KUALA LUMPUR: Pelaksanan program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bermula sebelum Tingkatan Empat masih dalam perbincangan kerana ia melibatkan beberapa implikasi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tanpa memperincikan implikasi berkenaan, beliau berkata TVET yang dilaksanakan mengikut tahap masa kini adalah memadai kerana kapasiti program itu juga terbatas.
"Laporan jawatankuasa Kabinet setuju, peringkat ini (adalah) selepas Tingkatan Tiga. Untuk dia (TVET) ke bawah lagi, memang dalam diskusi kerana ada implikasi lain.
"Tapi kalau mula selepas Tingkatan Tiga, saya ingat permulaan satu ke dua tahun ni cukup dan memadai," katanya pada sesi dialog selepas merasmikan Wacana Strategi Kementerian Pendidikan Tinggi di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hari ini.
Anwar menjawab soalan yang dikemukan seorang peserta yang mencadangkan keperluan program TVET dilaksanakan bermula dari sekolah rendah bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap potensi bidang berkenaan.
Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan timbalannya, Datuk Mustapha Sakmud.
Anwar turut meminta ahli akademik di universiti untuk mengkaji dan menerokai bidang-bidang baharu seiring dengan hasrat kerajaan menarik lebih banyak pelaburan luar.
Langkah itu juga katanya bertepatan untuk memenuhi keperluan industri yang menyaksikan sehingga kini, beberapa syarikat gergasi antarabangsa telah bersetuju untuk meningkatkan pelaburan dalam negara.
Mengenai konsep post normal time, Perdana Menteri berkata setiap perkara yang ingin dilaksanakan seperti proses tender masih memerlukan peraturan tertentu namun dilakukan dalam tempoh masa yang singkat mengikut kesesuaian.
"Saya buat test case untuk Kabinet yang biasanya ambil masa satu tahun setengah berdasarkan pengalaman lama. Saya minta KSU (Ketua Setiausaha Kementerian) bawa kepada menteri dan ke Kabinet, kita lulus dalam masa dua bulan.
"Proses masih dibawa sebab saya tak mahu bertolak ansur soal tender sebab banyak sangat kecurian, rundingan yang merugikan kita berpuluh bilion ringgit setahun.
"... (tetapi) kalau tender proses biasa lapan bulan untuk buat keputusan, kita adakan kaedah dan cara lebih baik, sama ada tender prakelayakan terpilih 10 syarikat yang melepasi syarat tertentu, boleh diluluskan dalam tiga bulan atau maksimum empat bulan," katanya.
Anwar berkata sama seperti yang dilaksanakan oleh jawatankuasa Kabinet selepas setiap kali mesyuarat mingguan berlangsung, satu laporan akan dikemukakan dalam tempoh satu hingga dua minggu sahaja untuk setiap kementerian membuat ulasan masing-masing, berbanding terdahulu tiga hingga enam bulan.
Wacana Strategi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) selama dua hari bermula hari ini bertujuan menyelaraskan semula strategi, merangka hala tuju strategik KPT, mencadangkan program atau inisiatif serta membincangkan isu-isu strategik berkaitan KPT dan cadangan penyelesaian bagi tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 05 2024
Anwar pada sesi dialog selepas merasmikan Wacana Strategi Kementerian Pendidikan Tinggi di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hari ini. Turut hadir, Zambry. -- fotoBERNAMA
Vivy dibawa keluar dari bangunan SPRM, suami masih di dalam
Selepas dua jam memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dilihat meninggalkan bangunan tersebut sekitar jam 4.05 petang.
Pantau Agenda Reformasi: Pasca kemenangan Trump | Navigasi ASEAN dalam era baharu AS
Ann Francke, CEO Chartered Management Institute, membincangkan implikasi pentadbiran Presiden Donald Trump terhadap ASEAN. Francke memberikan pandangan tentang pendekatan strategik yang boleh diambil oleh negara-negara ASEAN untuk menghadapi cabaran dan peluang yang dibawa oleh pentadbiran baharu AS.
ASEAN: Malaysia harap Amerika tingkat penglibatan di Asia Tenggara - Zambry
Sebagai pengerusi ASEAN tahun depan, Malaysia berharap Amerika Syarikat (AS) dapat meningkatkan lagi penglibatannya di Asia Tenggara.
Usaha kurangkan perbezaan kadar faedah beri impak positif untuk ringgit - Gabenor BNM
Langkah pengurangan perbezaan kadar faedah antara Malaysia dan negara-negara maju adalah positif bagi ringgit, di tengah-tengah ketidaktentuan perkembangan geopolitik, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
JS-SEZ dijangka ditandatangani 9 Disember depan - Onn Hafiz
Perjanjian Bersama Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) di antara Malaysia dengan Singapura dijangka ditandatangani pada 9 Disember depan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
AWANI Borneo [7/11/2024] – Percepat transformasi digital | Naik taraf segera kemudahan | Isu Laut China Selatan
Tumpuan AWANI Borneo 7 Nov 2024 bersama Jasmine Abu Bakar
- Kerjasama Huawei-Sarawak tingkatkan liputan internet di kawasan terpencil
- Fasiliti kesihatan daif jejas pengisian pegawai perubatan
- Isu Laut China Selatan: Tidak perlu pertelagahan - PM
#AWANInews
- Kerjasama Huawei-Sarawak tingkatkan liputan internet di kawasan terpencil
- Fasiliti kesihatan daif jejas pengisian pegawai perubatan
- Isu Laut China Selatan: Tidak perlu pertelagahan - PM
#AWANInews
Malaysia dan Singapura bincang percepat penubuhan JS-SEZ, kukuh hubungan dua hala
Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri bagi Iskandar Malaysia (JMCIM) mengadakan mesyuarat khas di sini hari ini
Sabah FC bukan untuk dijual!
Presiden SAFA Datuk Shahelmey Yahya berkata SAFA tidak pernah bertemu dengan individu atau wakil mana-mana pihak yang mendakwa mendapat ‘tawaran’ penjualan saham Sabah FC seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
"Marang satu minit pun tak pernah masuk penjara" - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution menegaskan dari aspek sejarah, Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak pernah dimasukkan ke penjara.
'Antivenom' obor-obor berasal dari Australia perlu dikaji kesesuaian
Felo Perubatan Ekstrim Dan Wilderness, Dr.Muhamad Naim Ab Razak berkata keberkesanan satu-satunya antivenom rawatan sengatan obor-obor yang ada ketika ini berasal dari Australia perlu dikaji terlebih dahulu.
Ia berikutan penemuan spesis antara yang paling berbisa di dunia iaitu obor-obor hub atau chironex yamaguchii di kawasan perairan negara ini.
Ia berikutan penemuan spesis antara yang paling berbisa di dunia iaitu obor-obor hub atau chironex yamaguchii di kawasan perairan negara ini.
Lawatan kerja ke China: Malaysia terima potensi eksport RM3.2 bilion - Tengku Zafrul
Malaysia menerima potensi eksport bernilai RM3.2 bilion susulan pertemuan dengan pelabur China, semalam.
PM Anwar akan undang Presiden China Xi Jinping hadir Sidang Kemuncak ASEAN
Perdana Menteri akan mengundang Presiden China Xi Jinping untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN dan Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) Campur China tahun depan.
Harap ada sesuatu yang baik daripada kemenangan Donald Trump - PM Anwar
Perdana Menteri berharap sesuatu yang baik dapat dicapai daripada kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS).
Keakraban Malaysia-China tak bermaksud sebelahi mana-mana pihak - PM Anwar
Anwar menegaskan Malaysia sentiasa berpegang kepada prinsip pertengahan dan berhubung baik dengan mana-mana negara.
Isu Laut China Selatan: Tidak perlu pertelagahan - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penyelesaian isu Laut China Selatan dengan China tidak perlu melibatkan pertelagahan.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia siap sedia, fokus keterangkuman, perkongsian global - PM
Malaysia bersiap sedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN 2025, dengan memfokuskan keterangkuman dan perkongsian global.
Jadual padat menanti PM Anwar pada hari terakhir lawatan kerja di China
Anwar dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden China, Xi Jinping di The Great Hall of People kira-kira pukul 5.30 petang.
Malaysia, Bank of China, teroka penyelesaian perdagangan mata wang tempatan
Perbincangan Anwar bersama bank tersebut, sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan hubungan ekonomi dua hala dengan China.
A.S. Memilih: Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Trump
Pemimpin-pemimpin dunia termasuk Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Donald Trump.
PM Anwar tiba di Beijing, dijadual jumpa Presiden China esok
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Beijing petang ini untuk meneruskan lawatan kerja ke China yang bermula dari 4 hingga 7 November 2024.