KUALA TERENGGANU: Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) memutuskan untuk mengekalkan kenaikan kadar sewa Pasar Payang 1 seperti mana yang ditetapkan sebelum ini.
Datuk Bandar Kuala Terengganu Datuk Rosli Latif berkata harga sewa di pusat perniagaan baharu yang dibangunkan oleh kerajaan pusat dengan kos lebih RM70 juta itu akan berkuat kuasa 1 Ogos depan.
Beliau berkata sehingga minggu lepas sebanyak 90 peratus daripada 110 peniaga yang menerima tawaran berniaga di Pasar Payang 1 telah membayar deposit dan menerima kunci masing-masing.
"Kita memutuskan untuk mengekalkan kadar sewa baharu terhadap peniaga sebagaimana dimaklumkan menerusi surat tawaran yang diedarkan kepada mereka sebelum ini.
"Keputusan ini hasil mesyuarat MBKT yang dijalankan baru-baru ini," katanya ketika ditemui selepas program Eksplorasi Gelombang Kasih Sejagat di Pantai Pandak, Chendering, di sini pada Jumaat.
Selain itu, Rosli berkata operasi Pasar Payang 1 yang dijadualkan pada 1 Julai lepas terpaksa ditangguh ke 1 Ogos kerana proses ubah suai dan penambahbaikan lot kedai oleh peniaga masih berjalan.
Beliau berkata pihaknya juga masih melaksanakan kerja ubah suai bagi lot kedai jualan sutera dan batik di tingkat satu memandangkan jumlah lot yang tidak mencukupi.
"Untuk lot sutera dan batik, proses ubah suai terpaksa dilakukan bagi menambah lot kedai yang tidak cukup untuk menampung jumlah peniaga. Proses ini dijangka mengambil masa sehingga akhir tahun ini untuk siap," katanya.
Bulan lepas kira-kira 400 peniaga Pasar Payang 1 merayu supaya MBKT mengkaji semula kadar sewa yang didakwa meningkat mendadak antara 300 hingga 500 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 05 2024

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) memutuskan untuk mengekalkan kenaikan kadar sewa Pasar Payang 1 seperti mana yang ditetapkan sebelum ini. - Foto fail/BERNAMA

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu
Dalam kejadian pada 8.25 malam itu, Nur Damia Umairah Amir Aswadi, 18, dari Kampung Beladau Kolam Manir, maut di lokasi kejadian.

Polis pantau empat lokasi susulan ombak besar, angin kencang
Lokasi berkenaan adalah Pantai Tanjung, Pantai Mengabang Telipot dan Pantai Seberang Takir di Kuala Nerus serta Pantai Batu Buruk di Kuala Terengganu.

Syarikat keselamatan, empat pengarah didakwa gagal bayar cukai perkhidmatan
Sebuah syarikat keselamatan dan empat pengarah didakwa atas tujuh pertuduhan gagal melunaskan bayaran cukai perkhidmatan berjumlah RM186,909.08.

Bangkai penyu agar ditemukan terdampar di Pantai Seberang Takir
Bangkai penyu yang hampir reput itu dijumpai seorang peserta Program Pembersihan Pantai Monsun Terengganu 2024 pada 8.30 pagi.

Khalwat berulang: Hukuman sebat depan khalayak dilaksana 27 Dis
Hukuman sebatan syariah luar penjara terhadap seorang tukang rumah yang melakukan kesalahan khalwat berulang dilaksana pada 27 Disember ini.

PM Anwar tiba di Kuala Terengganu tinjau keadaan, lawat mangsa banjir
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kuala Terengganu pagi ini bagi meninjau sendiri situasi bencana banjir di negeri itu yang semakin buruk selain meyantuni mangsa.

Kehadiran paus petunjuk ekosistem marin Malaysia sihat - Penyelidik
Paus itu berdepan beberapa risiko ancaman dari aspek persekitaran lautan Malaysia iaitu berkemungkinan 'tersangkut' di kawasan cetek.

Reman suami isteri edar dadah disambung enam hari
Tempoh reman pasangan suami isteri bagi membantu siasatan kegiatan pengedaran dadah disambung enam hari lagi, bermula hari ini.

Pengurus syarikat rugi lebih RM200,000 ditipu dalam urusan jual beli balak
ACP Azli berkata kejadian bermula pada 21 Ogos 2022 apabila mangsa ditawarkan suspek membeli kayu balak dengan harga RM450,000.

Pembinaan semula menara jam di Pasar Kedai Payang 1, bangkit nostalgia kemerdekaan
Ramai tidak tahu lokasi Pasar Kedai Payang 1 itu pernah menempatkan monumen penting bagi memperingati kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957.