UMNO Kedah akan menggunakan pendekatan ceramah kelompok dalam usaha menarik lebih ramai penggundi menyokong parti itu dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada 4 November depan.

Menurut Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan ia bagi menarik kira-kira 2,000 penggundi yang tidak menyokong BN pada Pilihanraya Umum yang lalu bagi memastikan DUN yang disandang PAS sejak 18 tahun lalu dimenangi BN.

Tambah beliau, lagi ceramah itu akan disusuli dengan sembang petang dan akan di buat di 19 Pusat Daerah Menggundi (PDM) lebih awal dimana ianya dapat mendekati masyarakat untuk menyampaikan apa sahaja maklumat.

BN katanya tidak berminat mengadakan ceramah perdana seperti yang dipraktikan pembangkang kerana ia tidak membawa makna kerana yang hadir adalah orang luar dan bukan penggundi di kawasan itu.

Ahmad berkata setiap PDM perlu meletakan sasaran dengan menarik seratus penggundi baru untuk menggundi BN dan mengekalkan penggundi yang sedia ada bagi membolehkan BN merampas kembali DUN itu dari PAS.

Ia juga diharap dapat menarik kembali kira-kira 1,800 penggundi Cina di kawasan itu yang pernah menggundi BN sejak 199 hingga 2004.



Beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata demikian selepas mengadakan taklimat dengan Ketua-Ketua PDM DUN Sungai Limau di bilik Operasi BN di pekan Sungai Limau, Yan.

Tambah Ahmad, PRK kali ini menyaksikan selain bantuan daripada parti komponen seperti Gerkan dan MCA malah yakin dengan kepimpinan tempatan yang telah mengenali penggundi Cina dan mampu menarik mereka.

Ahmad berkata tidak ada sebab untuk rakyat di DUN Sungai Limau mempertahankan PAS untuk terus berkuasa dalam kawasan itu kerana pemerintah sekarang adalah BN serta Menteri besarnya ialah orang UMNO.

Sehubungan itu rakyat perlu menilai serta memberi peluang kepada UMNO dan BN untuk menerajui kawasan tersebut sekaligus dapat membangunakn kawawasan itu dengan pelbagai kemudahan dan bantuan.