Padah mengugut dan mencederakan rakan serumah menggunakan pisau selepas dikatakan bengang wanita itu tidak menjaga kebersihan dapur, seorang pekerja salon akhirnya dijatuhi hukuman penjara 32 bulan.
Keputusan itu dibuat selepas tertuduh, Nur Qistina Abdullah, 23 tahun didapati bersalah atas dua pertuduhan mengikut seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan.
Mahkamah menjatuhkan hukuman 16 bulan penjara bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan kesemua hukuman berjalan serentak.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa mengacukan pisau ke leher mangsa, Nurbati, 44, yang merupakan seorang warga Indonesia.
Perbuatan itu dilakukan di rumah sewa mereka di Wisma Yien Tien, di Jalan Balik Bukit, Kuala Terengganu kira-kira jam 8.18 malam pada 29 Oktober lalu.
Manakala bagi pertuduhan kedua, tertuduh turut didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan sebilah pisau pemotong kertas terhadap mangsa di alamat, waktu dan hari sama.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Nabihah hanim di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.
Sharom Abu Bakar
Thu Oct 31 2019
Mahkamah menjatuhkan hukuman 16 bulan penjara bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan kesemua hukuman berjalan serentak. - Foto Astro AWANI
Kerajaan tidak pernah bincang tukar status agama Islam sebagai agama Persekutuan - PM Anwar
Kerajaan tidak pernah berbincang untuk menukar status agama Islam sebagai agama Persekutuan, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Petani berdepan masalah untuk hasilkan padi pada musim depan - Pesak
Petani di kawasan seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu berdepan masalah untuk mengusahakan tanaman padi pada musim depan.
Macron gesa penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron menggesa agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan berikutan operasi ketenteraannya di Gaza yang lebih setahun telah membunuh hampir 42,000 orang dan mencederakan kira-kira 97,000 yang lain.
Suspek bunuh bapa sempat beli pisau lipat sebelum ditemui rebah
Lelaki OKU mental yang didakwa membunuh bapanya di rumah mereka di Kampung Senaling Kuala Pilah sempat membeli pisau lipat di sebuah kedai sebelum tiba-tiba rebah.
Dua PPS baharu dibuka di Daerah Hulu Perak
Dua lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menempatkan mangsa banjir dibuka pada Ahad bagi menempatkan mangsa banjir Daerah Hulu Perak.
[TERKINI] PM tegur kelompok elit taksub Bahasa Inggeris
PM tegur segelintir kelompok elit yang taksub dengan Bahasa Inggeris sehingga meremehkan penggunaan Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara.
Larian Antarabangsa: Polis tahan 3 lelaki disyaki berkelakuan tak senonoh, lucah
Polis menahan tiga lelaki disyaki berkelakuan tidak senonoh dan lucah ketika program Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 di Kota Tinggi, pada Sabtu.
Elak penganjuran program cetus polemik, gugat Islam - Mohd Na'im
Sebarang acara atau program yang boleh mencetuskan polemik dan menggugat kedaulatan agama Islam perlu dielakkan sama sekali.
Sabah akan dapat tempat utama dalam Belanjawan 2025 - Rafizi
Sabah dijangka akan terus mendapat tempat paling utama menerusi peruntukan dalam Belanjawan 2025 yang dijadual akan dibentang pada 18 Oktober ini.
Belanjawan 2025: Pembangunan infrastruktur, pelepasan cukai bantu tingkat keselamatan siber
Pembangunan infrastruktur keselamatan siber serta insentif pelepasan cukai berkaitan antara aspek yang diharapkan menjadi tumpuan kerajaan pada Belanjawan 2025.
Kehadiran paus petunjuk ekosistem marin Malaysia sihat - Penyelidik
Paus itu berdepan beberapa risiko ancaman dari aspek persekitaran lautan Malaysia iaitu berkemungkinan 'tersangkut' di kawasan cetek.
Reman suami isteri edar dadah disambung enam hari
Tempoh reman pasangan suami isteri bagi membantu siasatan kegiatan pengedaran dadah disambung enam hari lagi, bermula hari ini.
Pengurus syarikat rugi lebih RM200,000 ditipu dalam urusan jual beli balak
ACP Azli berkata kejadian bermula pada 21 Ogos 2022 apabila mangsa ditawarkan suspek membeli kayu balak dengan harga RM450,000.
Pembinaan semula menara jam di Pasar Kedai Payang 1, bangkit nostalgia kemerdekaan
Ramai tidak tahu lokasi Pasar Kedai Payang 1 itu pernah menempatkan monumen penting bagi memperingati kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957.
Remaja maut, rakan parah nahas babit dua motosikal
Muhammad Hairis Irsyad Azhar meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya Ahmad Uwais Qarni Azrul mengalami kecederaan parah.
Suami isteri antara tiga maut, kemalangan dua kenderaan
Proton Wira dipandu Muhammad Iqwan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan Nissan Navara.
Kadar sewa Pasar Payang 1 dikekalkan
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) memutuskan untuk mengekalkan kenaikan kadar sewa Pasar Payang 1 seperti mana yang ditetapkan sebelum ini.
Operasi Pasar Payang 1 ditangguh 15 Julai
Pasar Payang 1 yang sepatutnya beroperasi hari ini ditangguhkan kepada 15 Julai depan.
Polis siasat kejadian tular individu pegang objek disyaki pistol
Polis Daerah Kuala Terengganu menerima dua laporan polis daripada orang awam berhubung kes berkenaan yang tular di media sosial.
Pelajar UniSZA maut motosikal bertembung ambulans depan hospital
Mangsa, Umie Elysha Lyana Basharuddin, 22, meninggal dunia semasa mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSNZ pada Khamis.