KUALA LUMPUR: Perwakilan Perlis mencadangkan supaya pelantikan guru tahfiz di bawah program Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) Pra-Tahfiz Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) mestilah daripada individu yang berlatarbelakangkan kefahaman UMNO.
Setiausaha UMNO Bahagian Padang Besar, Zaini Meh@Hussin berkata, perkara tersebut perlu dilakukan sebagai persediaan supaya tidak berlaku penentangan terhadap UMNO pada masa akan datang.
"Saya bagi cadangan pengajar yang dipilih untuk mengendalikan kelas-kelas tahfiz kita ini di peringkat tabika mestilah orang yang berlatarbelakangkan kefahaman UMNO.
"Jadi apa yang kita kena fikirkan bahawa pengajar itu kena tengok betul-betul dan buat pemilihan yang cukup cantik.
"Jangan kita jadikan bahawa kita buat ini (Program Tabika Pra-Tahfiz Kemas) cantik, tetapi telah sediakan senjata (pelajar) bahawa mereka ini (yang akhirnya) akan menentang dan melawan kita satu hari nanti," katanya.
Beliau demikian semasa persidangan Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini pada Sabtu.
Pada 31 Mei, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, seramai 100,000 kanak-kanak Tabika di bawah Kemas disasarkan untuk dilahirkan sebagai 'Huffaz Cilik' menjelang 2026.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, sasaran berkenaan dibuat selaras pelaksanaan program Tabika Pra Tahfiz Kemas bermula Julai depan dengan kerjasama Yayasan Pahang sebagai rakan strategik yang membantu dalam aspek tadbir urus.
Tambah Ahmad Zahid, program Tabika Pra Tahfiz Kemas itu menggabungkan elemen 7M iaitu mengaji, menghafaz, membaca, menulis, mengira, menaakul dan manusiawi.
Menurut Ahmad Zahid, program tahfiz itu diperkenal sebagai nilai tambah bagi modul program penghayatan pendidikan Islam (PPI) yang memberi penekanan dan tumpuan khusus terhadap dua aspek iaitu pembelajaran ibadah dan pengajian al-Quran. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jun 10 2023

Zaini Meh@Hussin berkata, perkara tersebut perlu dilakukan sebagai persediaan supaya tidak berlaku penentangan terhadap UMNO pada masa akan datang. - Gambar/ Sinar Harian
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.

PAU2023: 'Lantik guru tahfiz berlatarbelakangkan kefahaman UMNO'
Perwakilan Perlis mencadangkan supaya pelantikan guru tahfiz di bawah program Tabika Pra-Tahfiz Kemas mestilah daripada individu yang berlatarbelakangkan UMNO.

Guru tahfiz rogol 13 murid dijatuhi hukuman mati
Keputusan itu dibuat selepas pihak pendakwaan mengemukakan rayuan susulan tertuduh sebelum ini hanya dikenakan hukuman penjara seumur hidup.

Ugut potong dan bakar kemaluan pelajar, dua guru tahfiz ditahan
Dua guru berusia 42 dan 43 tahun ditahan polis malam semalam.