Ketua Polis Daerah Tampin Supt Amiruddien Sariman, menerusi kenyataan di sini hari ini, berkata Nurul Asmiera Kardi, 22, membuat laporan di Balai Polis Sungai Udang Melaka semalam, memaklumkan bahawa dirinya dan anak berada dalam keadaan baik serta sihat.
Wanita itu juga memaklumkan, dia keluar dari rumah keluarganya dengan rela hati dan tanpa paksaan sesiapa.
Pada Sabtu lepas, Bernama melaporkan kehilangan Nurul Asmiera bersama bayinya susulan laporan polis dibuat ibunya pada 5.48 pagi Jumaat, yang bimbang dengan keselamatan dua beranak itu.
-- BERNAMA