Asas penubuhan UMNO dan Barisan Nasional (BN) adalah berlandaskan susunan yang memberi faedah bersama, dan memberikan bukan Melayu peluang bersuara yang sama, kata Bendahari UMNO, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Salleh yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, hanya UMNO dan BN yang boleh meniup semangat kesamarataan manakala yang lain hanya pandai bercakap tetapi tidak dapat melaksanakan.
“Bagi mencapai apa yang dianggap sebagai satu susunan yang memberi faedah bersama, ia pertamanya memerlukan kesepakatan orang Melayu, dan begitulah kisahnya bagaimana UMNO ditubuhkan yang pada mulanya merupakan satu gabungan pelbagai persatuan, pertubuhan dan pergerakan di seluruh negara,” katanya menerusi catatan di laman blognya di sini, hari ini.
Salleh berkata, apabila UMNO diwujudkan, pemimpinnya duduk berunding dengan pemimpin Cina, India dan kaum etnik lain untuk membentuk satu gabungan yang dikenali sebagai Perikatan atau Parti Perikatan.
“Gabungan inilah yang berunding dengan Inggeris untuk mendapatkan kemerdekaan, dan sebahagian daripada intipati perjanjian kemerdekaan itu, antara lain, menyentuh isu kewarganegaraan untuk penduduk bukan Melayu yang sekali gus menyaksikan peratusan majoriti Melayu berkurangan ke sekitar 50 peratus daripada penduduk keseluruhan di negara ini,” katanya.
Salleh berkata, ia merupakan satu pengorbanan besar atau pengorbanan yang wajar dilakukan oleh bangsa Melayu bagi menunjukkan kepada kaum bukan Melayu bahawa mereka adalah rakan setara dalam perjuangan menuntut kemerdekaan.
“Tidak seperti di kebanyakan negara-negara Asia yang lain, perjuangan kemerdekaan di Malaysia dilancarkan secara aman tanpa sebarang pertumpahan darah yang mengambil masa 11 tahun proses perundingan dari tahun 1946 hingga 1957, dan UMNO memastikan supaya rundingan bukan sahaja membabitkan kaum Melayu tetapi juga memasukkan kaum Cina, India dan etnik lain,” katanya.
Salleh berkata, untuk UMNO kekal selama 71 tahun dan Perikatan atau sekarang dipanggil Barisan Nasional selama 65 tahun, memperlihatkan terlalu sedikit perkongsian di mana-mana di dunia ini yang boleh meniru pencapaian tersebut.
“Inilah yang menjadikan Malaysia yang kita lihat pada hari ini,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 05 2017
![UMNO, BN tiup semangat kesamarataan - Salleh UMNO, BN tiup semangat kesamarataan - Salleh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/61508210642_SallehSaidKeruak.jpg)
![CPI 2024: Perlu pembaharuan menyeluruh - MCW CPI 2024: Perlu pembaharuan menyeluruh - MCW](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739273384_MCWMalaysiaCorrup.jpg)
CPI 2024: Perlu pembaharuan menyeluruh - MCW
Pembaharuan menyeluruh termasuk mempercepat agenda reformasi institusi, perlu dilaksanakan dalam usaha pembanterasan rasuah di negara ini.
![PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51735803655_PERKESOperkesolog.jpg)
PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas
PERKESO Terengganu telah membuat pembayaran faedah kepada OB dan waris kira-kira RM23.4 juta melibatkan 5,858 kes sepanjang tahun lepas.
![Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736805702_Asean.jpg)
Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan
Pertumbuhan itu dilihat menawarkan peluang besar bagi inovasi, daya tahan dan penyelesaian sektor swasta yang merentas industri.
![Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739288912_TBAbdulHamid.jpg)
Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah
MAINPP akan mewujudkan Endowment Chair Professor Al-Azhar dalam bidang syariah bagi tujuan kerjasama penyelidikan isu fikah dan syariah.
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
![Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738664694_TBAZALINA.jpg)
Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).
![Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738402607_TBAHMADZAHID.jpg)
Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid
Pengerusi BNDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan gabungan itu tidak pernah membincangkan untuk mengeluarkan MCA sebaliknya komited untuk mengekalkan semangat jitu setiap parti komponen.
![Ahmad Zahid yakin BN akan terus utuh dan relevan Ahmad Zahid yakin BN akan terus utuh dan relevan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738644957_tbZahidHamidi.jpg)
Ahmad Zahid yakin BN akan terus utuh dan relevan
Pengerusi BN percaya perkara itu mampu dicapai dengan kesepakatan dan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur gabungan berkenaan.
!['Tak mustahil BN singkir MCA berlaku' - Penganalisis 'Tak mustahil BN singkir MCA berlaku' - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738634009_tbPenganalisispolit.jpg)
'Tak mustahil BN singkir MCA berlaku' - Penganalisis
Menurut Ariff Aizuddin, situasi sedemikian mampu menjarakkan lagi BN dengan penyokong bukan Melayu terutamanya pengundi Cina.
![BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734261074_AhmadZahidHamidi.jpg)
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
![Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734189443_ZahidHamidi.jpg)
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
![BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733572908_ZahidHamidi.jpg)
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
![50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid 50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733572840_ZahidHamidi.jpg)
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
![Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733565434_DrAkmal.jpg)
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
![Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732769023_TBzahidhamidi.jpg)
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.