KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berpandangan bahawa Pemuda UMNO perlu melupakan kisah silam dan ‘move on’ daripada sebarang persengketaan serta permusuhan politik sebelum ini.
Menurut beliau, sekiranya sikap ungkit-mengungkit berkenaan kisah silam sering dilakukan, perkara tersebut tidak akan menemui jalan kesudahan.
“Permusuhan ini masing-masing ada. Setiap parti ada. Kalau kita terus mengungkit kisah lama, ia tidak akan berkesudahan.
“Kita sudah membentuk kerajaan lebih daripada enam bulan, kita sudah membincangkan secara persetujuan dan komitmen masing-masing. Kita telah pun 'move on' sejak penubuhan Kerajaan Perpaduan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas ucapan Dasar Presiden sempena PAU 2023 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, pada Jumaat.
Pada Khamis, Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menuntut permohonan maaf daripada DAP dan menarik balik segala tohmahan yang dilemparkan terhadap parti itu.
Muhamad Akmal berkata, tindakan itu berupaya melembutkan hati ahli-ahli UMNO yang masih meragui kejujuran DAP untuk bersahabat.
Bagaimanapun, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, desakan permohonan maaf oleh DAP terhadap UMNO tidak sepatutnya menjadi isu yang dibangkitkan semula.
Beliau menegaskan, perkara itu katanya telah dibincangkan beberapa kali ketika fasa rundingan dalam membentuk Kerajaan Perpaduan.
Tambah Anthony, sepanjang penubuhan kerajaan yang melibatkan parti DAP dan UMNO, ia dilihat telah berfungsi dengan baik.
Jelasnya, sehingga kini tidak timbul sebarang isu berkenaan ketidakserasian parti dalam Kerajaan Perpaduan.
“Kita akan mengorak langkah ke hadapan. Yang penting hari ini, kita tunjukkan kita bekerjasama. Saya rasa, kita sudah nokhtahkan soal permusuhan politik.
“Ia telah dinoktahkan sejak tubuhnya Kerajaan Perpaduan. Yang penting kita kena hadapi pelbagai cabaran di hadapan kita seperti politik iaitu Pilihan Raya Negeri (PRN), cabaran ekonomi dan pembangunan negara,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jun 09 2023

Anthony berkata, sekiranya sikap ungkit-mengungkit berkenaan kisah silam sering dilakukan, perkara tersebut tidak akan menemui jalan kesudahan. - Gambar fail
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.

PAU2023: UMNO Pahang 1,000 kali ganda merindui Najib Razak - Wan Rosdy
Jelas Wan Rosdy yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pahang, UMNO Pahang amat merindui pemimpin yang menjadi tulang belakang parti di peringkat negeri itu sebelum ini.

Kerajaan setuju wujudkan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia - Zahid
Kerajaan bersetuju secara dasar untuk mewujudkan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia bagi mengawal selia ekosistem ekonomi gig di negara ini.

PAU2023: 'DAP boleh minta maaf dengan GPS, kenapa dengan UMNO tak boleh?'
Pemuda UMNO memberi jaminan kerjasama dengan DAP dalam Kerajaan Perpaduan berjalan seperti biasa walaupun sayap itu lantang menuntut DAP memohon maaf sebelum ini.

PAU2023: 'UMNO tercedera, kesihatannya merosot' - Khaled
UMNO diibaratkan cedera dan kesihatannya sudah merosot, kata Naib Presidennya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

PAU2023: Isu perumahan, kekuatan UMNO, peluang pekerjaan fokus perbahasan
Isu perumahan, usaha memulihkan semula kekuatan UMNO dan peluang pekerjaan mendominasi sesi perbahasan oleh perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO 2023.

PAU2023: 'Lantik guru tahfiz berlatarbelakangkan kefahaman UMNO'
Perwakilan Perlis mencadangkan supaya pelantikan guru tahfiz di bawah program Tabika Pra-Tahfiz Kemas mestilah daripada individu yang berlatarbelakangkan UMNO.

PAU2023: UMNO lulus pindaan perlembagaan mudahkan permohonan keahlian baharu
Perhimpunan Agung Khas UMNO hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung hal-hal keahlian dan prosedurnya bagi memudahkan lagi permohonan keahlian baharu.

Desak minta maaf: Pemuda UMNO perlu 'move on', lupakan kisah silam - DAP
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berpandangan bahawa Pemuda UMNO perlu melupakan kisah silam dan move on daripada sebarang persengketaan serta permusuhan politik sebelum ini.

PAU2023: "Saya hadir untuk sempurnakan tugas negara" - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kehadirannya ke Perhimpunan Agung UMNO 2023 (PAU2023) adalah untuk menyempurnakan tugas negara.

Wanita UMNO tubuh kumpulan pemantau teliti dasar kerajaan
Noraini menjelaskan Wanita UMNO akan sentiasa memantau setiap dasar dan tawaran yang dibuat oleh Kerajaan Perpaduan.