Niat tiga lelaki termasuk seorang warga Indonesia yang mahu membantu seorang wanita hamil dihempap struktur tangga runtuh bertukar tragedi apabila ketiga-tiga mereka maut akibat terkena renjatan elektrik.
Kejadian berlaku di sebuah rumah dua tingkat di Kampung Matang Pagar, Sungai Buloh, tengah hari Ahad.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.57 tengah hari dan tiba di lokasi 10 minit kemudian.
"Berdasarkan laporan, struktur tangga separa siap rumah itu tiba-tiba telah runtuh dan menghempap mangsa wanita, Wan Hasheliza Wan Ibrahim, 29, yang ketika itu kebetulan berada di situ.
"Kejadian itu menyebabkan Mohd Radezi Abdul Aziz, 34, Shahril Apipie Mokhtar, 29, dan Bambang Sulistio cuba membantu mangsa namun tidak menyedari terdapat arus elektrik di kawasan runtuhan," katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.
Mengulas lanjut, PGO Bomba Selangor berkata, tiga mangsa yang cuba membantu itu maut di tempat kejadian akibat terkena renjatan elektrik, manakala Wan Haseliza terkorban akibat dihempap runtuhan berkenaan.
"Kesemua mangsa terlibat telah berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan," jelas kenyataan itu.
Afiezy Azaman
Sun Jul 21 2019
Dua anggota bomba dan penyelamat memeriksa struktur bangunan yang runtuh sebelum mengeluarkan mangsa di lokasi kejadian. - JBPM
PTPTN lancar kempen LESTARIPendidikan, komitmen kelestarian dana pendidikan negara
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melancarkan kempen LESTARIPendidikan bagi memastikan pendidikan tinggi di Malaysia kekal inklusif, mampan dan relevan untuk generasi akan datang.
Semua peraturan perang dilanggar di Gaza - UNRWA
Gaza mengalami genosid berterusan oleh Israel selama lebih 14 bulan.
Jurulatih baharu: Kami beri cadangan namun terserah pada BAM - Aaron
Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengakui sudah mengemukakan beberapa calon ketua jurulatih beregu lelaki baharu kepada BAM bagi menggantikan Tan Bin Shen.
AWANI Ringkas: Baiki tebing Sungai Kelantan bermula hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
GV: 'Niat kami bukan untuk memalukan' - Syafinaz Selamat jelaskan tugas juri menilai, beri input
Menurut Syafinaz, komen-komen diberikan itu adalah untuk memperbaiki mutu persembahan setiap bintang yang bertanding selain memberikan input berguna kepada mereka.
Lawatan keluarga penghuni penjara sempena Krismas pada 27 dan 28 Dis
Keluarga penghuni penjara dibenarkan membuat lawatan pada 27 dan 28 Dis ini sempena Krismas bagi semua institusi penjara.
CEO bakal berundur, Bursa Malaysia akui mulakan pelan penggantian
Dalam maklumannya hari ini, bursa berkata "telah melaksanakan pelan pembangunan bakat dan penggantian yang mempertimbang calon dalaman dan luar sebagai pemimpin berpotensi bagi syarikat."
Bursa Malaysia bakal umum CEO baharu
Bursa Malaysia Bhd mengesahkan kini dalam proses untuk mencari Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu bagi menggantikan Datuk Muhamad Umar Swift.
RM15.09 bilion projek berkaitan lebuh raya dianugerah kepada kontraktor bumiputera
Nilai projek berkaitan lebuh raya yang dianugerahkan kepada kontraktor bumiputera gred pendaftaran G7 ke G1 setakat suku ketiga 2024 mencapai RM15.09 bilion.
Lelaki maut, tersepit dalam kereta
Seorang lelaki maut, manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan berhampiran Balai Polis Bantuan Gohtong, Hulu Selangor.
Air pasang besar di Klang terkawal, tiada pemindahan penduduk
Fenomena air laut pasang besar di sekitar Klang yang berlaku awal pagi ini dalam keadaan terkawal dengan tiada pemindahan penduduk dilakukan.
29 ular sawa ditangkap dalam longkang restoran di Seksyen 20, Shah Alam
Terdapat 28 anak ular sawa yang dipercayai baru menetas serta seekor induk berada dalam saliran longkang berkenaan.
Nenek, cucu sesat di Bukit Buluh Telur ditemukan selamat
Warga emas berusia 62 tahun itu ditemukan bersama cucunya pada jam 9.30 pagi tadi.
Operasi SAR cari nenek, cucu di Bukit Buluh Telur diteruskan pagi ini
Setakat jam 9 pagi tadi, kedua-dua mangsa masih belum dijumpai.
Ibu, anak maut dihempap lori
Dua beranak maut selepas kereta dinaiki dihempap sebuah lori dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Jalan Banting-Dengkil.
Pekerja melecur, tiga kilang di Batu Caves terbakar
Seorang lelaki melecur dalam kebakaran tiga kilang di kawasan perusahaan Batu Caves di Gombak pada Rabu.
Wanita maut dalam kebakaran tiga rumah
Mayat wanita berusia 49 tahun itu ditemui ditemui jam 10.05 malam, pada Jumaat.
Suami isteri maut perkakasan elektrik terbakar
Kebakaran melibatkan alat perkakasan elektrik di ruangan bawah tangga rumah teres dua tingkat.
Lelaki sesak nafas kereta terbakar
Kereta dinaiki mangsa terbakar berhampiran sebuah pusat beli-belah di SKVE, Presint 12, Putrajaya, tengah malam tadi.
Kebakaran kontena dalam pelayaran ke Pelabuhan Klang berjaya dipadam sepenuhnya
Bomba berjaya memadamkan sepenuhnya kebakaran beberapa kontena di atas sebuah kapal kargo yang sedang dalam perjalanan ke Pelabuhan Klang awal pagi tadi.