KUALA LUMPUR: Momentum perjuangan menuntut pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diharapkan berterusan, kata anaknya, Datuk Mohd Nizar, yang masih berharap bapanya dapat dibebaskan.
Ditanya mengenai usul pembebasan bapanya, Mohd Nizar menyerahkan keputusan itu kepada pucuk pimpinan berhubung langkah seterusnya bagi memperjuangkan nasib Najib.
"Dia (Najib) masih sihat Alhamdulillah, masih tabah dan sabar... kita harap beliau terus bersemangat dan jangan putus asa supaya satu hari nanti beliau akan dapat kebebasan.
"Saya yakin UMNO masih memperjuangkan ayahanda saya tapi keluarga saya tak mahu momentum itu perlahan atau dihentikan.
"Kita kena terus sentiasa mengingati. Dia masih di dalam (penjara) dan saya harap usaha-usaha untuk membebaskan dan membela beliau terus diadakan," katanya ketika sidang media sempena Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Mengulas lanjut, Mohd Nizar yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan berkata, Najib telah banyak berkorban dan memperjuangkan kemenangan parti.
Justeru beliau berharap penyokong dan ahli UMNO mampu menilai sumbangan yang telah diberikan bapanya.
"Kalau ayahanda saya ada, sudah tentu beliau berniat untuk membantu parti kalau diberikan peluang tapi beliau sedang menjalani hukuman, beliau tak boleh membantu buat masa ini.
"Semasa bebas, beliau banyak membantu jentera BN sehabis baik sehingga kita dapat menang di Melaka dengan majoriti besar.
"Saya serahkan kepada umum untuk menilai sejauh mana sumbangan ayahnada kepada BN dan pilihan raya yang lepas," katanya lagi.
Dalam pada itu, beliau mengakui terlalu sebak ketika mewakili Najib untuk menerima Anugerah Tokoh Pemuda 2023 yang disampaikan Pemuda UMNO.
"Saya amat menghargai inisiatif ini, usaha Pemuda UMNO memberikan anugerah tersebut. Walau apapun terjadi, beliau masih tidak berganjak walau diasak dan dikenakan pelbagai pertuduhan," katanya.
Najib yang pernah memimpin sayap itu dari tahun 1987 hingga 1993 diberikan penghargaan atas kecekalannya berdepan cabaran dalam politik dan pembunuhan karakter sehingga dipenjarakan.
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menyampaikan anugerah berkenaan kepada anak Najib, Datuk Mohamad Nizar sempena Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2023 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia di sini, pada Khamis.
Suasana bertukar syahdu apabila kedua-duanya dilihat mengalirkan air mata, sebelum seorang lagi anak Najib iaitu Datuk Mohd Nazifuddin dan Naib Ketua Pemuda UMNO, Hairi Mad Shah menyertai mereka.
Hilmi Malik
Thu Jun 08 2023

Mohd Nizar yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan berkata, Najib telah banyak berkorban dan memperjuangkan kemenangan parti. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PAU2023: UMNO Pahang 1,000 kali ganda merindui Najib Razak - Wan Rosdy
Jelas Wan Rosdy yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pahang, UMNO Pahang amat merindui pemimpin yang menjadi tulang belakang parti di peringkat negeri itu sebelum ini.

Kerajaan setuju wujudkan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia - Zahid
Kerajaan bersetuju secara dasar untuk mewujudkan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia bagi mengawal selia ekosistem ekonomi gig di negara ini.

PAU2023: 'DAP boleh minta maaf dengan GPS, kenapa dengan UMNO tak boleh?'
Pemuda UMNO memberi jaminan kerjasama dengan DAP dalam Kerajaan Perpaduan berjalan seperti biasa walaupun sayap itu lantang menuntut DAP memohon maaf sebelum ini.

PAU2023: 'UMNO tercedera, kesihatannya merosot' - Khaled
UMNO diibaratkan cedera dan kesihatannya sudah merosot, kata Naib Presidennya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

PAU2023: Isu perumahan, kekuatan UMNO, peluang pekerjaan fokus perbahasan
Isu perumahan, usaha memulihkan semula kekuatan UMNO dan peluang pekerjaan mendominasi sesi perbahasan oleh perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO 2023.

PAU2023: 'Lantik guru tahfiz berlatarbelakangkan kefahaman UMNO'
Perwakilan Perlis mencadangkan supaya pelantikan guru tahfiz di bawah program Tabika Pra-Tahfiz Kemas mestilah daripada individu yang berlatarbelakangkan UMNO.

PAU2023: UMNO lulus pindaan perlembagaan mudahkan permohonan keahlian baharu
Perhimpunan Agung Khas UMNO hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung hal-hal keahlian dan prosedurnya bagi memudahkan lagi permohonan keahlian baharu.

Desak minta maaf: Pemuda UMNO perlu 'move on', lupakan kisah silam - DAP
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berpandangan bahawa Pemuda UMNO perlu melupakan kisah silam dan move on daripada sebarang persengketaan serta permusuhan politik sebelum ini.

PAU2023: "Saya hadir untuk sempurnakan tugas negara" - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kehadirannya ke Perhimpunan Agung UMNO 2023 (PAU2023) adalah untuk menyempurnakan tugas negara.

Wanita UMNO tubuh kumpulan pemantau teliti dasar kerajaan
Noraini menjelaskan Wanita UMNO akan sentiasa memantau setiap dasar dan tawaran yang dibuat oleh Kerajaan Perpaduan.