Ringkasan AI
- Harapan untuk Hubungan Positif: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden AS akan membawa kepada hubungan dua hala yang positif, perdagangan yang baik, dan penyelesaian konflik global termasuk di Gaza dan Ukraine.
- Pengiktirafan Hak Palestin: Anwar menekankan pentingnya Amerika mengiktiraf hak rakyat Palestin dan mencari jalan pendamaian untuk menghentikan serangan di Gaza.
- Ucapan Tahniah kepada Trump: Anwar mengucapkan tahniah kepada Trump atas kemenangannya, menghargai keputusan rakyat Amerika Syarikat sebagai amalan sistem demokrasi.
Jelas beliau, keadaan tersebut termasuk hubungan dua hala, perdagangan, geopolitik dunia serta nasib rakyat Gaza.
“Kita akan sambut baik kalau sikap Amerika sikapnya positif termasuk jalan ke arah kedamaian bagi menghentikan serangan ganas ke atas Gaza.
"Mengiktiraf hak mutlak dan sahih rakyat Palestin dan juga cari kaedah pendamaian dalam konflik Ukraine dan ini akan membantu penyelesaian ekonomi,” katanya dalam sidang akhbar di Beijing sempena hari terakhir lawatan kerjanya di China, hari ini.
Perdana Menteri menambah, keputusan yang dibuat oleh rakyat Amerika Syarikat harus dihargai dan ia adalah amalan sistem demokrasi.
Sehubungan itu, Anwar menzahirkan ucapan tahniah ke atas kemenangan Trump, yang merupakan calon Republikan.
Trump dilapor menang pilihan raya Presiden AS apabila berjaya melepasi majoriti 270 undi elektoral yang diperlukan untuk memenangi jawatan itu.
Memetik laporan antarabangsa, bekas presiden itu memenangi 277 undi elektoral berbanding 224 yang diperolehi oleh pesaingnya dari parti Demokrat, Kamala Harris.