KUALA LUMPUR: Pihak Dr Zakir Naik memberitahu Mahkamah Tinggi, di sini pada Jumaat bahawa bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy telah membayar RM1.52 juta ganti rugi kerana memfitnah penceramah dari India itu, empat tahun lalu.
Semasa prosiding di hadapan Hakim, Hayatul Akmar Abdul Aziz, peguam, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Zakir berkata, wang berkenaan telah dimasukkan ke akaun peguam cara pada 17 November.
Pada 2 November lalu, mahkamah memerintahkan Ramasamy membayar jumlah itu kepada Zakir dalam masa 30 hari.
Mahkamah memutuskan demikian selepas mendapati Zakir selaku plaintif berjaya memenuhi tiga elemen fitnah yang dilemparkan bekas pemimpin DAP itu.
Ramasamy selaku defendan perlu membayar ganti rugi am sebanyak RM200,000 untuk setiap penyata fitnah (jumlah RM1 juta), ganti rugi teladan RM50,000 setiap satu penyata (RM250,000), ganti rugi teruk RM20,000 setiap penyata (RM100,000) dengan kos sebanyak RM70,000.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan Ramasamy untuk menangguhkan permohonan maaf kepada Zakir dan menetapkan pada Jumaat untuk prosiding pendengaran berhubung isu terbabit.
Susulan itu, Ramasamy memulakan kempen pendanaan awam atau ‘crowdfunding’ bagi mengumpulkan wang terbabit.
Pada 9 November lalu, ahli politik itu menyampaikan ucapan penghargaan menerusi laman Facebook setelah wang berkenaan berjaya dikumpulkan.
Beliau berterima kasih kepada orang ramai yang memberi sokongan padu terhadap dirinya dengan menyertakan tanda pagar, #SolidarityWithProfRama.
Dalam pada itu, semasa prosiding, peguam, Razlan Hadri yang mewakili Ramasamy berkata, anak guamnya telah menarik balik penangguhan permohonan maaf.
Beliau turut mengesahkan penarikan itu dibuat selepas persetujuan dicapai bagi pihak plaintif dan defendan.
“Kedua-dua pihak juga bersetuju bahawa penarikan balik itu dibuat tanpa perintah berhubung kos,” katanya.
Pada Oktober dan Disember 2019, Zakir memfailkan dua saman berasingan mendakwa Ramasamy mengeluarkan lima kenyataan memfitnahnya.
Dalam pernyataan tuntutan, penceramah kontroversi itu mendakwa Ramasamy memfitnahnya pada 10 April 2016, dengan memanggilnya 'syaitan' dalam laman Facebook.
Zakir yang bertaraf Penduduk Tetap berkata, Ramasamy memfitnahnya dalam satu lagi kenyataan disiarkan portal berita pada 1 Oktober 2017, dengan mendakwa Malaysia melindungi sebagaimana yang didakwanya pelarian dari India.
Beliau juga mendakwa pada 11 Ogos 2019, Ramasamy memanipulasi ucapan dibuatnya pada satu majlis anjuran Kerajaan Kelantan, diterbitkan portal berita, pada hari sama.
Pada 20 Ogos 2019, Ramasamy sekali lagi dikatakan memfitnah Zakir dalam kenyataan mengandungi kebencian.
Saman kedua Zakir dibuat kerana mendakwa Ramasamy memfitnahnya apabila mengulas berhubung kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) yang disiarkan portal berita pada 8 November 2019. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Dec 01 2023

Pada 2 November lalu, mahkamah memerintahkan Ramasamy membayar jumlah itu kepada Zakir dalam masa 30 hari. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Warga emas pamer gambar Agong pada PRK Kuala Kubu Baharu didakwa semula
Seorang warga emas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mempamerkan gambar Yang di-Pertuan Agong pada kempen PRK Kuala Kubu Baharu.

Tidak adil untuk gesa Hannah Yeoh letak jawatan - Nie Ching
Teo Nie Ching mempersoalkan tindakan Ramasamy yang tidak melakukan gesaan sama apabila bekas Setiausaha Agung yang kini Pengerusi DAP, Lim Guan Eng didakwa di mahkamah.

Mahkamah Tinggi tolak pengakuan salah warga emas pamer gambar Agong pada PRK Kuala Kubu Baharu
Mahkamah Tinggi menolak pengakuan bersalah seorang warga emas atas pertuduhan mempamerkan gambar Yang di-Pertuan Agong pada PRK Kuala Kubu Baharu.

Individu pamer gambar Agong pada kempen PRK KKB dipenjara sebulan, denda RM3,000
Majistret menjatuhkan hukuman itu ke atas P. Ramasamy, 66, selepas lelaki itu mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Ramasamy sudah bayar Zakir Naik RM1.52 juta
Pada 2 November lalu, mahkamah memerintahkan Ramasamy membayar jumlah itu kepada Zakir dalam masa 30 hari.

Ramasamy kalah saman, bayar lebih RM1 juta kepada Dr Zakir Naik
Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis, memerintahkan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy membayar lebih RM1.52 juta kepada penceramah dari India, Dr Zakir Naik, dalam masa 30 hari.

Jagdeep dilantik Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang
Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo dilantik sebagai Timbalan Pengerusi DAP negeri menggantikan P. Ramasamy yang keluar parti pada Ogos lepas.

Gambar Hamzah bersama Ramasamy cetus pelbagai reaksi warganet
Tindakan Hamzah memuat naik gambar bersama bekas Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, P Ramasamy menarik perhatian warganet.

PRN: 'Ramasamy keluar parti tak jejas pengundian esok' - Sivakumar
Tindakan Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, P Ramasamy keluar daripada DAP dan melepaskan semua jawatan dalam parti itu tidak menjejaskan pengundian pada pilihan raya negeri (PRN) pada Sabtu.

Anwar harap Ramasamy terus main peranan bantu kerajaan laksana pendekatan Madani
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau percaya tindakan terbaharu bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang itu berkaitan masalah dalaman parti.