Pihak polis telah menahan seorang individu setelah menerima aduan oleh seorang peguam yang mendakwa pihaknya menerima ugutan di Facebook berhubung kenyataannya terhadap penceramah bebas, Dr Zakir Naik.
Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Roslan Bek Ahmad dalam satu kenyataannya pada Sabtu berkata, seorang lelaki berusia 28 tahun telah ditahan di sebuah Pangsapuri Bandar Sri Damansara.
“Laporan telah dibuat peguam tersebut pada 15 Ogos selepas menerima ugutan berkaitan kenyataannya di dalam Facebook berhubung isu penceramah antarabangsa, Dr. Zakir Naik.
“Suspek ditahan reman selama empat hari sehingga 20 Ogos dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Terdahulu peguam berkenaan dikatakan menerima ugutan menerusi laman sosial Facebook miliknya sebaik sahaja mencadangkan status penduduk tetap (PR) terhadap penceramah bebas, Dr Zakir Naik dibatalkan.
Difahamkan, Dr Zakir Naik menerusi ceramahnya telah membuat satu kenyataan berunsur perkauman yang mampu menimbulkan isu ketegangan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia.
Dalam kenyataan sama, Roslan turut mengingatkan orang ramai agar tidak mengeluarkan serta membuat sebarang kenyataan sensitif di laman sosial yang mampu menggugat keharmonian negara.
Hilmi Malik
Sat Aug 17 2019
Ugut peguam di Facebook, pengawal keselematan direman empat hari.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 14 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Orde baharu dunia sedang dibentuk - Presiden Azerbaijan
Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev berkata orde baharu dunia sedang dibentuk dan dunia kini berada pada permulaan proses itu.
Pengurus syarikat rugi lebih RM1.6 juta akibat pelaburan kripto tidak wujud
Seorang pengurus syarikat swasta di Ampang Jaya mengalami kerugian lebih RM1.6 juta selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan mata wang tidak wujud yang diiklankan di laman sosial Facebook.
Lori terbakar bergerak sendiri disyaki akibat masalah enjin
Pemandu mengesan asap keluar dari bahagian enjin dan cuba memberhentikan kenderaan di tepi jalan, namun gagal apabila api semakin marak.
10 Berita Pilihan - (14 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 15 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PM Anwar akan segera kemuka Kertas Kabinet, aplikasi teknologi AI dalam perkhidmatan kerajaan
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan hasrat untuk segera mengaplikasikan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan blok rantai dalam sistem perkhidmatan kerajaan.
Kaji akses polis kepada data telefon bimbit dalam undang-undang sedia ada - Lee
Beberapa undang-undang, disaran supaya disemak semula bagi menyediakan garis panduan yang jelas dan khusus terhadap akses polis kepada data telefon bimbit.
ATF: Kukuh pelancongan serantau, jadikan ASEAN destinasi pilihan global
ATF 2025 bertujuan meningkatkan kehadiran pelancong ke ASEAN dengan memupuk rangkaian, perkongsian pengetahuan, dan mempromosikan produk pelancongan serantau.
Ramasamy sudah bayar Zakir Naik RM1.52 juta
Pada 2 November lalu, mahkamah memerintahkan Ramasamy membayar jumlah itu kepada Zakir dalam masa 30 hari.
Kes saman Dr Zakir Naik terhadap Kulasegaran selesai secara baik
Kes saman fitnah yang difailkan pendakwah bebas Dr Zakir Naik terhadap Ahli Parlimen Ipoh Barat M. Kulasegaran selesai secara baik tanpa perbicaraan di Mahkamah Tinggi.
Dakwaan TOI tidak tepat dan disalah tafsir - Aktivis Rohingya
Keadaan etnik itu di negara ini sudah cukup menjelaskan bagaimana mereka bersusah payah meneruskan kelangsungan hidup.
Dakwaan The Times of India perlu diambil serius - Pakar antikeganasan
Dakwaan itu perlu dilihat secara mendalam terutamanya menerusi kerjasama perkongsian maklumat di antara kedua-dua negara.
Yadim terima kunjungan Dr Zakir Naik
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) hari ini menerima kunjungan penceramah antarabangsa Dr Zakir Naik di ibu pejabat Yadim di Presint 3 di sini.
Henti ambil kesempatan berkaitan Zakir Naik untuk dijadikan isu politik - Mujahid
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menggesa pihak-pihak tertentu supaya berhenti mempolitikkan dan mengambil kesempatan atas isu pendakwah bebas, Dr Zakir Naik.
Dr Zakir Naik dilarang berceramah di seluruh negara
Zakir kini sedang disiasat polis di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu sengaja mengaibkan dengan niat membangkitkan pecah keamanan.
Caprice tampil mohon maaf kepada NGO, rakyat Kelantan atas posting sinis
Caprice mohon maaf kepada rakyat Kelantan atas posting sinis dalam Instagram
Ugut peguam di Facebook, pengawal keselamatan direman empat hari
Laporan telah dibuat peguam tersebut pada 15 Ogos selepas menerima ugutan berkaitan kenyataannya di Facebook berhubung isu Dr. Zakir Naik.
Zakir Naik, Pengerusi Dong Zong, Yew Yin akan dipanggil polis
Tiga kes berkenaan sedang disiasat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM)