KUALA LUMPUR:Selepas disaman RM3 juta oleh sebuah syarikat perkhidmatan mengubah suai rumah atas dakwaan memfitnah, personaliti televisyen Awal Ashaari pula memfailkan tuntutan balas menuntut ganti rugi RM750,000 daripada syarikat itu berhubung kegagalan melaksanakan kerja-kerja pengubahsuaian di kediamannya.
Awal, atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari, 39, yang memfailkan tuntutan itu terhadap Naz Empire Sdn Bhd menerusi Tetuan Azlan Razak & Associates pada 30 Dis lepas, menuntut semula wang pendahuluan RM100,000 dan kos baik pulih sebanyak RM650,000 serta faedah selain kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Tuntutan itu mendakwa pelakon tersebut telah menyatakan hasrat kepada Naz Empire untuk menarik balik tawaran bagi melakukan kerja-kerja pengubahsuaian rumah di Sunway Damansara tetapi menerima tawaran bagi kerja-kerja pengubahsuaian di kediamannya yang lain di Sri Hartamas di sini.
"Naz Empire bersetuju untuk menaja kos kerja-kerja perkayuan bagi bilik tidur utama rumah Sri Hartamas dan turut menawarkan untuk menaja sebahagian daripada kos kerja-kerja pengubahsuaian dapur di rumah terbabit dan sebagai balasan, Naz Empire mencadangkan kepada saya untuk mengiklankan serta mempromosikan syarikatnya di media sosial setelah kesemua kerja tersebut disempurnakan," menurutnya dalam tuntutan itu.
Awal berkata pada 25 Julai 2019, kedua-dua pihak telah memeterai kontrak yang menyaksikan pelakon itu melantik Naz Empire sebagai kontraktor bagi kerja-kerja pengubahsuaian dapur kering, ruang keluarga, ruang tamu, dapur basah, ruang solek, serambi dan dapur tambahan serta kerja-kerja pengubahsuaian yang ditaja membabitkan empat bilik tidur rumah di Sri Hartamas yang perlu diselesaikan pada 8 Feb 2020.
Pada 21 Okt 2019, Awal mendapati kerja-kerja pengubahsuaian dapur adalah tidak seperti yang dipersetujui dan Naz Empire juga gagal hadir pada temu janji ditetapkan bagi membincangkan mengenai perkara itu hingga beliau menghantar satu mesej kepada syarikat terbabit supaya menghentikan kerja-kerja tersebut selepas tidak memberi kerjasama dalam menangani masalah berkenaan.
"Saya akhirnya memberi Naz Empire dua pilihan sama ada menyiapkan kerja-kerja itu tanpa menerima pembayaran tambahan atau syarikat itu menghentikan kerja-kerja tersebut dan memulangkan wang pendahuluan RM80,000 daripada RM100,000 yang telah diberikan kepada Naz Empire.
"Naz Empire kemudian bersetuju untuk menghentikan kerja-kerja tersebut dan terus menyiapkan kerja-kerja yang ditaja. Namun Naz Empire masih gagal memberikan lakaran reka bentuk berserta ukuran dan pelan lantai selepas diminta sebaliknya hanya menunjukkan lakaran itu melalui paparan skrin komputer milik syarikat berkenaan," katanya.
Dakwa Awal, beliau sekali lagi meminta syarikat itu memulangkan RM80,000 daripada pendahuluan yang telah dibayar sebagai kos ganti rugi untuk melantik kontraktor baharu bagi menyempurnakan kerja-kerja itu namun Naz Empire sering mengelak menjawab panggilan atau membalas pesanannya dan pembantu menerusi aplikasi WhatsApp.
Sementara itu, peguam Azlan Abdul Razak yang mewakili Awal ketika dihubungi berkata mahkamah menetapkan 27 Jan untuk pengurusan kes.
Pada 13 Nov tahun lepas, Naz Empire telah memfailkan saman terhadap Awal dan dua lagi individu yang merupakan rakan kongsi perniagaan atas nama SomethingBorrowed By Nawal Enterprise iaitu Nawal Yasmin Mat Noh serta Muhammad Hilmi Zulkifli kerana didakwa memfitnah syarikat itu berhubung kerja-kerja pengubahsuaian di kediaman selebriti tersebut.
Bernama
Fri Jan 22 2021

Awal yang memfailkan tuntutan itu terhadap Naz Empire Sdn Bhd, menuntut semula wang pendahuluan RM100,000 dan kos baik pulih sebanyak RM650,000 serta faedah selain kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. - fotoBERNAMA
Kuih tradisional nekbat jadi pilihan ketika berbuka puasa
Kuih tradisional nekbat sentiasa dinanti dan menjadi pilihan ramai, khususnya pada bulan Ramadan.

Jumlah kes HFMD di Terengganu meningkat
Terengganu merekodkan 533 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dalam tempoh 1 Jan hingga 8 Mac lepas.
Usaha berterusan mampu penuhi keperluan 60,000 jurutera
Malaysia berkemampuan melahirkan graduan untuk memenuhi keperluan 60,000 jurutera mahir.
Dua rakan bebas hukuman gantung sampai mati
Pesuruhjaya Kehakiman, Kan Weng Hin menyatakan dalam penghakiman pihak pendakwaan gagal membuktikan hubungan antara bot menyimpan dadah dengan kedua-dua tertuduh dan bot itu boleh juga diakses orang lain.

Dua rakan terlepas hukuman mati, dibebaskan tuduhan edar dadah
Dua lelaki yang berdepan pertuduhan mengedar lebih 32.15 kilogram dadah lima tahun lepas, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi.

Krisis kebuluran di kem Zamzam, Sudan semakin meruncing
Keluarga yang kelaparan di sebuah kem yang dilanda kebuluran di barat Sudan terpaksa memakan makanan ternakan, menurut petugas kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis.

'Syukur Alhamdulillah' - Faisal Halim teruja kembali sarung jersi kebangsaan
Penyerang Harimau Malaya, Faisal Halim, mendedahkan kegembiraan apabila namanya kembali tersenarai dalam skuad kebangsaan menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Nepal.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu Mahkamah Tinggi dia tidak nampak mangsa dibelasah beramai-ramai.

'Zarul Solo' samun kedai emas ditahan
Polis menahan seorang penganggur digelar 'Zarul Solo' yang dipercayai terbabit dalam kes samun barang kemas melibatkan kerugian RM12,000 di sebuah kedai emas di Taman Paya Rumput Utama, Melaka.

Bapa didakwa tampar pipi, cederakan jari anak 4 tahun guna pisau
Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menampar pipi anak berusia empat tahun dan mencederakan ibu jari tangannya menggunakan pisau.

Walaupun pedih, kritikan bantu tingkatkan karya
Mengurus kritikan dengan baik agar tidak 'cepat koyak' menjadi cabaran paling besar mereka yang terlibat dalam dunia hiburan hari ini terutama berhadapan komen negatif netizen di media sosial.

Kes pengacara Awal Ashaari rosakkan palang digugur
Mahkamah menggugurkan pertuduhan terhadap pengacara, Awal Ashaari berhubung kes lakukan khianat dengan merosakkan palang pagar pondok pengawal.

"Siapa yang tak pernah bergaduh" - Scha dan Awal dedah turut hadapi ujian perkahwinan
Pelakon Scha Al-Yahya mendedahkan dia dan Awal Ashaari juga pasangan suami isteri yang tidak terlepas dari ujian berumah tangga.

'Saya bukan Iron Man' - Awal Ashaari nafi khianat, langgar palang rumah
Awal Ashaari menafikan dirinya melakukan khianat iaitu melanggar palang pagar milik pengurusan sebuah perumahan di Damansara dengan sebarang kenderaan sehingga rosak.

Proses mediasi jumlah ganti rugi kes saman Awal, Scha-D'Haja pada 17 Jan 2022
Pada 8 Sept 2020, Mahkamah Tinggi mencadangkan supaya pihak yang terlibat berbincang untuk menyelesaikan jumlah ganti rugi secara baik menerusi mediasi tanpa melalui proses rayuan.

Naz Carpentry terbuka selesai saman terhadap Awal Ashaari secara mediasi
Proses rundingan secara mediasi itu dapat memberikan penyelesaian secara 'menang-menang' bagi kedua-dua pihak.

Mahkamah cadang saman Naz Empire terhadap Awal Ashaari selesai secara mediasi
Hakim mencadangkan kes saman itu dirujuk ke Pusat Mediasi Mahkamah Tinggi dan sekiranya kedua-dua pihak gagal mencapai penyelesaian, kes akan diteruskan dengan perbicaraan.

Lyla Amina nama anak kedua Awal Ashaari, Scha Alyahya
Perkongsian itu dibuat Awal dan Scha sempena genap sebulan usia anak mereka yang dilahirkan pada 12 Februari lalu.

Awal Ashaari disaman lagi RM300,000 oleh Naz Carpentry
Saman sivil yang difailkan minggu lepas adalah saman kedua terhadap defendan Awal Ashaari daripada Naz Carpentry.

Naz Carpentry fail permohonan ketepikan pembelaan terhadap Awal Ashaari
Pihak plaintif bertindak sedemikian setelah Awal Ashaari menuntut ganti rugi dari syarikat tersebut kerana didakwa gagal menjalankan kerja pengubahsuaian di kediamannya.