Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pulau Pinang menjalin kerjasama dengan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) MSI Cawangan Kulim untuk menghasilkan peranti penjarakan sosial yang dikenali sebagai 'Social Distancing Sensor' (SDS).
Ketua projek merangkap pensyarah kanan Jabatan Pengurusan Perniagaan UiTM Cawangan Pulau Pinang Mohd Subri Tahir berkata SDS adalah penambahbaikan produk inovasi yang dinamakan 'Object Distance Detection System' (ODDS) yang dapat mengesan jarak dengan kiraan dari satu sentimeter (cm) hingga 10,000 cm.
ODDS telah dibentangkan di Seoul Invention International Fair 2019 (SIIF2019) di Seoul, Korea Selatan pada November 2019 dan berjaya merangkul pingat gangsa.
"ODDS tidak dapat kesan manusia atau objek kerana ianya direka untuk penggunaan kereta bagi mengelakkan geseran semasa memakirkan kereta.
"Jadi untuk SDS, kita mereka semula (ODDS) dengan menggunakan idea yang lebih kurang sama tetapi fungsi pengesanan yang hanya mengesan manusia dalam jarak satu meter.
"Individu boleh menggantung alat berkenaan di leher. Jarak sebenar akan dipaparkan pada permukaan hadapan SDS dan sistem penggera SDS akan mengeluarkan pancaran laser ke badan individu yang berada di hadapan sekiranya individu itu berada dalam jarak kurang dari satu meter.
"Pengguna SDS akan mengetahui beliau perlu menjarakkan dirinya sehingga pancaran laser terpadam," katanya kepada Bernama, di sini pada Isnin.
Mohd Subri berkata penggunaan kaedah manual iaitu menampal pita pelekat pada lantai mengikut ukuran satu meter dilihat sebagai kurang cekap dari sudut pematuhan serta pemantauan keberadaan seseorang individu dan ciptaan alat peranti berkenaan bertujuan menambah baik kaedah manual sedia ada.
Beliau berkata prototaip pertama SDS berjaya dihasilkan dalam masa satu minggu dan syarikat atau institusi yang ingin membuat tempahan alat peranti itu boleh berbuat demikian melalui e-mel mohdsubri@uitm.edu.my atau hubungi 012-4544031.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 04 2020

ODDS telah dibentangkan di Seoul Invention International Fair 2019 (SIIF2019) di Seoul, Korea Selatan pada November 2019. - Bernama

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Bekas jurutera hasilkan potret daripada tanah liat
Farrah Wahida menginovasi produk berasaskan tanah liat menjadi potret hampir menyerupai gambar sebenar dalam bentuk kartun.

Indonesia, India jalin kerjasama strategik dalam sektor digital
Kerjasama strategik ini merupakan langkah penting yang menyatukan dua kuasa digital di Asia untuk mencipta inovasi yang memberi impak.

P2 Biotech sokong seruan TPM revolusi teknologi industri getah
Seruan ini selaras dengan visi P2 Biotech untuk memodenkan sektor getah, memperkasakan pekebun kecil, serta menarik minat generasi muda.

BioProtein Powder juara INNOVATHON 2, raih RM100,000
Inovasi yang dihasilkan oleh Prof Dr Azizi Ayob memperkenalkan teknologi baharu untuk menukarkan bioprotein cair kepada bentuk serbuk.

Bakineer 2.0 alat inovatif untuk pembuat kuih
Bakineer 2.0 juga mampu menghasilkan makanan lain seperti mi, pasta, dan putu mayam, menjadikannya gajet dapur yang serba guna.

IRC 2025 tekankan inovasi, kawal selia dalam era digital
IRC 2025 telah membuktikan bahawa kerjasama mampu menjadi pemangkin penciptaan masa depan yang selamat, inklusif dan mampan.

Innovathon musim ke-2: 'Puncture Proof Self Healing Tyre' juara minggu keempat
Inovasi tersebut menghasilkan tayar motorsikal yang kalis pancit dan tidak bocor sekiranya tertusuk benda tajam seperti paku atau jalan berlubang.

Kerajaan seru usahawan muda perlu berani ambil risiko - Fadillah
Kerajaan sentiasa membuka ruang kepada usahawan muda untuk mengembangkan potensi mereka ke tahap yang lebih tinggi.

MTDC komited pacu teknologi 4IR ke arah pertumbuhan mampan
Potensi teknologi 4IR boleh dimanfaatkan bukan sahaja untuk meningkatkan produktiviti, malah untuk mencipta peluang baharu.

MOSTI lancar Indeks Inovasi Malaysia tahun depan, inisiatif perkukuh ekosistem inovasi negara
Berperanan mengukur tahap inovasi di setiap negeri agar pelaksanaan invensi dijalankan dengan lebih tertumpu, cekap dan berkesan.