KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis, memerintahkan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy membayar RM1.52 juta kepada penceramah dari India, Dr Zakir Naik, dalam masa 30 hari.
Hakim, Hayatul Akmal Abdul Aziz memutuskan demikian selepas mendapati Dr Zakir selaku plaintif berjaya memenuhi tiga elemen fitnah yang dilemparkan bekas pemimpin DAP itu, empat tahun lalu.
Menurut hakim, Ramasamy selaku defendan perlu membayar ganti rugi am sebanyak RM200,000 untuk setiap penyata fitnah (jumlah RM1 juta), ganti rugi teladan RM50,000 setiap satu penyata (RM250,000), ganti rugi teruk RM20,000 setiap penyata (RM100,000) dengan kos sebanyak RM70,000.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan Ramasamy untuk menangguhkan permohonan maaf kepada Dr Zakir dan menetapkan tarikh 1 Disember depan untuk prosiding pendengaran berhubung isu terbabit.
Semasa membaca keputusan penghakiman, Hayatul Akmal berkata, mahkamah mendapati Ramasamy gagal membuktikan kewajaran penerbitan kenyataannya terhadap Dr Zakir.
Menurutnya, kenyataan berbaur dendam dengan niat jahat ini berlaku lebih tiga tahun, iaitu bermula 10 April 2016 hingga 8 November 2019.
“Hujahan pembelaan Ramasamy tidak boleh dipertahankan kerana tiada bukti kukuh untuk mewajarkan kenyataan fitnah itu.
“Mahkamah mendapati plaintif berjaya memenuhi elemen sama ada pernyataan yang disangkal bersifat fitnah, merujuk kepadanya dan diterbitkan kepada pihak ketiga,” katanya.
Sementara itu, peguam, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Dr Zakir memberitahu mahkamah, anak guamnya tidak dapat hadir kerana berada di Nigeria untuk majlis ceramah sehingga 5 November.
Justeru itu katanya, Dr Zakir menghadiri prosiding ini secara dalam talian menerusi aplikasi Zoom.
Selain Akberdin, Dr Zakir turut diwakili peguam, Datuk Sulaiman Abdullah, Mohd Rafie Mohd Shafie, Mohd Reza Mohd Rafie dan Puteri Ummi Kartini Abd Latiff.
Sementara Ramasamy yang memakai kot hitam hadir dengan diwakili peguam, Datuk Murali Navaratnam, Razlan Hadri, Navpreet Singh dan Felix Lim.
Ketika ditemui di luar mahkamah, Ramasamy berkata, pihak peguam akan membuat rayuan berhubung keputusan berkenaan.
“Saya tidak gembira, fakta merujuk kepada satu perkara sahaja, namun sama ada kenyataan itu fitnah atau tidak, merupakan suatu isu lain.
“Mahkamah memutuskan bahawa lima kenyataan saya ialah memfitnah, mungkin saya tidak bersetuju dengan perkara itu," katanya.
Pada Oktober dan Disember 2019, Dr Zakir memfailkan dua saman berasingan mendakwa Ramasamy mengeluarkan lima kenyataan memfitnahnya.
Dalam pernyataan tuntutan, beliau mendakwa Ramasamy memfitnahnya pada 10 April 2016, dengan memanggilnya 'syaitan' dalam laman Facebook.
Zakir yang bertaraf Penduduk Tetap berkata, Ramasamy memfitnahnya dalam satu lagi kenyataan disiarkan portal berita pada 1 Oktober 2017, dengan mendakwa Malaysia melindungi sebagaimana yang didakwanya pelarian dari India.
Beliau juga mendakwa pada 11 Ogos 2019, Ramasamy memanipulasi ucapan dibuatnya pada satu majlis anjuran kerajaan Kelantan, diterbitkan portal berita pada hari sama.
Pada 20 Ogos 2019, Ramasamy sekali lagi dikatakan memfitnah Dr Zakir dalam kenyataan mengandungi kebencian.
Saman kedua Dr Zakir dibuat kerana mendakwa Ramasamy memfitnahnya apabila mengulas berhubung kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) yang disiarkan portal berita pada 8 November 2019. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Nov 02 2023
Pada Oktober dan Disember 2019, Zakir memfailkan dua saman berasingan mendakwa Ramasamy mengeluarkan lima kenyataan memfitnahnya. - Gambar fail
AS dilanda ribut salji luar biasa
Dua kes kematian berpunca selesema di Texas manakala dua lagi kematian akibat hipotermia di Georgia dan Milwaukee.
31 koperasi Wilayah Persekutuan dalam senarai 100 terbaik negara pada 2024 - Dr Zaliha
Beliau berkata kejayaan menunjukkan potensi besar koperasi sebagai pemacu pembangunan ekonomi komuniti setempat.
Projek LRA Sungai Limau dalam proses penamatan kontraktor - Sanusi
Sanusi berkata setiap projek kerajaan mempunyai prosedur operasi standard serta peraturan yang perlu dipatuhi menurut lunas undang-undang.
Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN beri harapan untuk tangani krisis Myanmar - Utusan PBB
Bishop menekankan peranan penting ASEAN dalam menangani krisis itu, dengan menggariskan pendirian berkecualinya dalam isu dalaman.
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Warga emas pamer gambar Agong pada PRK Kuala Kubu Baharu didakwa semula
Seorang warga emas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mempamerkan gambar Yang di-Pertuan Agong pada kempen PRK Kuala Kubu Baharu.
Tidak adil untuk gesa Hannah Yeoh letak jawatan - Nie Ching
Teo Nie Ching mempersoalkan tindakan Ramasamy yang tidak melakukan gesaan sama apabila bekas Setiausaha Agung yang kini Pengerusi DAP, Lim Guan Eng didakwa di mahkamah.
Mahkamah Tinggi tolak pengakuan salah warga emas pamer gambar Agong pada PRK Kuala Kubu Baharu
Mahkamah Tinggi menolak pengakuan bersalah seorang warga emas atas pertuduhan mempamerkan gambar Yang di-Pertuan Agong pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Individu pamer gambar Agong pada kempen PRK KKB dipenjara sebulan, denda RM3,000
Majistret menjatuhkan hukuman itu ke atas P. Ramasamy, 66, selepas lelaki itu mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan.
Ramasamy sudah bayar Zakir Naik RM1.52 juta
Pada 2 November lalu, mahkamah memerintahkan Ramasamy membayar jumlah itu kepada Zakir dalam masa 30 hari.
Ramasamy kalah saman, bayar lebih RM1 juta kepada Dr Zakir Naik
Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis, memerintahkan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy membayar lebih RM1.52 juta kepada penceramah dari India, Dr Zakir Naik, dalam masa 30 hari.
Jagdeep dilantik Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang
Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo dilantik sebagai Timbalan Pengerusi DAP negeri menggantikan P. Ramasamy yang keluar parti pada Ogos lepas.
Gambar Hamzah bersama Ramasamy cetus pelbagai reaksi warganet
Tindakan Hamzah memuat naik gambar bersama bekas Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, P Ramasamy menarik perhatian warganet.
PRN: 'Ramasamy keluar parti tak jejas pengundian esok' - Sivakumar
Tindakan Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, P Ramasamy keluar daripada DAP dan melepaskan semua jawatan dalam parti itu tidak menjejaskan pengundian pada pilihan raya negeri (PRN) pada Sabtu.
Anwar harap Ramasamy terus main peranan bantu kerajaan laksana pendekatan Madani
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau percaya tindakan terbaharu bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang itu berkaitan masalah dalaman parti.