dokumen sulit Trump Mahkamah AS tolak pertuduhan tambahan dalam kes dokumen sulit Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721080824_chargingdocument.jpg)
Mahkamah AS tolak pertuduhan tambahan dalam kes dokumen sulit Trump
Permohonan Trump untuk menolak pertuduhan berdasarkan pelantikan dan pembiayaan tidak sah 'Special Counsel' Jack Smith diluluskan.
![Istiadat Barisan Kehormatan mulai sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Brunei Istiadat Barisan Kehormatan mulai sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Brunei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721079540_KEBAWAHDYMM.jpg)
Istiadat Barisan Kehormatan mulai sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Brunei
Istiadat berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, sebuah taman terkenal di Bandar Seri Begawan.
![Zelensky ingin lihat Rusia hadir ke persidangan keamanan Ukraine seterusnya Zelensky ingin lihat Rusia hadir ke persidangan keamanan Ukraine seterusnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721080146_VolodymyrZelenskiy.jpg)
Zelensky ingin lihat Rusia hadir ke persidangan keamanan Ukraine seterusnya
Zelensky berkata beliau telah menugaskan Kerajaan Ukraine untuk menganjurkan acara itu menjelang November tahun ini.
![Kerajaan Pakistan akan haramkan parti bekas PM Imran Khan yang dipenjara Kerajaan Pakistan akan haramkan parti bekas PM Imran Khan yang dipenjara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721080159_ImranKhan.jpg)
Kerajaan Pakistan akan haramkan parti bekas PM Imran Khan yang dipenjara
Menteri Penerangan Attaullah Tarar berkata kerajaan akan memfailkan permohonan di Mahkamah Agung selepas mendapat kelulusan Kabinet.
![Tawaran pengambilalihan MAHB dijangka muktamad suku ketiga tahun ini - Kementerian Kewangan Tawaran pengambilalihan MAHB dijangka muktamad suku ketiga tahun ini - Kementerian Kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721077402_Perbendaharaan.jpg)
Tawaran pengambilalihan MAHB dijangka muktamad suku ketiga tahun ini - Kementerian Kewangan
Memandangkan tawaran itu merupakan satu urusan transaksi komersial, maka ia tidak mendatangkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.
![PREPMA jelas tiga kriteria utama pemilihan perenang ke Paralimpik Paris PREPMA jelas tiga kriteria utama pemilihan perenang ke Paralimpik Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721077062_MegatD.jpg)
PREPMA jelas tiga kriteria utama pemilihan perenang ke Paralimpik Paris
Megat Shahriman berkata, walaupun tiga atlet berjaya melepasi masa kelayakan minimum, Malaysia hanya memperoleh dua slot automatik.
![Tercekik biji rambutan, warga emas maut sesak nafas Tercekik biji rambutan, warga emas maut sesak nafas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692702721_Rambutan.jpg)
Tercekik biji rambutan, warga emas maut sesak nafas
Kira-kira jam 8.30 malam, pihak polis dimaklumkan berkaitan kematian seorang wanita berusia 72 tahun di Klinik Kesihatan Lawin.
![Sektor pembuatan Malaysia dijangka kekal berkembang Sektor pembuatan Malaysia dijangka kekal berkembang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721029437_KualaLumpur.jpg)
Sektor pembuatan Malaysia dijangka kekal berkembang
Terdapat jangkaan pemulihan dalam eksport, dengan subsektor berkaitan teknologi mungkin dapat manfaat daripada kitaran mengembang teknologi.
Olimpik: Misi tersendiri atlet Palestin
Vallerie Tarazi menegaskan matlamat utamanya adalah mewakili jutaan rakyat Palestin yang tidak dapat bersuara.
Ikan paus jarang ditemui terdampar di New Zealand
Ia dipercayai ikan paus yang dikenali dengan nama spade-toothed whale.
![Bunuh: Lelaki Indonesia terlepas hukuman mati, digantikan penjara 38 tahun, 12 sebatan Bunuh: Lelaki Indonesia terlepas hukuman mati, digantikan penjara 38 tahun, 12 sebatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41675060525_TBGAVEL.jpg)
Bunuh: Lelaki Indonesia terlepas hukuman mati, digantikan penjara 38 tahun, 12 sebatan
Kes pegawai bank wanita yang sedang memindahkan wang tunai daripada peti besi ditembak mati pengawal keselamatan, pada tahun 2013.
![Raba kanak-kanak perempuan: Remaja lelaki diarah jalani khidmat masyarakat 120 jam Raba kanak-kanak perempuan: Remaja lelaki diarah jalani khidmat masyarakat 120 jam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710236045_JUDGE.jpg)
Raba kanak-kanak perempuan: Remaja lelaki diarah jalani khidmat masyarakat 120 jam
Remaja lelaki berusia 19 tahun itu mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang berusia 12 tahun.
![Mahkamah Pakistan bebaskan Imran Khan daripada tuduhan terkini Mahkamah Pakistan bebaskan Imran Khan daripada tuduhan terkini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41706688611_TBImranKhanjpg.jpg)
Mahkamah Pakistan bebaskan Imran Khan daripada tuduhan terkini
Mahkamah membatalkan keputusan dalam kes perkahwinan tidak sah yang membuka jalan bagi kemungkinan pembebasan Khan.
![Perbicaraan kes menghasut Chegubard bermula 26 November Perbicaraan kes menghasut Chegubard bermula 26 November](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-09/51506510065_Chegubard.jpg)
Perbicaraan kes menghasut Chegubard bermula 26 November
Hakim Siti Aminah Ghazali menetapkan tarikh perbicaraan pada 26 dan 27 November.
![Pinjaman persahabatan: Jovian diarah bayar RM10 juta kepada dua syarikat Pinjaman persahabatan: Jovian diarah bayar RM10 juta kepada dua syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71655449167_JovianMandagie.jpg)
Pinjaman persahabatan: Jovian diarah bayar RM10 juta kepada dua syarikat
Penghakiman terus diperoleh apabila mahkamah memutuskan kes melalui hujahan bertulis tanpa perbicaraan penuh dan memanggil saksi.
!['Miza Ozawa' mengaku salah cari pelanggan bagi maksud persundalan 'Miza Ozawa' mengaku salah cari pelanggan bagi maksud persundalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41675060525_TBGAVEL.jpg)
'Miza Ozawa' mengaku salah cari pelanggan bagi maksud persundalan
Wanita itu mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki bahan lucah dan ubat tidak berdaftar dengan KKM.
![Bekas penjawat awam didakwa kemuka tuntutan palsu lebih RM300,000 Bekas penjawat awam didakwa kemuka tuntutan palsu lebih RM300,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710236045_JUDGE.jpg)
Bekas penjawat awam didakwa kemuka tuntutan palsu lebih RM300,000
Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia di Labuan.
![Kompleks Mahkamah Petaling Jaya sekali lagi 'dikerumuni' Kompleks Mahkamah Petaling Jaya sekali lagi 'dikerumuni'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718251903_PerkaranganKompleks.jpg)
Kompleks Mahkamah Petaling Jaya sekali lagi 'dikerumuni'
Kira-kira 50 petugas media 'berkampung' di sekitar Kompleks Mahkamah Petaling Jaya sejak awal pagi, menantikan perkembangan kes Zayn Rayyan.
![Lelaki cederakan teman wanita, rosakkan harta, didenda RM4,000 Lelaki cederakan teman wanita, rosakkan harta, didenda RM4,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41675060525_TBGAVEL.jpg)
Lelaki cederakan teman wanita, rosakkan harta, didenda RM4,000
Mahkamah perintahkan lelaki itu dipenjara tujuh bulan sekiranya gagal membayar denda.
![Anak Presiden AS, Hunter Biden didapati bersalah Anak Presiden AS, Hunter Biden didapati bersalah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694725808_HunterBiden.jpg)
Anak Presiden AS, Hunter Biden didapati bersalah
Hunter Biden dituduh membuat dua kenyataan palsu semasa mengisi borang untuk membeli pistol Colt pada Oktober 2018.