KUALA LUMPUR : Kerajaan tidak pernah bincang atau membenarkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada pelajar bukan Bumiputera.
Perkara itu ditegaskan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir susulan isu berkenaan ditimbulkan sejak kebelakangan ini.
Menurut Zambry, perkara itu tidak dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat di peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mahupun Kabinet.
"Isu ini ternyata sengaja dijadikan polemik dan dimainkan oleh pihak tertentu yang cuba menganggu-gugat polisi serta objektif asal penubuhan UiTM sekali gus menimbulkan kecelaruan dan perbalahan pelbagai pihak.
"KPT berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 - UiTM ditubuhkan menurut dan mengikut peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada 25 April lalu, sebuah portal berita melaporkan Anggota Lembaga Program Latihan Ijazah Lanjutan Kepakaran atau ‘Parallel Pathway’ UiTM-IJN, Raja Amin Raja Mokhtar mencadangkan agar kemasukan ke UiTM dibuka kepada bukan bumiputera, namun hanya untuk kursus pengajian pascasiswazah.
Isu ini timbul apabila pelajar yang terlibat dalam Persekutuan Kolej Pakar Bedah Diraja Edinburgh dalam Pembedahan Kardiotoraks (FRCS Ed) ditolak permohonan mereka dalam Pendaftaran Pakar Kebangsaan (NSR) oleh Majlis Perubatan Malaysia (MMC) berikutan sijil itu tidak diiktiraf.
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM turut dilaporkan menyeru mahasiswa universiti berkkenaan untuk memakai pakaian hitam esok sebagai tanda bantahan kepada cadangan membuka UiTM kepada pelajar bukan bumiputera.
Astro Awani
Wed May 15 2024
Menurut Zambry, perkara itu tidak dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat di peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mahupun Kabinet. - Gambar fail
FAM manfaat dana RM30 juta tingkat program pembangunan skuad kebangsaan - Hamidin
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berjanji untuk memanfaatkan sebaik mungkin peruntukan tambahan yang diumumkan Perdana Menteri.
Ibu muda bersama bayi yang dilaporkan hilang ditemukan selamat
Ibu muda yang dilaporkan hilang bersama bayi perempuannya berusia dua bulan di Felda Sungai Kelamah, Seremban pada Jumaat lepas, ditemukan selamat.
Ketua Wanita UMNO Setiawangsa, Seriwani Sabtu meninggal dunia
Menurutnya, pemergian Seriwani merupakan satu kehilangan besar dalam parti yang telah aktif sejak penubuhan Puteri UMNO.
2024 disahkan tahun paling panas
TAHUN 2024 telah disahkan oleh laporan Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus Kesatuan Eropah sebagai tahun yang paling panas sejak suhu mula direkodkan.
JPJ periksa 34 Puspakom, sita kenderaan perdagangan gagal patuhi peraturan
JPJ memeriksa 37 Puspakom menerusi Ops Khas di seluruh negara serta menyita kenderaan perdagangan yang gagal mematuhi Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).
AS perketat sekatan minyak Rusia ke China, India
Penapisan minyak di China dan India dijangka beralih ke sumber minyak dari Timur Tengah, Afrika, dan benua Amerika, menyebabkan kenaikan harga minyak dan kos pengangkutan.
Langkah ini berlaku susulan sekatan baharu oleh Amerika Syarikat terhadap pengeluar minyak Rusia dan 183 kapal tangki yang menghantar minyak ke Asia.
Langkah ini berlaku susulan sekatan baharu oleh Amerika Syarikat terhadap pengeluar minyak Rusia dan 183 kapal tangki yang menghantar minyak ke Asia.
Kebakaran Di LA Ragut 14 Nyawa, Ribuan Dipindahkan Brazil, Minais Gerais, Tanah Runtuh, Bencana Alam, Buletin AWANI
Sejak Selasa, enam kebakaran serentak telah melanda Los Angeles, menyebabkan sekurang-kurangnya 14 kematian dan 16 orang lagi dilaporkan hilang.
Tujuh maut dalam insiden tanah runtuh di Brazil
Sekurang-kurangnya tujuh mangsa maut akibat tanah runtuh di Ipatinga, Minas Gerais, Brazil, pada Ahad.
Menurut media tempatan, kejadian berpunca daripada hujan lebat berterusan.
Menurut media tempatan, kejadian berpunca daripada hujan lebat berterusan.
AWANI Ringkas: Bermula 20 - 24 Januari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banjir: Jumlah mangsa di Johor menurun, satu PPS dibuka di Sarawak
Jumlah mangsa banjir di Johor menurun pagi ini berbanding malam tadi manakala sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sarawak, selain situasi di Perak tidak berubah.
Pelajar UiTM parah kemalangan di Shah Alam
Mangsa yang menunggang dan membonceng motosikal itu mengalami kecederaan serius di kepala dan patah kaki.
Lebih 1,000 pelajar UiTM di Kelantan, Terengganu dan Johor terjejas banjir
Seramai 1,083 pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) termasuk Kelantan, Terengganu dan Johor terkesan akibat banjir pada penghujung Nov lepas.
Pelatih Palapes meninggal dunia: UiTM teliti semula prosedur latihan
Pengurusan UiTM memandang serius kejadian tersebut dan menyerahkan kepada pihak polis dan Lembaga Siasatan di bawah Angkatan Tentera Malaysia (ATM), untuk melakukan siasatan lanjut.
Graduan jangan memilih kerja, elak jadi penganggur terhormat - Sultan Ibrahim
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah mengingatkan para graduan agar tidak bersikap terlalu memilih kerja dan segera merebut peluang ada.
Sultan Ibrahim dimasyhur sebagai Canselor UiTM ketujuh
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) ketujuh hari ini.
Motosikal dirempuh kereta, tiga penuntut UiTM Dungun maut
Tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun maut manakala seorang lagi parah dalam nahas jalan raya membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta di Jalan Pantai Sura di sini malam ini.
UiTM juara keseluruhan SUKIPT 2024
UiTM mengetepikan juara bertahan dua tahun lalu, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mengumpul 38 emas, 19 perak dan 21 gangsa.
UiTM sedia bantu kerajaan bangun ekosistem perkasa STEM
Bagi memastikan aspirasi itu direalisasikan, aspek inovasi dan penyelidikan perlu diberikan tumpuan.
UiTM komited transformasi pendidikan awal kanak-kanak
Sejak kebelakangan ini, pendidikan awal buat kanak-kanak sering menjadi topik perbincangan, bukan hanya melibatkan ibu bapa tetapi juga pakar-pakar.
UiTM berperanan majukan orang Melayu, bumiputera sehingga dapat berdiri sendiri - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peranan yang dimainkan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam memajukan pendidikan orang Melayu dan bumiputera telah membolehkan mereka berdikari.