KUALA LUMPUR: Universiti Teknologi MARA (UiTM) difahamkan bakal menerima seorang Naib Canselor wanita pertama berkuatkuasa Isnin ini.
Melalui surat tawaran yang dilihat Astro AWANI, pelantikan Naib Canselor itu selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 10(1) Akta UiTM bagi tempoh berkuatkuasa mulai 9 Ogos 2021 sehingga 11 Oktober 2023.
Surat tawaran kepada individu yang dilantik itu ditandatangani oleh bekas Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad.
Sumber Astro AWANI berkata, pelantikan Naib Canselor itu juga dilihat mampu menyumbang dan membawa UiTM ke arah pencapaian kemajuan akademik yang lebih cemerlang.
Menurut sumber itu juga, pelantikan tersebut sekali gus memenuhi aspirasi dan hasrat kerajaan untuk menjadikan negara sebagai pusat kecemerlangan pendidikan serantau dan antarabangsa.
Sebelum ini, Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Ceupacs), Abdul Rahman Mohd Nordin dilaporkan menggesa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) segera melantik Naib Canselor di beberapa universiti awam yang kosong sejak awal tahun ini.
Kekosongan jawatan itu antaranya membabitkan UiTM.
Menurut Abdul Rahman, keperluan untuk melantik segera jawatan terbabit bagi membolehkan pentadbiran universiti berjalan seperti biasa dan mampu melaksanakan visi dan misi masing-masing.
Ranking UiTM kini sudah melonjak ke tangga 108 terbaik di Asia dari tangga 181 pada tahun 2017, iaitu 17 peratus terbaik dalam kalangan 634 institusi pengajian tinggi di Asia.
Wan Syamsul Amly
Sat Aug 07 2021
Pelantikan Naib Canselor itu juga dilihat mampu menyumbang dan membawa UiTM ke arah pencapaian kemajuan akademik yang lebih cemerlang. - Gambar fail
Polis nyahaktif objek menyerupai bahan letupan di Sungai Pinang
Polis menyahaktifkan objek mencurigakan menyerupai bahan letupan yang ditemukan di tepi jalan di Lebuh Sungai Pinang 7, hari ini.
KPT bangunkan sistem kemasukan pelajar antarabangsa
KPT akan membangunkan sistem kemasukan pelajar antarabangsa untuk memastikan sijil yang dihantar melalui permohonan adalah sahih dan setaraf dengan kelayakan masuk.
Harga hartanah di Lembah Klang dijangka naik 4 peratus pada 2025
Peningkatan harga didorong oleh kekurangan tanah di kawasan tersebut, selain kenaikan kos bahan mentah.
Pelaburan NVIDIA kukuh kedudukan Malaysia dalam rantai bekalan chip
Firma teknologi utama seperti NVIDIA, yang memiliki kepakaran dalam cip tujuan khas untuk kecerdasan buatan (AI), adalah bidang kemajuan yang paling pantas.
Pertumbuhan Malaysia dijangka melepasi 5% tahun ini - Amir Hamzah
Negara sudah berada di landasan yang positif, dengan kerajaan berkemungkinan mengatasi sasaran defisit tahun lepas sebanyak 4.3% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK).
Ahmad Faedzal tamat khidmat Ketua Pegawai Eksekutif ISN Februari ini
Ahmad Faedzal Md Ramli akan menamatkan tempoh perkhidmatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) Institut Sukan Negara (ISN) pada 24 Feb ini.
Pengumuman pencalonan Oscars ditunda ke 19 Jan akibat kebakaran di Los Angeles
Akademi turut memanjangkan tempoh pengundian untuk memilih pencalonan selama dua hari sehingga 14 Jan.
Peniaga kelapa warga Bangladesh didakwa beri suapan kepada pegawai polis
Peniaga kelapa warga Bangladesh didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan memberi suapan wang tunai berjumlah RM3,900 kepada seorang pegawai polis pada 1 Januari lalu.
TPM saran perbanyak inisiatif berimpak tinggi
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) perlu memperbanyak inisiatif berimpak tinggi, maju dan melangkah ke hadapan.
TPM arah KEMAS kemuka cadangan tambah baik skim perjawatan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) diarahkan mengemukakan cadangan bagi skim perjawatan baharu kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi menyelesaikan isu perjawatan sejumlah 9,719 kakitangan yang msiah berstatus kontrak.
Ringgit akhiri 2024 catat prestasi terbaik dalam kalangan mata wang utama Asia
Ringgit muncul sebagai mata wang mencatatkan prestasi terbaik di Asia Tenggara pada 2024, menyerlah berbanding negara-negara serantau lain di tengah-tengah landskap ekonomi global yang mencabar.
Trump kembali ke White House, Asia saksikan peralihan kepimpinan utama dalam 2024
Tahun 2024 menyaksikan peralihan kepimpinan besar di seluruh dunia, termasuk kepulangan bersejarah Donald Trump ke White House.
Pembangunan rangkaian rel kereta api Malaysia-China diharap dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat - Loke
Kementerian Pengangkutan berharap perancangan pembangunan rangkaian rel kereta api yang menghubungkan Malaysia dan China dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat, kata menterinya, Anthony Loke.
Taylor’s University terus cemerlang, lonjak lima anak tangga QS Asia University Rankings 2025
Taylors University melonjak lima anak tangga untuk menduduki tempat ke-36 dalam QS Asia University Rankings 2025.
Muhammad Azeem mahu jadi Raja Pecut Asia 2025
Katanya, beliau kini dalam fasa transisi perubahan corak latihan di bawah kendalian Ken Harden yang dijangka beri kesan positif terhadap prestasinya.
Sumbangan Tunku Abdul Rahman di peringkat ASEAN, antarabangsa amat besar - Arkib
Generasi sekarang mungkin sekadar mengingati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj sebagai pejuang kemerdekaan dan pembentukan negara, dan seterusnya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Pasaran saham Asia menjunam akibat kebimbangan kemelesetan di Amerika Syarikat
Pasaran saham utama di Asia mengalami kejatuhan besar pada Isnin akibat kebimbangan bahawa Amerika Syarikat mungkin menuju kemelesetan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
WEF China membuka tirai, tangani indikator negatif ekonomi global
Lima indikator negatif tersebut termasuk faktor geopolitik (79 peratus), paras hutang (68 peratus) dan polarisasi sosial (65 peratus).
Qatar tawar insentif lebih RM11 bilion untuk pelabur luar sertai agenda transformasi digitalnya
Qatar tawar QR9 bilion (lebih RM11 bilion) untuk pelabur sertai agendanya membuat transformasi digital, termasuk AI dan bahasa Arab.