KUALA LUMPUR: Kesungguhan politik perlu menjadi keutamaan dalam memastikan perang melawan COVID-19 dapat dijayakan.
Peguam Adzly Ab Manas berkata, peruntukan undang-undang sedia ada adalah mencukupi untuk memberi kuasa kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).
Bagaimanapun, jelas beliau, ia bergantung kepada kesungguhan politik sesebuah kerajaan negeri itu untuk melaksanakannya.
BACA: Menjawab persoalan 'tutup kilang': Kerajaan Persekutuan atau Negeri?
"Dalam kata lain, perkara ini tak perlu diserahkan kepada kerajaan Persekutuan atau Majlis Keselamatan Negara (MKN) semata-mata kerana kerajaan Selangor, mempunyai kuasa.
"Tindakan mereka (kerajaan Selangor) melakukan saringan COVID-19 percuma secara besar-besaran kepada masyarakat, adakah ini satu langkah yang baik untuk bantu kerajaan Persekutuan tangani perkara ini?
"Jikalau mereka mempunyai kesungguhan politik dalam melakukan perkara ini, maka Akta Kerajaan Tempatan memberi ruang kepada mereka melakukan atau melaksanakan bantuan untuk memastikan wabak di Selangor ini menurun," ujarnya ketika ditemu bual Astro AWANI pada Rabu.
BACA: PBT tiada kuasa batal, tamat, tarik lesen kilang di Selangor - Exco
Mengulas lanjut, beliau turut mencadangkan supaya pihak kerajaan dan pembangkang terutama di Selangor meluluskan sebarang undang-undang kecil yang akan memberi kuasa lebih besar kepada PBT semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.
"Di dalam sidang DUN tersebut, satu deklarasi hendaklah dibuat bersama-sama di antara pihak pembangkang dan kerajaan, saling berganding bahu untuk menangani isu wabak COVID-19 yang sangat teruk melanda negara kita," katanya.
BACA: Sultan Selangor mahu pemberian vaksin bagi pekerja kilang dipercepat
Sebelum ini wujud pelbagai percanggahan idea berkenaan kuasa PBT di Selangor untuk menutup premis perniagaan atau kilang-kilang yang wujud kemungkinan berlakunya penularan COVID-19.
Perkara 73 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) memberi kuasa kepada sesuatu pihak berkuasa tempatan dari semasa ke semasa membuat, meminda atau membatalkan undang-undang kecil untuk menjalankan peruntukan akta itu dengan cara lebih baik termasuk untuk memelihara kesihatan awam.
Astro Awani
Wed Jul 14 2021
Peruntukan undang-undang sedia ada adalah mencukupi untuk memberi kuasa kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam melakukan penguatkuasaan di premis perniagaan atau kilang, kata peguam Adzly Ab Manas - Gambar hiasan/Astro AWANI
Peruntukan RM65 juta dapat pastikan pekebun kecil peroleh MSPO - Johari
Peruntukan sebanyak RM65 juta menerusi Belanjawan 2025 diharapkan dapat memberi suntikan kepada lebih ramai pekebun kecil untuk mendapatkan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).
Belanjawan 2025: Naik taraf prasarana, rawatan penyakit kritikal & program penjagaan kesihatan
Kementerian kesihatan menerima peruntukan sehingga RM45.3 bilion dengan fokus menaik taraf prasarana, rawatan penyakit kritikal, dan program penjagaan kesihatan.
Belanjawan 2025: Perolehan kapal baharu APMM mampu tingkat keupayaan jaga perairan negara
Pengumuman peruntukan pembelian tiga kapal baharu bagi APMM dalam Belanjawan 2025 dilihat tepat pada masanya.
Belanjawan 2025: Peruntukan hal ehwal Islam RM2 bilion, ini antara pengumuman PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika membentangkan Belanjawan 2025 memberi perhatian kepada syiar Islam di Malaysia.
Malaysia dan Jordan bincang bantuan kemanusiaan untuk Palestin
Malaysia dan Jordan mengadakan perbincangan untuk memperkukuh kerjasama dalam menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.
Belanjawan 2025: Komuniti India tidak terpinggir - Ramanan
Belanjawan 2025 jelas membuktikan bahawa komuniti India tidak dipinggirkan, kata Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, R. Ramanan.
Unjuran pertumbuhan KDNK 2025 sebanyak 4.5-5.5 peratus adalah munasabah - Ahli ekonomi
Belanjawan 2025 adalah langkah terbaik untuk mengimbangi keutamaan ekonomi dengan realiti politik.
Semua negara wajib tamatkan pendudukan Israel ke atas wilayah Palestin - Suruhanjaya Siasatan PBB
Pendudukan Israel adalah punca utama kepada kitaran keganasan yang tidak berkesudahan dan konflik selama beberapa dekad.
Dijangka jana sebahagian besar pertumbuhan ekonomi global
BRICS memainkan peranan luar biasa dalam ekonomi global pada masa kini dan diyakini meningkat di masa depan.
Enam maut, 25 cedera bas terbabas di Turkiye
Enam terbunuh manakala 25 cedera apabila sebuah bas terbabas lalu terbalik di Aksaray wilayah tengah Turki, pada Jumaat.
Zuraida sangkal kenyataan Exco Selangor PBT tiada kuasa tutup kilang
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mempunyai kuasa untuk menutup kilang yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan COVID-19, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempa
COVID-19: Lakukan saringan, vaksinasi serentak untuk pekerja industri - Pakar
Kaedah gerak kerja saringan dan pemberian vaksin secara serentak khususnya buat pekerja industri adalah wajar dilaksanakan ketika pandemik.
Tutup kilang: Kesungguhan politik jadi asas utama - Peguam
Peruntukan undang-undang sedia ada adalah mencukupi untuk memberi kuasa kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).
Menjawab persoalan 'tutup kilang': Kerajaan Persekutuan atau Negeri?
Mana-mana kerajaan wajib bertindak dalam kerangka yang dibenarkan, dan menggunakan budi bicara, sekiranya ada, dan bukan dengan sewenang-wenangnya.
Cadang kilang ada kes COVID-19 tutup 14 hari - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan mencadangkan kilang-kilang yang mempunyai kes positif COVID-19, ditutup 14 hari bagi memastikan kluster industri di negeri itu dapat dikawal.
Kilang Lynas mungkin menjadi 'tragedi' jika gagal beroperasi di Pahang
Ini secara langsung akan menyebabkan syarikat-syarikat gergasi Australia lain yang berminat untuk melabur di negara ini membatalkan hasrat mereka.