KUALA NERUS: Suami isteri antara tiga yang maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Mengabang Lekor Batu Rakit, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, kemalangan sekitar jam 9.15 malam itu membabitkan kereta Proton Wira dan kenderaan pacuan empat roda Nissan Navara.
Beliau berkata, mangsa yang maut adalah penumpang Nissan Navara, Zaini Ambak, 46, serta pemandu dan penumpang Proton Wira, Muhammad Iqwan Ahmad Izeham, 23, serta Nur Mimi Aliya Mohd Shukri, 18.
"Nur Mimi Aliya yang menaiki Proton Wira dan Zaini yang menaiki Nissan Navara dipandu suaminya, masing-masing meninggal dunia di tempat kejadian.
"Manakala Muhammad Iqwan yang memandu Proton Wira meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.
Menurut Azli, siasatan awal mendapati kereta Proton Wira dipandu Muhammad Iqwan dari dari arah Setiu menghala ke arah Bandar Kuala Terengganu manakala kereta Nissan Navara dipandu Rasdi dari arah Pasar Malam Pak Tuyu menghala ke Penarik.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, Proton Wira dipandu Muhammad Iqwan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan Nissan Navara," ujar beliau.
Katanya, akibat pertembungan itu, penumpang Nissan Navara serta Proton Wira meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu Proton Wira meninggal ketika menerima rawatan di hospital.
"Pemandu Nissan Navara yang juga suami kepada Zaini, Rasdi Yaakob, 58, turut cedera dan kini dirawat di HSNZ Kuala Terengganu.
"Ketika kejadian hujan lebat dan keadaan permukaan jalan licin," katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jul 12 2024

Keadaan Proton Wira yang remuk teruk akibat berlanggar dengan 4WD Nissan Navara dalam kejadian di Jalan Mengabang Lekor Batu Rakit, Kuala Nerus, malam tadi. - Foto ihsan PDRM
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Wanita hamil nyaris maut, pacuan empat roda dihempap kayu balak
Seorang wanita sarat hamil cedera selepas pacuan empat roda yang dinaikinya bersama suami dihempap kayu balak dalam kejadian di Sungai Udin, Jalan Merotai-Kalabakan, pada Rabu.

Suami isteri maut, tak sempat elak kereta hilang kawalan
Dalam kejadian petang Rabu itu, pasangan berkenaan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

Fahami budaya pemanduan, peraturan jalan raya Thailand untuk elak kemalangan
Rakyat Malaysia yang berhasrat untuk berkunjung ke Thailand, khususnya dengan memandu kenderaan dinasihatkan memahami budaya pemanduan dan peraturan jalan raya negara itu.

CAP minta Kementerian Pengangkutan ambil langkah lebih ketat kurangkan kemalangan
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berharap Kementerian Pengangkutan dapat mengambil langkah keselamatan lebih cekap dan ketat bagi mengurangkan kemalangan jalan raya di seluruh negara.

Lapan mahasiswa Malaysia Universiti Al-Azhar terlibat nahas jalan raya
Tiga mahasiswa, Muhammad Zafri Abdul Rasyid, Muhammad Sulhi Nazri, dan Muhammad Rais Zafran Muhammad Shuhaimi, ditempatkan di wad untuk pemerhatian lanjut.

Dua beranak terkorban dalam nahas jalan raya di Jalan Kuala Krai-Gua Musang
Tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai ke lokasi kejadian, sejauh 40 kilometer dari balai.

'Kami akan jaga adik tiri sampai bila-bila'
Kemalangan melibatkan tiga kenderaan itu meragut tiga nyawa termasuk pasangan suami isteri, Marzlan Abu Hassan dan Noriza Saad.

Nahas ngeri Ayer Keroh: Ini apa anda perlu tahu
Nahas kemalangan jalan raya yang mengorbankan 5 sekeluarga serta dua yang lain di Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara Ayer Keroh pada Isnin, menggemparkan di saat negara memasuki perayaan Krismas.