Kejadian ngeri kerangka besi menghempap sebuah kereta di Subang Jaya hari ini mendapat banyak rekasi dari pengguna laman sosial Twitter.

Menurut laporan Bernama, seorang pekerja restoran maut manakala majikannya cedera parah apabila kereta yang dinaiki mereka dihempap kerangka besi di Jalan Lapangan Terbang Subang petang tadi.

Ketua Trafik Petaling Jaya, DSP Wong Siw Choon berkata dalam kejadian pada 4.20 petang itu, lelaki berusia 24 tahun itu mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.



Rata-rata pengguna melahirkan rasa simpati terhadap mangsa kejadian.









Kemalangan yang meragut satu nyawa itu turut menyebabkan laluan trafik di sekitar Lebuhraya Persekutuan mengalami kesesakan teruk.