UMNO Bahagian Bakri kini dalam usaha menggalakkan 4,783 pengundi dari Parlimen Bakri, yang kini mengundi di luar, untuk kembali sebagai pengundi berdaftar di kawasan itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Pemangku ketuanya, Hasan Johari berkata selain itu, usaha sedang dilakukan untuk mendaftar 3,845 orang daripada 20,000 anggota UMNO yang belum mendaftar sebagai pengundi.
"Nama mereka sudah diserah kepada ketua cawangan UMNO yang akan mencari mereka untuk didaftarkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya," katanya ketika berucap pada perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bakri di dewan Maktab Rendah Sains MARA di sini pada Sabtu.
Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin merasmikan mesyuarat itu menjadikan ia bahagian pertama yang dirasmikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor itu.
Hasan berkata tumpuan turut diberi kepada usaha mengesan dan mendaftar 1,870 pengundi remaja yang berusia 21 tahun pada PRU14.
"Kita sudah mendekati mereka ini, yang kebanyakannya sedang belajar dalam tingkatan enam di sekolah menengah dalam kawasan Parlimen Bakri," katanya.
Katanya, langkah ini sebahagian daripada matlamat UMNO untuk mendapatkan tambahan 10,000 pengundi baharu menjelang PRU14 dalam usaha merampas semula kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Abong serta Bentayan yang terlepas ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum lalu.
Bernama
Sat Aug 23 2014

Tumpuan UMNO Bakri turut diberi kepada usaha mengesan dan mendaftar 1,870 pengundi remaja yang berusia 21 tahun pada PRU14.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

UMNO Bakri mahu galak pengundi luar balik mengundi kawasan
UMNO Bahagian Bakri kini dalam usaha menggalakkan 4,783 pengundi dari Parlimen Bakri untuk kembali sebagai pengundi berdaftar.