KUANTAN: Cadangan untuk menutup pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) tidak bermaksud hubungan Malaysia dengan badan antarabangsa itu terputus, kata Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata hubungan sedia ada akan terus berjalan, kerana di bawah hubungan antarabangsa UNHCR masih relevan sebagai sebuah badan antarabangsa, selain kemahirannya dalam menguruskan pelarian diperlukan Malaysia.
"Apa yang sedang berlaku ialah cadangan supaya satu transisi diadakan bagi kerajaan Malaysia mempunyai kad sendiri untuk digunakan bagi tujuan pelarian dan pencari suaka yang datang ke Malaysia.
"Kalau ini boleh berlaku maka pejabat UNHCR akan ditutup, namun ini memerlukan masa... kita perlu ada latihan (mengenainya), dan saya difahamkan UNHCR bersetuju untuk melaksanakan latihan bersama dengan pegawai KDN (Kementerian Dalam Negeri), supaya pegawai kita ada kecekapan yang diperlukan," katanya.
Beliau berkata demikian semasa mengulas mengenai kajian terhadap cadangan menutup pejabat UNHCR di Malaysia oleh Ketua Pengarah Keselamatan Negara Datuk Rodzi Md Saad seperti dilaporkan media baru-baru ini.
Saifuddin berkata Malaysia pula perlu memberi jaminan kepada komuniti antarabangsa bahawa ia mampu untuk menguruskan kehadiran pelarian dan pencari suaka dengan lebih baik, kemas dan sistematik daripada yang dilakukan UNHCR.
Beliau berkata penutupan pejabat UNHCR juga tidak mengubah pendirian Malaysia dari segi kemanusiaan terhadap golongan berkenaan, yang boleh dilihat daripada sikap negara terhadap pelarian walaupun Malaysia tidak meratifikasi Konvensyen Pelarian.
"Walaupun kita tidak meraktifikasi konvensyen itu, tetapi kita sangat berperikemanusiaan dan memberi bantuan sebaiknya bermula daripada (pelarian) Vietnam pada tahun 70-an sampai ke hari ini, yang ramai datang dari Myanmar, selain dari negara lain seperti Palestin dan Syria," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 08 2022

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Datuk Rodzi Md Saad dilapor berkata, kajian terhadap cadangan menutup pejabat UNHCR sedang dijalankan.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Tutup pejabat tak bermaksud putus hubungan dengan UNHCR
Cadangan untuk menutup pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) tidak bermaksud hubungan Malaysia dengan badan antarabangsa itu terputus.