KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, UMNO telah membuat ketetapan untuk tidak mencampuri urusan mahkamah mahupun urusan pengampunan diraja terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.
Naib Presiden UMNO itu berkata, parti tidak mempunyai sebarang kuasa dalam perkara tersebut dan ia terserah kepada badan kehakiman dan Lembaga Pengampunan untuk penentuan.
"Isu pengampunan adalah kuasa Yang di-Pertuan Agong, bukan kuasa parti dan kerajaan konsisten dengan pendirian untuk tidak mencampuri urusan mahkamah, itu jelas dan UMNO juga telah membuat ketetapan hal yang sama.
"Pembebasan Najib ada dua tindakan yang dilakukan oleh peguam beliau, pertama daripada segi semakan kehakiman yang mahkamah sendiri akan putuskan, kedua melalui Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Agong. Jadi kita serahkan kepada Lembaga Pengampunan.
"Jadi bukan kuasa parti UMNO untuk membebaskan sesiapa pun didalam negara ini," kata beliau ketika ditemui pemberita di Angkasapuri, pada Rabu.
Perdana Menteri berkata demikian sebagai mengulas ulasan-ulasan di media sosial yang mendakwa Najib akan dibebaskan sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Najib yang juga bekas Perdana Menteri sebelum ini telah mengemukakan petisyen pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong berhubung sabitan dan hukuman dalam kes SRC International.
Pada 23 Ogos lalu, panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat mengesahkan sabitan dan hukuman Najib oleh Mahkamah Rayuan pada 8 Disember tahun lepas yang seterusnya mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.
Pada 28 Julai 2020, Hakim Nazlan Ghazali menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas penyandang kerusi Parlimen Pekan itu atas tujuh tuduhan rasuah.
Afiezy Azaman
Wed Oct 26 2022
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, UMNO telah membuat ketetapan untuk tidak mencampuri urusan mahkamah mahupun urusan pengampunan diraja terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak. - Gambar fail
Macron gesa penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron menggesa agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan berikutan operasi ketenteraannya di Gaza yang lebih setahun telah membunuh hampir 42,000 orang dan mencederakan kira-kira 97,000 yang lain.
Suspek bunuh bapa sempat beli pisau lipat sebelum ditemui rebah
Lelaki OKU mental yang didakwa membunuh bapanya di rumah mereka di Kampung Senaling Kuala Pilah sempat membeli pisau lipat di sebuah kedai sebelum tiba-tiba rebah.
Dua PPS baharu dibuka di Daerah Hulu Perak
Dua lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menempatkan mangsa banjir dibuka pada Ahad bagi menempatkan mangsa banjir Daerah Hulu Perak.
[TERKINI] PM tegur kelompok elit taksub Bahasa Inggeris
PM tegur segelintir kelompok elit yang taksub dengan Bahasa Inggeris sehingga meremehkan penggunaan Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara.
Larian Antarabangsa: Polis tahan 3 lelaki disyaki berkelakuan tak senonoh, lucah
Polis menahan tiga lelaki disyaki berkelakuan tidak senonoh dan lucah ketika program Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 di Kota Tinggi, pada Sabtu.
Elak penganjuran program cetus polemik, gugat Islam - Mohd Na'im
Sebarang acara atau program yang boleh mencetuskan polemik dan menggugat kedaulatan agama Islam perlu dielakkan sama sekali.
Sabah akan dapat tempat utama dalam Belanjawan 2025 - Rafizi
Sabah dijangka akan terus mendapat tempat paling utama menerusi peruntukan dalam Belanjawan 2025 yang dijadual akan dibentang pada 18 Oktober ini.
Belanjawan 2025: Pembangunan infrastruktur, pelepasan cukai bantu tingkat keselamatan siber
Pembangunan infrastruktur keselamatan siber serta insentif pelepasan cukai berkaitan antara aspek yang diharapkan menjadi tumpuan kerajaan pada Belanjawan 2025.
PM Anwar tegur kelompok elit taksub Bahasa Inggeris, fobia bahasa kebangsaan
Perdana Menteri menegur segelintir kelompok elit yang taksub dengan Bahasa Inggeris sehingga meremehkan penggunaan Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara.
Elak penganjuran program cetus polemik, gugat Islam - Mohd Na'im
Sebarang acara atau program yang boleh mencetuskan polemik dan menggugat kedaulatan agama Islam perlu dielakkan sama sekali.
PAU2023: Nizar harap momentum tuntut pembebasan Najib tidak terhenti
Momentum perjuangan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diharapkan berterusan, kata anaknya, Datuk Mohd Nizar, yang masih berharap bapanya dapat dibebaskan.
UMNO tidak campur urusan mahkamah, Lembaga Pengampunan - Ismail Sabri
UMNO tiada kuasa bebaskan sesiapa pun di dalam negara ini.